Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.kar] | تيکر

Definisi : sj hamparan drpd anyaman daun mengkuang dll yg dibentangkan sbg alas duduk (tidur dll); ~ bangkar sj tikar yg kasar anyamannya; ~ bantal tikar dan bantal (segala alat utk tidur); ~ getah a) sj tikar kecil drpd getah (utk lapik tidur bagi kanak-kanak); b) sj tikar yg dibuat drpd bahan buatan utk melapis lantai; ~ ladang sj tikar yg kasar anyamannya; ~ pacar tikar yg berwarna; ~ putih tikar yg tidak berwarna atau bercorak; ~ rumput sj tikar yg dibuat drpd rami (menerung, pisang, dll); ~ sejadah = ~ sembahyang tikar (permaidani kecil dll) yg digunakan sbg tempat sembahyang; ganti (menggantikan) ~ = lepas bantal berganti ~ prb berkahwin dgn adik isterinya (atau saudara suaminya) yg telah meninggal; bertikar mempunyai atau ditutupi tikar: mahu tidak mahu, kami terpaksa juga duduk atau berbaring di atas lantai simen yg tidak ~ itu; bertikarkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg tikar: kami ditempatkan di sebuah pondok yg beratap rumbia dan ~ buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kar] | تيکر

Definisi : hamparan yg dibuat drpd anyaman daun mengkuang dll dan digunakan sbg alas duduk, alas tidur dll. ~ getah a. tikar yg dibuat drpd getah utk lapik tidur kanak-kanak. b. tikar yg dibuat drpd bahan buatan utk menutup lantai. ~ sembahyang tikar atau permaidani kecil utk tempat bersembahyang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tikar (kata nama)
Bersinonim dengan serampin, kelasa, sejadah, hamparan, permaidani, ciu.,

Puisi
 

Tikar pandak sambar gelama,
     Mari bentang haluan perahu;
Saya hendak sudahlah lama,
     Saja tuan buat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Sudah bergulung lapik (= tikar) saja.

Bermaksud :

Sangat miskin, tiada pakaian untuk dipakai.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Tikar PandakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Tikar BembanUniversiti Malaysia SarawakTiada20149789675527715
Tikar mengkuang Tiada2012978-967--0330-03-7
Tikar mengkuang hamparan buluDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1989983-62-0744-9
Tikar mengkuang hamparan buluPusat Dokumentasi Melayu, DBP Cawangan SarawakTiada2005 
Tikar PandakJabatan Muzium dan AntikuitiTiada2007 
Tikar mengkuang hamparan buluDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1987[t.m.]
Tikar MengkuangDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Tikar MengkuangPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Anyaman tikar Trengganu dan ukiran kayu, PahangDewan Bahasa dan PustakaTiada1992 
12

Kembali ke atas