Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.ba] | تيمبا

Definisi : sj bekas utk mencedok air di perigi dll; ~ ruang a) timba utk membuang air di perahu; b) ruang (petak) di tengah-tengah perahu; diperlelar ~ ke perigi, tak sekali, sekali pecah = jangan diperlelar ~ ke perigi, kalau tak putus, genting prb jangan diulang-ulang per­buat­an jahat, lambat-laun mendapat sesuatu bencana juga; bertimba menggunakan timba, sedang meng-ambil air dgn menggunakan timba; ~ karang bergaduh (berkelahi), berbuat kecoh (bising); ~ wang Mn hidup senang (mewah); bertimbakan menggunakan sesuatu sbg timba: mandi ~ sebiji besen kecil; menimba 1. mencedok air (drpd perigi dll) dgn timba: kebun-kebun yg hampir dgn tebing sungai boleh diairi dgn ~ air drpd sungai; 2. membuang (mengeringkan) air di perahu dll: maka selalu ditimba perahu itu, tiada berhenti; 3. ki mengambil, memperoleh (pengetahuan dll), mencabut atau mencedok (pengetahuan, maklumat, dsb) drpd sesuatu sumber: pidatonya sangat meyakinkan, di­timba drpd pengalaman sendiri; ini adalah sumber-sumber penting yg mesti ditimba; mereka giat membuka kamus-kamus Sanskrit dan ~ kata-kata bahasa daerah bukan Melayu; tertimba dapat ditimba; tiada ~ tiada dapat ditimba; penimbaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) menimba: ~ ilmu moden; penimba 1. alat utk menimba; 2. orang yg menimba (air, ilmu dll): ~ ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.ba] | تيمبا

Definisi : ~ tasik a) sj tumbuhan (pokok belukar), lampin budak, mata kesang, taman (tambun) tasik, tenjal (tinjal) tasik, Cleroden­dron serratum; b) sj tumbuhan (herba), ber­pulut, gembok, magun jantan, rumput gembut, Adenosma caeruleum; c) sj tumbuhan (herba), rumput kucing-kucing, rumput talan, ruku hutan, tasik-tasik, Adenosma capitatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.ba] | تيمبا

Definisi : bekas yg digunakan utk mencedok air dr perigi dll. menimba 1 mencedok air dr perigi dll dgn timba. 2 membuang atau mengeringkan air dr perahu. 3 ki memperoleh (ilmu pengetahuan dsb) sebanyak mungkin: ~ ilmu dr buku-buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timba (kata nama)
Bersinonim dengan baldi, cebok, gayung, sibur, takir, limas, ember;,
Kata Terbitan : menimba,

Puisi
 

Pergi ke perigi mengambil timba,
     Timba terletak tepi halaman;
Walaupun banyak kembang di rimba,
     Mawar di jambangan jadi idaman.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Dilelar timba ke perigi;
     tak sekali,
sekali pecah juga.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. lelar = berulang-ulang.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pergi ke telaga terlupa membawa timba, timba yang dicari dapat yang tiada bertali.Jalan-jalan mendapat keuntungan ada, tetapi kerana lalai maka keuntungan itu hilang begitu saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga.Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. lelar = berulang-ulang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti timba buruk.Orang tua yang melarat hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perigi mencari timba.Perempuan yang mencari lelaki. (Bandingkan dengan: Rumput mencari kuda).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telaga mencari timba.Perempuan yang mencari lelaki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba.Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting.Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidaklah telaga mendapatkan timba.Orang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telaga kering hilanglah timba.Kemakmuran habis orang-orang dagang pun pulanglah ke negeri masing-masing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Marahkan telaga yang kering, timba dipecahkan.Jikalau seseorang itu tidak dapat menolong, mintalah pertolongan daripada orang lain pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas