Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tiga campur sepuluh (13); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sepuluh dicampur tiga;13; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiga belas

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Lima setengah tidak gunanya;
Belas memandang tupai melompat,
     Ada masa jatuh ke tanah juga.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara perkataan kolej tiga belas dan kolej ketiga belas. manakah antara kedua-dua ini dianggap sebagai kata nama?Kolej Ketiga Belas ialah nama kolej tersebut. Manakalah kolej ke tiga belas atau kolej ke-13 ialah kolej mengikut kiraan sebelas kolej yang ke-12. Untuk makluman juga, dicadangkan agar kolej yang ke tiga belas tidak dieja tetapi menggunakan angka. Kolej ke-13. Harap maklum.Tatabahasa10.07.2008
As salam. Saya nak tanya. Betul ke istilah dalam bahasa kita sebut dua puluh lapan ratus atau tiga belas ratus?Dalam bahasa Melayu, penulisan yang betul ialah dua ratus lima puluh ribu (250 000) dan  tiga belas ribu (13 000).Tatabahasa02.12.2013
salam 1Malaysia, saya memohon cadangan ayat untuk contoh pernyataan di bawah: contoh ayat: Dalam kelompok respons agak ramai, terdapat tiga belas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi yang tinggi mengikut sub konstruk dan bilangan item masing-masing iaitu Ilmu Asas Sebagai Seorang Guru (4 item), Pedagogi (3 item), Atribut Profesional (3 item), dan masing-masing 1 item dalam sub konstruk Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran, pengurusan dan Pembangunan Sekolah, dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. tqDalam kelompok responden yang ramai, terdapat tiga belas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi yang tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu Asas Sebagai Seorang Guru (4 item), Pedagogi (3 item), Atribut Profesional (3 item), dan masing-masing 1 item dalam subkonstruk Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran, Pengurusan dan Pembangunan Sekolah serta Pembangunan dan Kebajikan Pelajar.Tatabahasa02.05.2015
cara yang betul untuk menulis Jadual ke 13 adakah - Jadual Ketiga belas atau Jadual Ke Tiga Belas atau Jadual Ke-TigabelasDalam penulisan teks, nombor satu hingga sembilan dieja penuh. Manakala nombor 10 ke atas hendaklah ditulis nombor. Frasa yang betul ialah Jadual ke-13. Lain-lain05.11.2020
Nazatul Nazwa Mar 16th, 11:43am assalamualaikum...tumpang tanya...no isn tu apa??Tiada maklumat tentang nombor ISN. yang tuan maksudkan ialah ISBN, International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN ialah satu kod sepuluh (10) atau tiga belas (13) angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu. ISBN diperoleh daripada International ISBN Agensi yang berpusat di London . Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982.Lain-lain16.03.2015
Apakah maksud perkataan berikut 1.berkerja 2. menaksirJawapan 1:
Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai  huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. Menurut KAmus Dewan Edisi Keempat, bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu .

