Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru (lazimnya disertai pembebasan atau penye­rap­an tenaga); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diffusion controlled reactiontindak balas terkawal resapanKejuruteraanKejuruteraan KimiaTindak balas yang berlaku apabila kadar tindak balas kimia dihadkan oleh kadar resapan dan kadar tindak balas kimia adalah lebih cepat daripada kadar salah satu bahan tindak balas boleh meresap untuk bertindak balas dengan komponen bahan tindak balas yang lain. Fenomenon ini berlaku apabila bahan tindak balas harus meresap ke satu antara muka (seperti permukaan mangkin) dan tindak balas kimia hanya akan terjadi di antara muka tersebut.
Damkohler number group IInombor Damkohler Kumpulan IIKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah kadar tindak balas kimia terhadap kadar resapan molekul bagi tindak balas kimia bermangkin yang dijelaskan sebagai dengan rp = jejari liang, -R = kadar tindak balas kimia, Cs = kepekatan bahan tindak balas pada permukaan mangkin, Deff = pekali resapan molekul berkesan.
Hatta numbernombor HattaKejuruteraanKejuruteraan KimiaNombor tak bermatra yang menandakan kesan tindak balas kimia ke atas proses resapan relatif kepada proses pemindahan jisim tanpa tindak balas kimia. Bagi tindak balas kimia tertib pertama, nombor Hatta ditakrifkan sebagai (rujuk m/s 228) dengan Ha = nombor Hatta, d = ketebalan saput, k1 = pemalar tindak balas tertib pertama, DAB = pekali resapan.
termolecular reactiontindak balas trimolekulKejuruteraanKejuruteraan KimiaTindak balas yang melibatkan tiga atom atau molekul yang berlanggar atau bersaling tindak dalam setiap langkah tindak balas. Tindak balas ini merupakan kemolekulan tertinggi yang didapati dalam amalan tindak balas kimia.
elimination reactiontindak balas penyingkiranKimiaTiadaTindak balas kimia yang berlaku apabila satu molekul kecil seperti air atau hidrogen klorida dikeluarkan daripada molekul organik lalu membentuk sebatian tak tepu. Misalnya, penyingkiran molekul air daripada alkohol membentuk alkena. Tindak balas penyingkiran selalunya bersaing dengan tindak balas penggantian dan hasil yang didapati bergantung pada keadaan sekitaran tindak balas. Tindak balas bromoetana dengan natrium hidroksida dapat menghasilkan, sama ada etena (melalui penyingkiran HBr) atau etanol (melalui penggantian Br dengan OH). Etena terhasil apabila tindak balas dijalankan di dalam larutan alkohol, manakala etanol terhasil jika tindak balas dijalankan di dalam larutan akueus.
redox reactiontindak balas redoksKimiaTiadaTindak balas penurunan dan pengoksidaan yang berlaku serentak dalam tindak balas kimia. Misalnya, tindak balas kuprum(II) oksida dengan zink menghasilkan logam kuprum dan zink(II) oksida. Dalam tindak balas ini, kuprum(II) oksida diturunkan menjadi logam kuprum manakala logam zink dioksidakan menjadi zink(II) oksida. Tindak balas ini melibatkan pemindahan elektron dari zink (iaitu tindak balas pengoksidaan) kepada ion kuprum(II) (iaitu tindak balas penurunan).
metabolismmetabolismeMakanan dan PemakananTeknologi MakananTindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup, yang merangkumi proses pembinaan tisu dan pemecahan tisu. Tindak balas kimia ini menggunakan tenaga.
metabolic ratekadar metabolismeBiologiFisiologiKadar tindak balas kimia yang berlaku di seluruh sel badan. Biasanya dalam bentuk kadar pengeluaran haba semasa berlaku tindak balas kimia
condition for equilibrium chemical reactionkeadaan keseimbangan tindak balas kimiaKejuruteraanKejuruteraan KimiaKeadaan tindak balas kimia yang dalam keseimbangan apabila keadaan berikut dipatuhi: (i) Tindakan balas yang berlaku tidak akan mengubah jumlah tenaga Gibbs sistem tersebut. (ii) Bagi sistem tertutup yang bertekanan P dan bersuhu T yang malar, jumlah tenaga Gibbs GT sistem adalah minimum atau (dGT)|T,P = 0.
reaction mechanismmekanisme tindak balasKimiaTiadaHuraian tentang langkah-langkah tindak balas kimia. Pada peringkat tinggi, mekanisme tindak balas akan menerangkan secara terperinci tertib pemecahan dan pembentukan ikatan dan perubahan kedudukan relatif atom-atom semasa tindak balas. 1. CH3 CH = CH2 ® CH3 CHÅ - CHy (rujuk m/s 113) hasil tindak balas 2-kloropropana SILA RUJUK RAJAH DI M/S 113 zat tindak balas propena + asid hidroklorik Mekanisme tindak balas
12345678910...

Kembali ke atas