Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tiga kali sepuluh (30); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tiga kali sepuluh; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puluh
Kata Terbitan : berpuluh-puluh,

Puisi
 

Tiga puluh bintang di langit,
     Jatuh sebiji ke Laut Melaka;
Kapur berukir pinang berlirit,
     Sirih berlandung air mata.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Tiga puluh empat dan sen lima puluh sahaja. 2. Tiga puluh empat dan lima puluh sen sahaja. Yang manakah ayat yang gramatis ?Frasa yang betul ialah tiga puluh empat ringgit dan lima puluh sen. Unit perlu diletakkan di belakang.  Ejaan06.02.2010
penggunaan perkataan dan angka. Contoh: '....memberi tiga puluh (30) hari notis bertulis' Pertanyaan saya, perlu guna kedua-duanya atau guna salah satu. Jika guna perkataan 'tiga puluh' tak perlu lagi letak angka dalam kurungan.

Puan,

Kedua-duanya boleh digunakan. Penggunaan angka adalah untuk memperjelas maksud yang hendak disampaikan.

Ejaan03.09.2010
Apakah terjemahan bagi ayat yang berikut dan cara menulisnya dalam angka? "Satu biliun empat puluh delapan triliun dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh delapan"Puan,

Penulisan yang betul: Satu trilion empat puluh lapan bilion dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh lapan.

Penulisan dalam bentuk angka: 1 048 232 700 328

Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian.
Makna12.07.2017
salam sejehtera 1. Ada berapa banyak orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut ? Adakah ayat tanya tersebut betul betul berdasarkan jawapan yang diberi seperti berikut; Sebanyak tiga puluh orang penumpang bas ekspres yang terselamat dalam kemalangan tersebut. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
Ada berapa ramai orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut?

Jawapan yang betul ialah:
 Seramai 30 orang penumpang bas ekspres yang terselamat dalam kemalangan tersebut.
Tatabahasa21.08.2016
Mengapa menggunakan perkataan "pertama" bukannya "kesatu" ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pertama ialah kesatu, julung kali, terdahulu sekali, terutama atau terpenting. Untuk makluman tuan, kata bilangan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kata bilangan kardinal (menyatakan jumlah secara keseluruhan, contoh: dua, tiga puluh, empat puluh sembilan) dan kata bilangan ordinal (ditulis dengan angka, contoh: 2, 30, 49). Kata ordinal "kesatu" boleh bertukar ganti dengan "pertama" yang merupakan pinjaman bahasa Sanskrit.Istilah17.02.2024
merujuk kepada jawapan no.12, jika berturutan dengan peratus, adakah betul jika saya sebut 1.23% satu perpuluhan dua puluh tiga peratus?Betul,  1.23% disebut sebagai satu perpuluhan dua puluh tiga peratus.Lain-lain08.10.2010
Bagaimana cara tuliosan yang betul bagi nilai wang. Terdapat beberapa versi tulisan, sebagai contoh: i)Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50); ii) Ringgit Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50); iii) Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50) Jika dilihat kepada Akta Mata Wang (Ringgit) 1975, sebutan bagi mata wang Malaysia ialah "ringgit" dan bukannya "Ringgit Malaysia". Manakala, dalam Akta Mata Wang 2020, cara penulisan nilai wang dalam akta tersebut ialai "lima puluh ringgit", "tiga ribu ringgit". Jadi cara yang manakah yang paling tepat untuk menulis nilai wang dalam perkataan terutama dalam draf perjanjian Kerajaan. Terima kasih.Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen Sahaja) tetapi dalam pertuturan dan pengacaraan  lazimnya disebut  Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen atau boleh juga disebut Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen.Tatabahasa21.10.2020
yang manakah betul: 1)1.23 (tanpa peratus) - satu perpuluhan dua tiga atau satu perpuluhan dua puluh tiga tk.

Saudara,

Yang betul ialah satu perpuluhan dua tiga.

Lain-lain06.10.2010
Bagaimana pula sekiranya, angka 1, 380 004= "one million three hundred eighty thousand and four', adakah ia diterjemahkan sebagai satu juta tiga ratus lapan puluh ribu dan empat ataupun satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat? terima kasihSatu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat.Tatabahasa21.04.2010
salam di sini ada 1 soalan 1)peratus sekiranya nombor dalam perpuluhan disebut satu perpuluhan dua tiga (1.23) bagaimana pula dengan peratus (%) adakah disebut satu perpuluhan dua puluh tiga peratus atau seperti di atas?Dalam penulisan teks, kata peratus (%) hendaklah dieja, misalnya 1.23 peratus. Manakala dalam ilustrasi, misalnya jadual dan statistik, simbol % digunakan.Tatabahasa06.10.2010
123

Kembali ke atas