Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok menjalar), mentimun, Cucumis sativus; ~ cina tembikai; bagai ~ dendang, di luar merah di dlm pahit prb mulut manis hati busuk; ® mentimun I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan yg menjalar atau buahnya (buahnya biasanya dibuat acar atau ulam); men­timun, Cucumis sativus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timun

Puisi
 

Timun dendang di pintu kandang,
     Batang bayam saya paiskan;
Rindu siang bawa bertandang,
     Rindu malam saya tangiskan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Macam timun dengan durian: menggelek luka,
     kena gelek pun luka.

Bermaksud :

Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTimun rendang di pintu kandang, Batang bayam saya tumiskan; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam saya tangiskan.
Kurik Kundi Merah SagaTimun dendang di pintu kandang, Batang bayam saya paiskan; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam saya tangiskan.
Kurik Kundi Merah SagaTanam timun dalam jerelung, Sagu ladang makan dek kuda; Segala semut sejenak jerung, Tidak padan dengan kita.
Kurik Kundi Merah SagaBuah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu.
Kurik Kundi Merah SagaKait-kait ara muda, Timun mikai dalam padi; Baik-baik bermain muda, Jangan menyesal dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga.
Kurik Kundi Merah SagaDaun birah selebar alam, Tanam timun dalam jerelung; Sudah pecah serata alam, Segala semut sejenak jerung.
Kurik Kundi Merah SagaSedap kundur dari labu, Manakan sama timun betik; Sedap tidur dalam kelambu, Manakan sama atas riba adik.
Kurik Kundi Merah SagaSedap kundur dari labu, Manakan sama timun betik; Sedap tidur dalam kelambu, Manakan sama atas riba adik.
Kurik Kundi Merah SagaKacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum.
12

Kembali ke atas