Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.kus] | تيکوس

Definisi : sj binatang mengerip; jenis-jenisnya: ~ air = ~ lembah, Rattus muelleri; ~ bandar = ~ mondok, Rattus norvegicus; ~ rumah, Rattus rattus; ~ sawah, Rattus argentiventer, dll; ~ belanda sj binatang mengerip yg rupanya seakan-akan arnab tetapi lebih kecil, marmut, Cavia porcellus; dimakan ~ bp diambil (dicuri) orang sedikit demi sedikit; awak ~ hendak menampar kepala kucing prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dicita-citakan atau diharap-harapkan; bagai ~ mem-baiki labu prb orang yg mencuba mem­baiki sesuatu yg tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya; (labu) ditebuk (dikerebuk) ~ prb gadis yg sudah dinodai; marahkan ~, lengkiang dibakar prb kerana sakit hati akan sesuatu yg kecil maka melakukan sesuatu yg mendatangkan kerugian besar; rumah ter­bakar, ~ habis keluar prb apabila negeri ditim­pa sesuatu malapetaka, penduduknya drpd orang dagang pun keluarlah meninggal­kannya; spt ~ jatuh ke beras prb orang yg mendapat kedudukan yg mewah; spt ~ masuk roman prb orang yg berasa kecewa kerana tidak mendapat spt yg diharapkannya; menikus mendiamkan diri (tidak berkata-kata atau membantah kerana takut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kus] | تيکوس

Definisi : akar ~ sj tumbuhan (pokok meman­jat), akar hitam, akar kekala, Ventilago malaccensis; rotan ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), rotan bini (diri), Flagellaria indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kus] | تيکوس

Definisi : burung ~ sj burung, Locustella lanceolata; lang ~ sj burung helang, lang (helang) sewah, Elanus c. caeruleus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kus] | تيکوس

Definisi : berbagai-bagai jenis binatang yg mengunggis. ~ ambang bulan Echinosorex gymnurus. ~ babi Hylomys suillus. ~ belanda binatang mengunggis yg rupanya seakan-akan rupa arnab tetapi lebih kecil, Cavia cobaya. ~ hutan Rattus rattus jalorensis. ~ kecil Rattus exulans. ~ kesturi Sorex spp.. ~ mondok Rattus norvegicus. ~ rumah Rattus rattus diardii. ~ tanah (sawah) Rattus rattus argentiventer. menikus ki mendiamkan diri dan tidak berkata-kata atau tidak membantah kerana takut dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tikus

Puisi
 

Tikus mondok berbaju kemeja,
     Naik ke balai memetik kecapi;
Adik tunduk malukan siapa,
     Malu ke abang belum biasa lagi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Marahkan tikus rengkiang dibakar.

Bermaksud :

Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
allophonic micetikus alofenBiologiGenetikTikus kimera yang dihasilkan dengan mengeluarkan telur sigaran daripada tikus yang berbeza genotip, mencantumkan blastomer secara in vitro, dan memasukkan semula embrio cantuman ke dalam uterus tikus lain untuk menyambung embriogenesis.
white-bellied mountain rat (Rattus niviventer/Rattus bukit)tikus bukit dada putih/tikus dada putih (Rattus niviventer/(Rattus bukit)PertanianTiadaTiada
rat-bite feverdemam gigitan tikusPerubatanTiadaSejenis penyakit yang berjangkit yang diakibatkan oleh Spirillum minor atau Streptobacillus moniliformes yang terdapat di dalam darah di sekitar bahagian tubuh yang digigit oleh tikus yang terinfeksi; bekas gigitan tikus tersebut seterusnya mengalami inflamasi, membengkak, mengeras, terasa sakit dan berwarna gelap.
guinea pig (cavia porcellus)tikus belanda (Cavia porcellus)PerubatanTiadaTikus kecil, Cavia spp. yang banyak digunakan sebagai bahan uji kaji.
rat guardadang tikusKejuruteraanTiadaPenahan yang dipasang pada tali tambat untuk menghalang tikus.
keyhole sawgergaji ekor tikusKesenianTiadaGergaji bermata kecil dan tirus seperti ekor tikus yang biasanya digunakan untuk memotong lubang kunci dan membuat bentuk kerawang.
plaguewabakPentadbiran PerniagaanTiada1. Sebarang penyakit epidemik dengan kadar kematian yang tinggi.,2. Penyakit epidemik akut pada tikus dan rodentia liar yang lain disebabkan oleh bakteria Pasteurella pestis yang ditularkan kepada manusia oleh kutu tikus.
biological efficiencykeberkesanan biologiPertanianAgronomi

Keupayaan sesuatu bahan seperti nutrien, baja atau makanan untuk menghasilkan tindak balas daripada organisma yang menerima bahan tersebut. Contohnya, sekiranya tikus diberi dua sumber protein, iaitu kasein dan kacang soya, kesan terhadap tumbesaran tikus tersebut diukur dan dibandingkan. Sekiranya kasein menyebabkan tumbesaran yang lebih tinggi, maka keberkesanan biologi kasein juga adalah lebih tinggi berbanding kacang soya.

mousetikus; mencit; tetikusKomputerTiadaTiada
mousetikus; mencitPertanianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas