Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tindakan yg diakibatkan oleh suatu tindakan lain; ~ berbalik (Kim) tindak balas kimia yg berlaku mengikut dua arah yg berlawanan; ~ fotokimia (Kim) tindak balas yg disebabkan oleh cahaya; ~ kimia perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru (lazimnya disertai pembebasan atau penye­rap­an tenaga); ~ kondensasi (Kim) tindak balas yg berlaku antara satu molekul dgn molekul yg lain utk membentuk molekul yg lebih besar (dgn menyingkirkan molekul kecil spt air dll); ~ nuklear (Fiz) tindak balas yg melibatkan perubahan dlm nukleus sesuatu atom; ~ penambahan (Kim) tindak balas yg melibatkan penambahan molekul pd ikatan berganda tanpa penyingkiran sebarang molekul kecil; ~ penggantian = ~ penyesaran (Kim) tindak balas yg melibatkan pertukaran sesuatu unsur atau radikal dgn unsur atau radikal lain; ~ rantaian (Kim) sj tindak balas kimia yg berlangsung mengikut mekanisme langkah demi langkah, secara berturutan, dgn setiap langkah menjana bahan reaktif yg menyebabkan langkah seterusnya berlaku; ~ redoks (Kim) tindak balas penurunan dan pengoksidaan yg berlaku serentak dlm sesuatu tindak balas kimia; ~ tak berbalik (Kim) tindak balas kimia yg berlangsung mengikut satu arah; bertindak balas berlaku tindak balas: kalsium karbonat ~ dgn asid hidroklorik utk meng-hasilkan karbon dioksida, air dan kalsium klorida; menindakbalaskan melakukan tindak balas, menjadikan bertindak balas: ~ asid hidroklorik dgn kalsium karbonat; penindakbalasan proses menindak­balas­kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg berlaku sbg akibat drpd sesuatu perbuatan atau tindakan lain; reaksi. ~ berbalik ist tindak balas kimia yg berlaku mengikut dua arah yg berbeza. ~ fotokimia ist tindak balas yg disebabkan oleh cahaya. ~ kimia perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru. ~ kondensasi ist tindak balas yg berlaku antara satu molekul dgn molekul yg lain utk membentuk molekul yg lebih besar dgn menyingkirkan molekul kecil (spt air). bertindak balas berbuat atau melakukan sesuatu sbg reaksi kpd sesuatu tindakan atau kpd perbuatan lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
photonuclear reactiontindak balas fotonuklear; tindak balas fotonukleasKejuruteraanTiadaTindak balas nuklear yang dimulakan oleh foton. Sinonim: fotokesan nuklear, tindak balas fotonuklear.
photonuclear reactiontindak balas fotonuklear; tindak balas fotonukleasKejuruteraanTiadaTindak balas nuklear yang dimulakan oleh foton. Sinonim: fotokesan nuklear, tindak balas fotonuklear.
divergent reactiontindak balas capahKejuruteraanTiadaTindak balas nukleus berantai yang bermula daripada satu tindak balas tetapi menghasilkan jumlah tindak balas lebih daripada satu.
convergent reactiontindak balas tumpuKejuruteraanTiadaTindak balas rantai pembelahan nukleus yang purata bilangan tindak balas dalam satu generasi akibat satu tindak balas generasi sebelumnya adalah kurang daripada satu unit.
delayed reactiontindak balas lambatPerubatanTiadaTindak balas, seperti tindak balas alergi, yang berlaku beberapa jam atau hari selepas pendedahan kepada bahan aruhan.
absolute specificityketentuan mutlakKimiaTiadaKepilihan luar biasa suatu enzim yang memungkinkan hanya memangkini tindak balas substrat tunggal dalam tindak balas ekamolekul atau tindak balas dengan sepasang substrat dalam tindak balas dwimolekul.
continuous reaction seriessiri tindak balas selanjarGeologiTiadaSiri tindak balas yang tindak balas antara hablur terbentuk awalnya dengan air berlaku secara berterusan tanpa perubahan mendadak pada struktur hablur.
autocatalysispengautomangkinanKejuruteraanTiada1. Pemangkinan suatu tindak balas oleh hasil tindak balas tersebut. 2. Tindak balas atau penyepaian suatu sel atau tisu akibat pengaruh daripada salah satu hasilnya.
autocatalysispengautomangkinanVeterinarTiada1. Pemangkinan suatu tindak balas oleh hasil tindak balas tersebut. 2. Tindak balas atau penyepaian suatu sel atau tisu akibat pengaruh daripada salah satu hasilnya.
autocatalysispengautomangkinanPerubatanTiada1. Pemangkinan suatu tindak balas oleh hasil tindak balas tersebut. 2. Tindak balas atau penyepaian suatu sel atau tisu akibat pengaruh daripada salah satu hasilnya.
12345678910...

Kembali ke atas