Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tindakan yg diakibatkan oleh suatu tindakan lain; ~ berbalik (Kim) tindak balas kimia yg berlaku mengikut dua arah yg berlawanan; ~ fotokimia (Kim) tindak balas yg disebabkan oleh cahaya; ~ kimia perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru (lazimnya disertai pembebasan atau penye­rap­an tenaga); ~ kondensasi (Kim) tindak balas yg berlaku antara satu molekul dgn molekul yg lain utk membentuk molekul yg lebih besar (dgn menyingkirkan molekul kecil spt air dll); ~ nuklear (Fiz) tindak balas yg melibatkan perubahan dlm nukleus sesuatu atom; ~ penambahan (Kim) tindak balas yg melibatkan penambahan molekul pd ikatan berganda tanpa penyingkiran sebarang molekul kecil; ~ penggantian = ~ penyesaran (Kim) tindak balas yg melibatkan pertukaran sesuatu unsur atau radikal dgn unsur atau radikal lain; ~ rantaian (Kim) sj tindak balas kimia yg berlangsung mengikut mekanisme langkah demi langkah, secara berturutan, dgn setiap langkah menjana bahan reaktif yg menyebabkan langkah seterusnya berlaku; ~ redoks (Kim) tindak balas penurunan dan pengoksidaan yg berlaku serentak dlm sesuatu tindak balas kimia; ~ tak berbalik (Kim) tindak balas kimia yg berlangsung mengikut satu arah; bertindak balas berlaku tindak balas: kalsium karbonat ~ dgn asid hidroklorik utk meng-hasilkan karbon dioksida, air dan kalsium klorida; menindakbalaskan melakukan tindak balas, menjadikan bertindak balas: ~ asid hidroklorik dgn kalsium karbonat; penindakbalasan proses menindak­balas­kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg berlaku sbg akibat drpd sesuatu perbuatan atau tindakan lain; reaksi. ~ berbalik ist tindak balas kimia yg berlaku mengikut dua arah yg berbeza. ~ fotokimia ist tindak balas yg disebabkan oleh cahaya. ~ kimia perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru. ~ kondensasi ist tindak balas yg berlaku antara satu molekul dgn molekul yg lain utk membentuk molekul yg lebih besar dgn menyingkirkan molekul kecil (spt air). bertindak balas berbuat atau melakukan sesuatu sbg reaksi kpd sesuatu tindakan atau kpd perbuatan lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam wbt & salam sejahtera tuan / puan, Mohon pencerahan, adakah ayat "tindak / maklum balas" digunakan atau perlu "tindak balas / maklum balas?" Misalnya penggunaan ayat: "Sekian, semoga mendapat tindak / maklum balas" atau "Sekian, semoga mendapat tindak balas / maklum balas"?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, maklum balas bermaksud maklumat yang diterima kembali sebagai menjawab pertanyaan (soal selidik dan sebagainya atau sebagai reaksi dan sebagainya sesuatu tindakan). Tindak balas pula bermaksud  tindakan yang diakibatkan oleh suatu tindakan lain.Tatabahasa29.11.2017
Assalamualaikum. sy Nor Idayu Azmi pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya ingin bertanya tentang kata seerti untuk "enakmen" di dalam konteks Bahasa Melayu. Bolehkah ia diertikan sebagai "tindak balas" terhadap persekitaran? Sy telah menerima maklum balas seperti berikut Enakmen menurut Kamus Dewan Perdana ialah undang-undang bertulis yang diluluskan oleh parlimen atau badan lain yang berkuasa membuat undang-undang. Selain undang-undang, enakmen juga boleh membawa maksud statut (Kamus Dewan). Mohon juga penerangan mengapa “tindak balas” terhadap persekitaran dipilih sebagai cadangan perkataan seerti? Bolehkah sy mentafsirkan ia seperti berikut? Maksudnya enactment adalah tindak balas terhadap perkara penting yang berlaku dalam kehidupan (persekitaran). Enakmen merupakan tindak balas sebagai cadangan perkataan yang diambil daripada kamus psikologi. Ini merupakan link yang dirujuk dan makna yang dijumpai : https://dictionary.apa.org/enactment enactment APA Dictionary of Psychology A trusted reference in the field of psychology, offering more than 25,000 clear and authoritative entries. n. 1. the acting out of an important life event rather than expressing it in words. See psychodrama. Sekian, Terima ksih

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “enakmen” dalam konteks psikologi ialah pelakonan atau perbuatan melakonkan semula.  

Lain-lain02.12.2021
interaksiMenurut Kamus Dewan perkataan interaksi ialah tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat;Lain-lain05.08.2007
Assalamualaikum. sy Nor Idayu Azmi pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya ingin bertanya tentang kata seerti untuk "enakmen" di dalam konteks Bahasa Melayu. Bolehkah ia diertikan sebagai "tindak balas" terhadap persekitaran? Saya berharap, pihak DBP dapat membantu saya dalam menggunaan istilah yang betul dan sesuai. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih

Enakmen menurut Kamus Dewan Perdana ialah undang-undang bertulis yang diluluskan oleh parlimen atau badan lain yang berkuasa membuat undang-undang. Selain undang-undang, enakmen juga boleh membawa maksud statut (Kamus Dewan).

 Mohon juga penerangan mengapa “tindak balas” terhadap persekitaran dipilih sebagai cadangan perkataan seerti?

Lain-lain11.10.2021
harap anak-anak sekalian jangan bermain di sini , ada kesalahan tak ?tqKata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan hadir sekali sahaja dalam suatu ayat, seperti Jangan buang sampah di sini dan Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin. Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi Harap anak-anak sekalian tidak bermain di sini atau Jangan bermain di sini.Tatabahasa06.07.2012
ejaan agen /ejen?Kedua-dua ejaan betul tetapi membawa maksud yang berlainan. Agen bermaksud  sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas dan ejen bermaksud  orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain.Makna24.06.2011
bolehkan saya dapatkan informasi tentang penggunaan 'tolong' dan 'sila'.Kata tolong dan sila tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 256.Tatabahasa21.03.2008
Saya ingin membuat semakan bagi perkara-perkara berikut: 1. Ejaan maklumbalas atau maklum balas soal selidik 2. istilah faculty developer dan antecedent dalam Bahasa Malaysia 3. ejaan tindakbalas atau tindak balas

1. Ejaan yang betul ialah maklum balas.

2. Sila nyatakan dalam bidang apa dan konteks penggunaan istilah ini dengan lebih terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam mencari padanannya dalam bahasa Melayu.

3. Ejaan yang betul ialah tindak balas

Istilah20.03.2010
1.Apakah perbezaan antara 'tolong' dan 'sila'? 2.Apakah perbezaan antara ' harap' dan ' sila'? Terima kasihKata tolong, sila dan harap tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan stiap kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan perkataan sila yang digunakan. Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 256.Tatabahasa18.04.2012
Why is there a whooshing sound when you place a cup over your ear? apakah perkataan whooshing dalam bahasa melayuTiada terjemahan bagi perkataan whooshing. Whoosing itu sendiri bermaksud tindak balas kita untuk menekankan suatu perkara atau tindakan spontan apabila kita berhadapan dgn sesuatu perkara.Penyemakan dan penterjemahan15.12.2017
1234

Kembali ke atas