Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud mahasiswa holistik, peneraju transfomasi paradigma

Semakan kami, moto “Mahasiswa Holistik, Peneraju Transformasi Paradigma” merupakan moto yang digunakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Perak.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1379, 782, 2336, 2402 dan 1617, definisi setiap perkataan adalah seperti yang berikut:

Mahasiswa – pelajar atau penuntut di universiti.

Holistik – bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja.

Peneraju – orang atau pihak yang menerajui.

Transformasi – perubahan bentuk, rupa, sifat, keadaan dan sebagainya sesuatu sistem, pentadbiran dan sebagainya.

Paradigma – lingkungan atau batasan pemikiran seseorang atau sesuatu pihak pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang ada.

Sehubungan dengan itu, moto tersebut bermaksud menggalakkan mahasiswa berfikir di luar kotak serta menyeluruh dari semua aspek. Pemikiran sebegitu mampu menghasilkan mahasiswa yang kreatif dan kritis serta mampu mencipta idea baharu dan tidak terkongkong dengan pemikiran yang lama. Namun, maksud ini bergantung kepada kesesuaian penerapan moto ini di sesebuah institusi.

Makna25.01.2024

Kembali ke atas