earth light | cahaya bumi | Geologi | Tiada | Pencahayaan yang tidak terang di bahagian bulan yang gelap yang dihasilkan oleh sinar matahari yang terpantul ke bulan dari atmosfera dan permukaan bumi. |
rods of retina/retinal rod | rod retina | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bahagian sel penglihatan berbentuk silinder yang peka cahaya pada retina mata, yang terdiri daripada rodopsin, dan bertanggungjawab dengan penglihatan terhadap objek yang tidak berwarna dan keadaan cahaya di sekitarnya tidak terang. |
zinc white | putih zink | Geologi | Tiada | Pewarna putih yang terang tetapi tidak begitu legap kalau dibanding dengan putih fluks. |
zinc white | putih zink | Kesenian | Tiada | Pewarna putih yang terang tetapi tidak begitu legap kalau dibanding dengan putih fluks. |
veillance | samar | Kesenian | Drama dan Teater | Keadaan intensiti cahaya yang tidak begitu terang yang diolah untuk memperlihatkan ruang dan fizikal pelakon dalam keadaan tertentu. |
miser | watak pembohong | Kesenian | Drama dan Teater | Peranan yang memperlihatkan ciri seseorang yang tidak berterus terang dan menipu untuk kepentingan peribadi. |
sarcasm | sindiran | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi. |
allusion | alusi | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang dikaitkan dengan seseorang tokoh kesusasteraan atau tokoh sejarah, nama tempat atau sesuatu peristiwa, sama ada terus terang atau tidak langsung. |
basic dye | pencelup asas; pencelup bes | Sosiologi | Tiada | Pencelup bes. Kumpulan pewarna yang mempunyai gugus yang mengandung nitrogen, yang akan menghasilkan warna terang dan tidak mudah luntur. |
basic dye | pencelup asas; pencelup bes | Kimia | Tiada | Pencelup bes. Kumpulan pewarna yang mempunyai gugus yang mengandung nitrogen, yang akan menghasilkan warna terang dan tidak mudah luntur. |