Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru (lazimnya disertai pembebasan atau penye­rap­an tenaga); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINDAK BALAS KIMIA

Tindak balas kimia ialah proses sesuatu bahan

bertukar secara kimia menjadi bahan lain. Semua

tindak balas kimia melibatkan pembentukan atau

pemusnahan ikatan di antara atom. Tindak balas

kimia termasuk pengaratan besi dan penghadaman

makanan. Kebanyakan tindak balas kimia

membebaskan haba. Misalnya, tindak balas kimia

yang berlaku dalam penghadaman membebaskan/

mengeluarkan haba yang menjadikan badan kita

panas dan berfungsi.

UMUM 
GAS KAYUGas boleh bakar hasil daripada tindak balas kimia atau uraian terma bahan api pepejal atau cecair. Kebanyakan gas buatan dihasilkan melalui proses pengkarbonan atau penggasan pepejal bahan api seperti kayu dan batu arang. Contoh-contoh gas buatan ialah gas petroleum cecair, gas penapis, gas kayu, dan gas gambut....Rujuk Ensiklopedia Sains TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
GAS GAMBUTGas boleh bakar hasil daripada tindak balas kimia atau uraian terma bahan api pepejal atau cecair. Kebanyakan gas buatan dihasilkan melalui proses pengkarbonan atau penggasan pepejal bahan api seperti kayu dan batu arang. Contoh-contoh gas buatan ialah gas petroleum cecair, gas penapis, gas kayu, dan gas gambut....Rujuk Ensiklopedia Sains TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
GAS BUATANGas boleh bakar hasil daripada tindak balas kimia atau uraian terma bahan api pepejal atau cecair. Kebanyakan gas buatan dihasilkan melalui proses pengkarbonan atau penggasan pepejal bahan api seperti kayu dan batu arang. Contoh-contoh gas buatan ialah gas petroleum cecair, gas penapis, gas kayu, dan gas gambut....Rujuk Ensiklopedia Sains TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
GAS GANTIANGas asli sintetik yang dihasilkan melalui beberapa proses tindak balas kimia. Konsep gas gantian diperkenalkan untuk mencari alternatif penghasilan gas yang terbentuk di dalam perut bumi yang semakin berkurangan dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Gas gantian mempunyai sifat fizikal yang sama dengan gas asli. Sumber bahan api fosil yang digunakan untuk menghasilkan gas gantian ialah batu arang dan cecair petroleum.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
ENZIM

Enzim ialah molekul protein yang mempercepat

tindak balas kimia dalam semua benda hidup.

UMUM 
ELEKTROKIMIA

Elektrokimia ialah bidang sains yang berkaitan

dengan tindak balas kimia yang melibatkan

elektrik.

UMUM 
SIRI GERAK ELEKTRIK

Siri gerak elektrik, juga dinamakan siri

elektrokimia atau siri aktiviti, ialah senarai logam

dan hidrogen berhubung dengan

kecenderungannya untuk kehilangan elektron

semasa tindak balas kimia. Logam yang lebih

mudah kehilangan elektron daripada hidrogen

disenaraikan sebelum hidrogen dalam siri ini.

Logam yang kurang mudah kehilangan elektron

daripada hidrogen mengikut hidrogen dalam

senarai siri yang berikut adalah tertib yang

sesetengah biasanya untuk digunakan dalam siri

gerak elektrik: kalium, kalsium, natrium,

magnesium, aluminium, zink, besi, nikel, timah,

plumbum hidrogen, tembaga, merkuri, perak,

platinum, emas.

UMUM 
KESEIMBANGAN KIMIA

Keseimbangan kimia ialah keadaan seimbang

yang tercapai apabila tindak balas kimia kelihatan

terhenti. Tindak balas ini biasanya ditunjukkan

dengan menulis persamaan kimia yang mempunyai

dua anak panah.