Jawapan 2:
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "menaksir"  bermaksud menaksir, mentaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu;
Tatabahasa27.03.2013
bagaimana menyebut masa dalam sistem 24 jam, contoh: Jam oooo = "jam sifar" atau "jam sifar sifar ratus", Jam 1600 = "Jam enam belas" atau "jam enam belas ratus", Jam 0045 ="Jam sifar empat puluh lima" atau "Jam sifar sifar empat puluh lima", Jam 0300 = "Jam 3" atau "Jam sifar tiga" atau "Jam sifar tiga ratus".Tidak ada maklumat yang berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun pada lazimnya dalam bentuk jam digital penyebutannya mengikut jam dan minit [dipisahkan dengan (:) dan sifar pada minit lazimnya tidak disebut] 00:00 disebut pukul sifar; 16:00 disebut pukul enam belas; 00:45 disebut pukul sifar, empat puluh lima; 03: pukul tiga.Tatabahasa16.06.2013
Salam sejahtera tuan. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Betulkah bahawa kamu tidak membuli adik kamu? 2. Masa yang diuntukkan untuk menyiapkan projek ini ialah tiga jam setengah. 3. Kejadian mengajar saya agar berhati-hati memilih rakan. 4. Wartawan melaporkan kejadian yang mengorbankan lapan belas orang. Terima kasih.Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Betulkah bahawa kamu tidak membuli adik kamu?
2. Masa yang diuntukkan untuk menyiapkan projek ini ialah tiga jam setengah.
3. Kejadian mengajar saya agar berhati-hati memilih rakan.
4. Wartawan melaporkan kejadian yang telah mengorbankan lapan belas orang.
Tatabahasa19.08.2021
Assalamualaikum. Di sini terdapat beberapa soalan yang ingin saya tanyakan mengenai salah atau betul penggunaannya. Diharap pihak DBP dapat membantu. 1. hari ini hari (ke-40) ... @ keempat puluh... 2. pada usia (sepuluh) tahun... @ 10 tahun... 3. setiap (10, 15) hari... @ sepuluh, lima belas hari... 4. dia beri Amir (RM 20)... @ dua puluh ringgit... 5. harga sekeping kuih, (40 sen)... @ empat puluh sen... 6. hari (ke-29 April)... @ hari kedua puluh sembilan April.. 7. umurnya (1200) tahun @... seribu dua ratus.. 8. 20 sungai... @ dua puluh 9. siang kelabu dalam gerimis (Enam Mei)..@ 6 Mei... 10. hari ini hari ke dua puluh tiga Jun, musim 1895 @ hari ini 23 Jun, musim 1895. Terima kasih atas perhatian dan bantuan pihak DBP.

Nombor yang kurang daripada sepuluh hendaklah dieja sepenuhnya (kecuali dalam ayat matematik atau teknik), manakala nombor 10 ke atas boleh dicetak dengan angka. Cara penulisan yang betul ialah: 1. hari ini hari ke-40; 2. pada usia 10 tahun; 3. setiap 10, 15 hari; 4. dia beri Amir RM20; 5. harga sekeping kuih, 40 sen; 6. hari ke-29 dalam bulan April/29 April; 7. umurnya 1200 tahun; 9. siang kelabu dalam gerimis 6 Mei (tarikh); 10. hari ini hari ke-23 dalam bulan Jun, tahun 1895/hari ini 23 Jun, tahun 1895.

Tatabahasa07.04.2011
Saudara, 1. Penggunaan kata sendi 'dengan' dan 'terhadap'. Yang manakah yang betul? a. Saya sangat bersimpati terhadap orang-orang yang ditimpa banjir. (Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM) b. Saya sangat bersimpati dengan nasib malang pelajar dari Bagan Serai itu. (Kamus Dewan Edisi Ketiga) 2. Kata Bilangan - perlukah diikuti dengan penjodoh bilangan? a. Berbelas-belas buah rumah telah dihanyutkan banjir besar malam tadi. (Kamus Pelajar) b. Ketiga-tiga anaknya telah bekerja. (Kamus Pelajar) c. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan. (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu) d. Beratus-ratus rakyat mati. (Kamus Dewan) e. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain-main di bawah pohon ketapang. (Kamus Pelajar) f. Beberapa buah buku (Kamus Dewan) Sekian. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi dengan digunakan untuk membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Kata sendi terhadap pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Oleh yang demikian  berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga penggunaan terhadap lebih tepat dalam Kamus Pelajar. Kamus Dewan Edisi Ketiga lebih merupakan kamus umum yang merakamkan contoh-contoh penggunaan berdasarkan korpus.

Penggunaan penjodoh bilangan digalakkan bagi mendapatkan satu bentuk penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat  dan indah. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Melayu tanpa penjodoh bilangan bukanlah satu kesalahan.  Bagi contoh-contoh ayat di atas penggunaan penjodoh bilangan dapat menjadikan ayat-ayat tersebut lebih tepat,betul dan indah.        

Tatabahasa12.06.2008
12

Kembali ke atas