Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.ba] | تيمبا

Definisi : sj bekas utk mencedok air di perigi dll; ~ ruang a) timba utk membuang air di perahu; b) ruang (petak) di tengah-tengah perahu; diperlelar ~ ke perigi, tak sekali, sekali pecah = jangan diperlelar ~ ke perigi, kalau tak putus, genting prb jangan diulang-ulang per­buat­an jahat, lambat-laun mendapat sesuatu bencana juga; bertimba menggunakan timba, sedang meng-ambil air dgn menggunakan timba; ~ karang bergaduh (berkelahi), berbuat kecoh (bising); ~ wang Mn hidup senang (mewah); bertimbakan menggunakan sesuatu sbg timba: mandi ~ sebiji besen kecil; menimba 1. mencedok air (drpd perigi dll) dgn timba: kebun-kebun yg hampir dgn tebing sungai boleh diairi dgn ~ air drpd sungai; 2. membuang (mengeringkan) air di perahu dll: maka selalu ditimba perahu itu, tiada berhenti; 3. ki mengambil, memperoleh (pengetahuan dll), mencabut atau mencedok (pengetahuan, maklumat, dsb) drpd sesuatu sumber: pidatonya sangat meyakinkan, di­timba drpd pengalaman sendiri; ini adalah sumber-sumber penting yg mesti ditimba; mereka giat membuka kamus-kamus Sanskrit dan ~ kata-kata bahasa daerah bukan Melayu; tertimba dapat ditimba; tiada ~ tiada dapat ditimba; penimbaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) menimba: ~ ilmu moden; penimba 1. alat utk menimba; 2. orang yg menimba (air, ilmu dll): ~ ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.ba] | تيمبا

Definisi : ~ tasik a) sj tumbuhan (pokok belukar), lampin budak, mata kesang, taman (tambun) tasik, tenjal (tinjal) tasik, Cleroden­dron serratum; b) sj tumbuhan (herba), ber­pulut, gembok, magun jantan, rumput gembut, Adenosma caeruleum; c) sj tumbuhan (herba), rumput kucing-kucing, rumput talan, ruku hutan, tasik-tasik, Adenosma capitatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.ba] | تيمبا

Definisi : bekas yg digunakan utk mencedok air dr perigi dll. menimba 1 mencedok air dr perigi dll dgn timba. 2 membuang atau mengeringkan air dr perahu. 3 ki memperoleh (ilmu pengetahuan dsb) sebanyak mungkin: ~ ilmu dr buku-buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timba (kata nama)
Bersinonim dengan baldi, cebok, gayung, sibur, takir, limas, ember;,
Kata Terbitan : menimba,

Puisi
 

Pergi ke perigi mengambil timba,
     Timba terletak tepi halaman;
Walaupun banyak kembang di rimba,
     Mawar di jambangan jadi idaman.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Dilelar timba ke perigi;
     tak sekali,
sekali pecah juga.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. lelar = berulang-ulang.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bucket tappettapet timbaKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen pengangkat injap berbentuk silinder lompong yang digunakan pada sebilangan enjin jenis aci sesondol kepala atas. Tapet timba berupa timba yang telungkup. Bahagian bawah timba mempunyai permukaan yang rata dan bersentuhan dengan cuping sesondol manakala bahagian dalamnya bersentuhan dengan pegas dan batang injap.
bailertimbaKejuruteraanTiadaTimba: Bekas berinjap di bawahnya yang digunakan untuk membuang bendalir dan/atau pepejal dari telaga.
dump bailertimba tuangKejuruteraanTiadaTimba untuk memasukkan bahan tertentu ke dalam telaga.
sand bailertimba pasirKejuruteraanTiadaTimba yang digunakan untuk mengaut pasir untuk membersihkan telaga.
cement dump bailertimba tuang simenKejuruteraanTiadaTimba untuk menuang buburan simen ke dalam telaga secara berkelompok dan terkawal.
bucket tappettapet timbaKejuruteraan AutomotifTiadaTapet injap berbentuk timba yang diletakkan di atas hujung batang injap dan pegas injap.
bailing linetalian timbaKejuruteraanTiadaTalian untuk menurunkan atau mengangkat timba.
bucket tappettapet timbaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTapet injap berbentuk timba yang diletakkan di atas hujung batang injap dan pegas injap.
basket dredgerkapal korek timbaPelayaranTiadaKapal korek yang menggunakan sistem timba untuk mendalamkan dasar laut atau sungai.
bucket dredgerkapal korek timbaPelayaranTiadaKapal korek yang menggunakan sistem timba.
123456

Kembali ke atas