Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.ba.lan] | تيمبلن

Definisi : 1. penolong ketua dll, naib: ~ ketua pengarang; T~ Perdana Menteri; 2. imbang­an, bandingan, tara, padanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
timbal
Kata Terbitan : setimbal, bertimbal, menimbal, menimbali, timbalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pengarah-PengarahTimbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pengarah-PengarahTatabahasa10.09.2008
mohon penjelasan yang mana betul... timbalan menteri kesihatan,timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah atau timbalan menteri kementerian kesihatan, timbalan menteri kementerian kemajuan luar bandar dan willayah?Frasa yang betul ialah Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Lain-lain22.12.2009
Apakah 'panggilan kehormat' bagi Timbalan Menteri Besar / Timbalan Ketua Menteri ? Adakah 'Yang Amat Berhormat' atau 'Yang Berhormat' ?Panggilan kehormat kepada Timbalan Menteri Besar  atau Timbalan ketua Menteri ialah Yang Berhormat. Sapaan Yang Amat Berhormat adalah untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri. Lain-lain22.02.2008
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic

1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti.  2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti.  3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti.  4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan  6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti.  7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya  8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti.  10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan

Makna22.06.2008
Mana yang lebih tepat untuk nama jawatan. 1) Timbalan Bahagian Penyelidikan 2) Timbalan Ketua Bahagian PenyelidikanNama jawatan yang tepat ialah Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan.   Istilah19.08.2009
Apakah gelaran jawatan yang sebetulnya digunakan samada Timbalan Ketua Pustakawan atau Penolong Ketua Pustakawan, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar? Kenapa wujudnya perbezaan penggunaan nama jawatan tersebut bagi sesetengah universiti?Dalam Kamus Dewan penolong ditakrifkan sebagai orang yang menolong, atau dalam bahasa Inggeris assistant, manakala timbalan ditakrifkan sebagai penolong kepada dalam bahasa Inggeris deputy. Berdasarkan takrifan tersebut hampir sama sahaja makna kedua-dua perkataan itu tetapi lazimnya timbalan digunakan untuk jawatan/portfolio yang besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Pesuruhjaya dan Timbalan Pengarah.Makna20.01.2011
Apakah bezanya istilah `Timbalan``naib` dan `penolong` untuk sesuatu jawatan? Contohnya, perbezaan antara `Timbalan Presiden`dengan` Naib Presiden` atau dengan `Penolong Presiden-(jika ada)?

Menurut Kamus Dewan, timbalan bermaksud penolong ketua, naib; naib bermaksud pengganti, wakil atau penolong kepada, timbalan; penolong bermaksud orang yang menolong (membantu,dll), pembantu.

Makna22.07.2008
Mohon panduan tatacara penggunaan ( / ) yang betul i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak) atau ii. Perdana Menteri/ Timbalan (tanpa jarak dan dijarak)atau iii. Perdana Menteri / Timbalan (dijarakkan terus) Sekian, terima kasih jua.Penggunaan tanda palang ( / ) yang betul ialah  i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak)Tatabahasa08.04.2015
Struktur manakah yang betul bagi gelaran jawatan 'Timbalan Ketua Pustakawan Kanan' atau 'Timbalan Kanan Ketua Pustakawan'? Mohon sedikit penjelasan.Struktur yang betul ialah "Timbalan Ketua Pustakawan Kanan".Lain-lain21.04.2016
Saya ingin membuat minit mesyuarat, ketua saya adalah seorang wanita. Apakah yang paling sesuai ditulis, Tuan Timbalan Pengarah atau Puan Timbalan Pengarah?
Lazimnya dalam penulisan minit mesyuarat, gelaran untuk orang yang mempengerusikan mesyuarat ialah "pengerusi", dan tidak perlu meletakkan "tuan" atau "puan" di hadapan perkataan "pengerusi". Untuk keterangan lanjut tentang penulisan minit mesyuarat yang baik dan betul, sila rujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, dan buku Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi, terbitan DBP. 
Lain-lain16.01.2022
1234567

Kembali ke atas