Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.mur] | تيمور

Definisi : 1. arah tempat terbitnya matahari; ~ laut arah di antara timur dan utara; ~ meneng­gara = ~ tenggara = ~ padang arah di antara timur dan tenggara; angin ~ = angin timuran angin yg bertiup dr sebelah timur; bintang ~ bintang Zuhrah (Kejora); 2. Asia; bangsa (benua, orang) ~ bangsa (benua, orang) Asia: baik di Barat mahupun di T~ kebanyakan bangsa mempunyai tarian klasik masing-masing; T~ Dekat negara-negara Asia yg hampir dgn benua Eropah (spt Turki dll); T~ Jauh negara-negara Asia yg terjauh dr benua Eropah (spt China, Jepun, dll); T~ Tengah negara-negara yg berhampiran dgn Terusan Suez (spt Mesir, Jordan, Syria, dll); ~ beralih ke sebelah barat prb laki-laki menurut perintah perempuan; ketimuran yg berkaitan dgn bangsa atau benua Asia, bersifat dll Timur (Asia); adat (budi pekerti) ~ adat (budi pekerti) bangsa Asia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mur] | تيمور

Definisi : kayu ~ kulit kayu yg dibuat ubat (drpd pokok Peltophorum petrocarpum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mur] | تيمور

Definisi : 1 arah tempat matahari terbit. 2 Asia: bangsa ~ bangsa Asia; orang ~ orang Asia. ~ Jauh negara-negara Asia yg letaknya jauh dr benua Eropah (spt Cina, Jepun). ~ laut arah di antara timur dgn utara. ~ menenggara (tenggara) arah di antara timur dgn tenggara. ~ Tengah negara-negara yg letaknya berdekatan dgn Terusan Suez (spt Arab Saudi, Jordan, Mesir, Syria). ketimuran keadaan atau hal yg berkaitan dgn bangsa Asia atau dgn benua Asia: adat ~ adat bangsa Asia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timur

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan diajak darat laut;
Hidup kita bersama mati,
     Bersama ajal dan maut.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Laksana pencalang tersarat,
     tiada ke timur tiada ke barat.

Bermaksud :

Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
east-north-eastn timur timur laut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
easternadj 1., situated in the east (of) timur: the ~ states of Australia, wilayah timur Australia; 2. timur: the ~ sky, langit di sebelah timur; 3. leading towards the east, menuju ke timur: ~ route, jalan yg menuju ke timur; 4. of the East or its people, (orang) Timur: ~ culture, kebudayaan (orang) Timur; kissing in public is not an ~ practice, berkucupan di khalayak ramai bukannya amalan orang Timur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
easternmostadj paling timur, di timur sekali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
orientaladj sometimes Oriental, (of the East) Timur; (of the people of the East) orang Timur; (rel to person’s appearance, features, etc) ketimuran; (made in, from the East) dr Timur: ~ art, kesenian Timur; ~ religions, agama orang Timur; ~ culture, kebudayaan orang Timur; her features were distinctly ~, wajahnya jelas mirip wajah orang Timur; ~ rugs, hamparan dr Timur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eastadv ke (arah) timur: the house faces ~, rumah itu menghadap ke timur; the ship sailed ~ for ten days, kapal itu belayar ke timur selama sepuluh hari; ~ of, di (sebelah) timur: ~ of Suez, di (sebelah) timur Suez;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
easterlyadj 1. in the east, di timur: the most ~ town in the state, bandar yg terletak di timur sekali di negeri itu; 2. from the east, dr timur: ~ gales, angin kencang dr timur; ~ wind, angin timur(an); 3. towards the east, ke (arah) timur: in an ~ direction, ke arah timur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eastn timur: the sun rises in the ~, matahari terbit di sebelah timur; to the ~ of, di (sebelah) timur (dr): the holiday resort is situated to the ~ of the town, tempat peranginan itu terletak di sebelah timur bandar tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eastadj timur: ~ coast, pantai timur; ~ wind, angin timur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
north-eastadj timur laut: ~ Australia, Australia timur laut; to the ~ of, terletak di (sebelah) timur laut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
easterlyadv 1. from the east, dr (arah) timur: the wind blew ~, angin bertiup dr (arah) timur; 2. towards the east, ke (arah) timur: the ship was sailing ~, kapal itu sedang belayar ke arah timur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas