Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.kam] | تيکم

Definisi : perbuatan menusuk dgn benda tajam (spt pisau, keris, dll); ~ membunuh tusukan yg membunuh; ~ sela-dang Kl sj permainan kanak-kanak; luka ~ luka kerana tusukan dgn senjata dll; bertikam, bertikam-tikaman, bertikaman, tikam-menikam saling menusuk dgn senjata (spt pisau dll): maka orang mengamuk itu pun datang, lalu ~ dgn Raden Kelang; mereka menaiki perahu lanun itu dan bertikam-tikaman dgn hebat; ~ lidah berdebat, berbahas, ber-bantah, bertengkar; bertikamkan sl 1. menikamkan: maka kede-lapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ~ tombak; 2. bertikam utk: kurang ia berlawankan yg dipertuan lebih ia ~ anak isterinya; menikam 1. menusuk (dgn pisau dll), men-cucuk atau melukai (dgn senjata tajam): ada orang yg telah mati ditikamnya; 2. seolah-olah masuk ke dlm tubuh dll, mener­bitkan (mendatangkan) sesuatu kesan yg terasa benar: angin malam kian ~ ke tulang sumsum; hentakan kaki bergema ~ gegen­dang telinganya; 3. ki menyakiti, melukai, menyinggung; ~ jantung (hati, perasaan) ki menyakiti perasaan (fikiran); menikami banyak kali menikam: aku bertikam dgn engkau, kelak orang lain datang ~ aku; menikamkan menusukkan (pisau dll), mem-benamkan senjata (ke dlm tubuh dll); tertikam ditikam, telah ditikam, ditikam dgn tidak sengaja; tikaman hasil menikam (dgn pisau dll), tikam, tusukan: dgn pantas panglima Hitam melompat mengelakkan ~ itu; pertikaman 1. pergaduhan dgn tikam-me-nikam; 2. sl orang yg bersenjatakan tombak: ada pun orang ~ku yg empat ribu, ku­suruh­kan mengamuk di dlm negeri Melaka; penikaman perbuatan menikam; penikam 1. orang yg menikam; 2. sesuatu (senjata) utk menikam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kam] | تيکم

Definisi : ~ dadu main dadu; ~ ekor sj judi dgn mempertaruhkan wang pd nombor-nombor terakhir keputusan loteri atau lumba kuda; menikam mempertaruh wang dlm perjudian (loteri dll), membeli tiket loteri dll; tikaman = wang ~ 1. (wang) pertaruhan dlm perjudian (loteri dll); 2. wang pasangan (dlm permainan meneka sesuatu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kam] | تيکم

Definisi : ; bertikam berkelahi dsb dgn menusukkan senjata. ~ lidah ber­tengkar; berbalah; berdebat. ber­tikam-tikaman saling menusuk dgn senjata tajam, spt keris, pisau: Maka maralah segala Bugis dan Melayu Riau lalu beramuk ~ lembing kerisnya. menikam mencucuk atau melukai dgn senjata tajam spt keris, pisau; menusuk: Dia telah ~ pencuri itu dgn kerisnya. menikamkan membenamkan sesuatu spt keris ke dlm tubuh dll; menusukkan. tertikam telah ditikam; ditikam dgn tidak sengaja: Kakinya luka ~ duri. tikaman hasil menikam; tusukan: Dgn pantas, dia melompat mengelakkan ~ musuhnya. pertikaman perbuatan atau hal bertikam(-tikaman). penikaman perbuatan (hal dsb) menikam atau menikamkan. penikam 1 orang yg menikam. 2 senjata utk menikam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.kam] | تيکم

Definisi : ; ~ ekor permainan judi meneka nombor-nombor terakhir dlm sesuatu keputusan loteri dsb. menikam memasang wang dlm permainan judi (membeli tiket loteri dll). tikaman wang dll yg dipasang dlm permainan judi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tikam
Kata Terbitan : bertikam-tikaman, menikam, menikamkan, tertikam, tikaman, pertikaman, penikam,

Puisi
 

Orang menyabung di balik teluk,
     Kena tikam habis berlubang;
Ayam terkepung di pagar buruk,
     Terkam musang lalu terbang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tinggi gelepur,
     rendah laga.

Bermaksud :

Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi kelepur, rendah tikam). gelepur = melompat menyerang kelepur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga tikam seladangbunga tikam seladangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga tikam seladang yang mempunyai bunga empat kelopak besar yang runcing pada hujungnya.
reparteetikam balasKesusasteraanTiadaJawapan yang tepat lagi bijak.
stab incisionturisan tikamVeterinarTiadaTiada
puncture woundluka tikamPerubatanTiadaLihat luka tusuk.
political managementpengurusan politikPentadbiranPentadbiran Awam

Pentadbiran yang dilakukan terhadap pejabat dalam usaha menangani pelbagai krisis politik, tindakan politiking, fitnah dan tikam belakang yang berlaku dalam politik pejabat. Pengurusan ini cuba mengelak atau mengendurkan ketegangan yang wujud dalam organisasi. Pengurusan politik boleh juga dilihat dari sudut yang lain seperti pelantikan ke jawatan yang lebih tinggi, pembahagian kerja, penyusunan hierarki, kenaikan pangkat, pemberhentian atau persaraan.

puncture woundluka tusukPerubatanTiadaLuka pada kulit atau tubuh akibat tusukan alat yang tajam dan runcing, seperti pisau, gunting, jarum dan paku. Sin: luka tikam
contestationpersainganSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan saling mempengaruhi antara individu, kelompok dan organisasi dalam sesuatu arena seperti ideologi, sokongan masyarakat, idea atau pemikiran. Situasi ini wujud dalam dua bentuk yang utama iaitu, persaingan yang bersifat positif apabila pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang sihat dan bermoral bagi memperoleh pengaruh masing-masing seperti menonjolkan manifesto, poster dan imej yang baik tanpa menghina pihak lawan. Contohnya, penggunaan poster secara berleluasa di kalangan parti politik dalam memperoleh undi semasa pilihan raya. Bentuk kedua merupakan persaingan yang bersifat negatif iaitu pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang bersifat matlamat menghalalkan cara seperti sabotaj, tikam belakang, fitnah, kawalan undang-undang, indoktrinasi intelektual, kronisme dan nepotisme untuk mendapatkan sokongan.

Kembali ke atas