Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.bal] | تيمبل

Definisi : timbang, banding, imbang; ~ balik a) pd kedua-dua bahagian (belah, pihak, dll); b) drpd kedua-dua pihak, saling mempengaruhi (menuntut, mencintai, dll), balas-membalas (tindakan, kesan, dll): cara hidup dan keper­luan hidup manusia mempunyai perhubung­an ~ balik antara satu sama lain; c) ark terbalik-balik, tunggang balik, terjungkir: babi menggelupur ~ balik; setimbal setimpal, seimbang, sepadan: mereka akan sedia berkhidmat kalau diberi pembayaran yg ~ dgn kebolehan mereka; kesetimbalan perihal (sifat atau keadaan) setimbal,keseimbangan, kesepaduan: perlu ada ~ antara beban kerja dgn upah yg di-terima oleh pekerja; bertimbal 1. berpadanan (sama tarafnya dll), berimbang; 2. pd kedua-dua belah (bahagian, pihak, sisi); ~ balik timbal balik; ~ jalan di kiri kanan jalan (bkn pokok dll); ~ rengka duduk di sebelah kiri dan kanan rengka supaya imbang; bertimbalan 1. berimbangan (dgn), berpa­dan­an (sama taraf atau kedudukannya dgn), beriringan: maka Raja Melaka pun naik ke atas gajah berengka emas, ~ dgn Raja Muda; 2. = bertimbal-timbalan balas-membalas (pantun dll), bersambutan; menimbal, menimbali membuat supaya seimbang (sepadan dll), mengimbangi, mem-banding-bandingi; timbalan 1. penolong ketua dll, naib: ~ ketua pengarang; T~ Perdana Menteri; 2. imbang­an, bandingan, tara, padanan; penimbal pengimbang; cadangan ~ (Eko) cadangan (himpunan) bahan mentah utk mengimbangkan (menstabilkan) harga bahan tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bal] | تيمبل

Definisi : ; bertimbal kedua-dua belah pihak sama (darjatnya, tarafnya dll); berimbang; berpadanan. menimbal menjadikan seimbang (sama banyak, sama berat dll); menyeimbangkan. tim­balan penolong kpd; naib: ~ Perdana Menteri; ~ Yg Dipertua. penimbal 1 sesuatu yg digunakan utk menimbal; pengimbang. 2 ist peranti yg digunakan utk menyimpan data secara sementara sebelum dipindahkan ke peranti lain. setimbal sama berat, sama besar, sama kuat dll; seimbang; sepadan: Gaji yg diterimanya ~ dgn kelulusannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timbal
Kata Terbitan : setimbal, bertimbal, menimbal, menimbali, timbalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ukiran timbal balikukiran timbal balikKesenianTiadaCorak awan larat yang bahagian sebelah kiri dan kanan atau bahagian atas dan bawah adalah sama dengan dipisahkan oleh satu motif lain seperti bunga, buah, pasu dan sebagainya. ukiran selipat, ukiran sekalih
counterbalancetimbal balasKejuruteraanPetroleumLihat timbal balas rasuk.
beam counterbalancetimbal balas rasukKejuruteraanPetroleumSinonim : timbal balas Pemberat yang dipasang pada hujung rasuk berjalan, iaitu hujung yang tidak terletak di atas kepala telaga atau dipasang pada lengan engkol. Pada sistem pam rod penyedut yang besar, kadangkala pemberat ini dipasang pada kedua-dua tempat di atas. Dengan adanya pemberat tersebut, pergerakan unit pengepaman rasuk akan terus berlangsung.
contervailing dutyduti timbal balasEkonomiTiadaDuti yang dikenakan terhadap barang-barang import yang bertujuan mengimbangi kesan pemberian subsidi terhadap pengeluaran barang-barang tersebut oleh negara pengeksport. Sinonim tarif timbal balas.
countervailing measurelangkah timbal balasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan menimbal kesan subsidi yang memudaratkan pengeluar tempatan atau mendatangkan kesan buruk yang serius di negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) lain. Langkah ini merangkumi tindak balas oleh negara yang terkesan dengan subsidi tersebut dengan menggantung konsesi perdagangan yang diberikan kepada negara pensubsidi. Contohnya, duti timbal balas yang dikenakan terhadap import bersubsidi. Namun, langkah tersebut hanya boleh dikenakan terhadap subsidi larangan dan subsidi boleh diambil tindakan. Langkah tersebut juga mesti berkadaran dengan kerugian yang ditanggung oleh negara pengimport.
overturntimbal balikGeografiTiadaTiada
perfectingtimbalKomunikasiTiadaTiada
countervailingtimbal balasEkonomiTiadaTiada
reciprocitytimbal balikKomunikasiTiadaProses penghantaran mesej yang mengandungi unsur-unsur pemujukan yang berterusan antara sumber dengan penerima.
reciprocitytimbal balikSains PolitikHubungan AntarabangsaAmalan atau prinsip yang biasa dilakukan dalam hubungan antarabangsa yang bertujuan untuk membalas tindakan sesebuah negara. Amalan ini melibatkan tolak ansur, pertukaran atau pembalasan oleh satu negara terhadap negara lain. Amalan ini berlaku dalam hubungan perdagangan, diplomasi, kebudayaan dan pendidikan. Contohnya, apabila Iran menahan tebusan Amerika di Tehran selama lebih setahun, kebanyakan negara dunia mengehadkan hubungan diplomasi mereka dengan Iran.
1234567

Kembali ke atas