Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berikan maksud secara terperinci bahasa itu bersifat dinamis?

Maklumat terperinci tentang tajuk "bahasa itu bersifat dinamik" tidak ada dalam pangkalan data kami. Maklumat terperinci hanya diperoleh melalui pembacaan yang banyak dan kajian yang mendalam tentang tajuk tersebut. Bagi membantu saudara mencari maklumat yang diperlukan, beberapa artikel/buku kami cadangkan, iaitu: Bahasa tidak dinamis akan pupus, Johan Jaffar, Utusan Malaysia, 12/08/2004; Fungsi Dinamik Bahasa Melayu, Asiah Idris, Jurnal Dewan Bahasa, Mei 1995 dan Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun tinggi, Abd. Rahman Yaakub, 2004.

 

Lain-lain09.07.2011
Mohon pihak DPB menjelaskan tentang maksud frasa "kecelaruan minda" dan apakah kaitannya kecelaruan minda dengan kehakisan nilai integriti. Terima kasih.Makna keseluruhan frasa secara terperinci tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun kecelaruan bermaksud tidak tentu arah atau kacau-bilau dan apabila dikaitkan dengan minda ini bermaksud akal fikiran yang tidak tentu arah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk makalah yang berkaitan.Makna03.04.2011
salam...boleh tak jelaskan secara terperinci "dharar"?Tidak ada maklumat tentang perkataan dharar dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun sedikit maklumat yang boleh membantu perkataan dharar ialah bahasa Arab yang lazimnya diakitkan dengan muamalat. Untuk mendapatkan maklumat yang jelas, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Makna23.02.2012
APAKAH YANG DIKATAKAN TATABAHASA FUNGSIONALTidak ada maklumat terperinci tentang tatabahasa fungsional dalam pangakalan data kami. Untuk makluman awal antara ciri nahu tatabahasa fungsional ialah berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal) fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Tatabahasa22.03.2012
terjermahan 'due diligence' kepada 'usaha wajar' macam tidak kena. Tak menepati konsep betul. Main terjermah je ke? "Pemeriksaan Terperinci" lagi tepat. Bila Syarikat kata due diligence ini melibatkan kerja-kerja penelitian, menentu kesahihan berbagai maklumat dan sebagainya. Atau kalau nak kata 'Penilitian Terperinci" pun boleh.Menurut kamus undang-undang yang telah diterbitkan oleh MABBIM maksud due diligence ialah usaha wajar. Setiap istilah yang digubal mengikut konsep ayat dan bidang bagi mendapatkan terjemahan yang betul. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang padangan mengenai istilah tuan/puan boleh memberikan cadangan melalui http://ekamus.dbp.gov.my/.Makna03.12.2016
Apakah yang dimaksudkan dengan burung pegar dalam padi?Tidak ada maklumat terperinci berkaitan burung pegar dalam sumber rujukan kami. Jika yang dimaksudkan ialah pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi”  (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya, belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. Wallahua’lam.Makna06.01.2012
assalammualaikom,saya dari taska emak..permohonan saya tidak diluluskan,boleh encik/puan terangkan kenapa permohonan saya tidak lulus?sebab saya tidak paham ape masallah permohonan saya ini....tolong jelaskan dengan lebih terperinciJika permasalahan berkaitan dengan kesalahan bahasa, sila hubungi Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 03-21479108/9109/9110Lain-lain16.01.2017
apakah maksud garis kasar? adakah bermaksud garisan yang tidak halus atau?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, garis kasar bermaksud 1. garis yang dilukis secara kasar 2. rangka, catatan ringkas, maklumat utama (yang dikemukakan tidak secara terperinci)Makna10.02.2011
apakah teori homorganik?

Homorganik ialah istilah linguistik untuk huruf konsonan yang disebut dari posisi yang sama seperti huruf m, p dan b. Tidak ada maklumat terperinci tentang teori ini dalam sumber rujukan kami, sila rujuk buku linguistik seperti buku Linguistik: Teori dan Aplikasi, terbitan UKM.

Tatabahasa15.10.2011
KEMEREHPertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan dengan terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam hal ini. Lain-lain30.06.2010
12345678910...

Kembali ke atas