Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.kar] | تيکر

Definisi : sj hamparan drpd anyaman daun mengkuang dll yg dibentangkan sbg alas duduk (tidur dll); ~ bangkar sj tikar yg kasar anyamannya; ~ bantal tikar dan bantal (segala alat utk tidur); ~ getah a) sj tikar kecil drpd getah (utk lapik tidur bagi kanak-kanak); b) sj tikar yg dibuat drpd bahan buatan utk melapis lantai; ~ ladang sj tikar yg kasar anyamannya; ~ pacar tikar yg berwarna; ~ putih tikar yg tidak berwarna atau bercorak; ~ rumput sj tikar yg dibuat drpd rami (menerung, pisang, dll); ~ sejadah = ~ sembahyang tikar (permaidani kecil dll) yg digunakan sbg tempat sembahyang; ganti (menggantikan) ~ = lepas bantal berganti ~ prb berkahwin dgn adik isterinya (atau saudara suaminya) yg telah meninggal; bertikar mempunyai atau ditutupi tikar: mahu tidak mahu, kami terpaksa juga duduk atau berbaring di atas lantai simen yg tidak ~ itu; bertikarkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg tikar: kami ditempatkan di sebuah pondok yg beratap rumbia dan ~ buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kar] | تيکر

Definisi : hamparan yg dibuat drpd anyaman daun mengkuang dll dan digunakan sbg alas duduk, alas tidur dll. ~ getah a. tikar yg dibuat drpd getah utk lapik tidur kanak-kanak. b. tikar yg dibuat drpd bahan buatan utk menutup lantai. ~ sembahyang tikar atau permaidani kecil utk tempat bersembahyang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tikar (kata nama)
Bersinonim dengan serampin, kelasa, sejadah, hamparan, permaidani, ciu.,

Puisi
 

Tikar pandak sambar gelama,
     Mari bentang haluan perahu;
Saya hendak sudahlah lama,
     Saja tuan buat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Sudah bergulung lapik (= tikar) saja.

Bermaksud :

Sangat miskin, tiada pakaian untuk dipakai.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kepala tikarkepala tikarKesenianTiadaBahagian di antara dua bahagian tepi tikar yang menentukan panjang tikar.
badan tikarbadan tikarKesenianTiadaBahagian keseluruhan tikar yang meliputi panjang dan lebar tikar.
kaki tikarkaki tikarKesenianTiada1. Bahagian tikar yang ditekat corak dan motif.,2. Bahagian pada tikar selisir yang bercorak.
dukar-tikardukar-tikarMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Dukar-tikar ialah sepasang dram berbentuk kendi. Setiap dukar-tikar mempunyai satu permukaan kulit yang dipukul dengan tangan dan dimainkan dalam ensembel mu­zik klasik India Utara, iaitu muzik Hindustani. Alat muzik ini juga dimainkan untuk mengiringi alat muzik shahnai. Dukar­-tikar dikenali juga sebagai naghara.

tikar bidai Ib.tikar bidai Ib.KesenianTiadaTikar daripada rotan dan kulit kayu, beranyam kasar, digunakan untuk menjemur padi.
tikar bide Seltikar bide SelKesenianTiadaTikar daripada rotan dan kulit kayu, beranyam kasar, digunakan untuk menjemur padi.
tepi tikartepi tikarKesenianTiadaPenyudah bahagian tepi tikar.
grass mattikar rumputPentadbiran PerniagaanTiadaTikar yang dibuat daripada rami, menerung, pisang dan lain-lain.
sisal hemp mattikar sisaltikar sisalPentadbiran PerniagaanTiadaTikar yang diperbuat daripada fiber sisal hem, iaitu serat daripada daun sejenis tumbuhan.
celingkuk (Ib.)celingkuk (Ib.)KesenianTiadaCorak anyaman tikar bemban yang dibuat pada bahagian tepi tikar.
1234567

Kembali ke atas