Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tindak-tanduk;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINBERGEN, NIKOLAAS

Tinbergen, Nikolaas (1907–1988) ialah ahli

zoologi kelahiran Belanda yang telah mengkaji

bagaimana tabiat haiwan disesuaikan mengikut

keadaan persekitaran mereka. Dia juga mengkaji

evolusi tabiat ini untuk jangka masa berjuta-juta

tahun dengan membandingkan tindak-tanduk

beberapa spesies haiwan yang berlainan.

UMUM 
SWIFT, JONATHAN

Swift, Jonathan (1667–1745) ialah pengarang

Inggeris yang menulis Gulliver’s Travels (1726),

sebuah mahakarya kesusasteraan komedi.

Swift dikenal penulis satira yang agung disebabkan

oleh kebolehannya menyindir adat resam, idea

dan tindakan yang dianggapnya bodoh atau

membahayakan. Satiranya biasanya perit, tetapi amat

melucukan dan menyenangkan. Swift

memberi perhatian kepada kebajikan dan tingkah laku

rakyat pada zamannya, khususnya kebajikan orang

Ireland dan tindak tanduk orang Inggeris terhadap

Ireland. Swift ialah paderi gereja Protestan yang

menjadi wira di Ireland Roman Katolik.

UMUM 
PERJANJIAN BRITISH-SIAM

PERJANJIAN BRITISH-SIAM (1902), perjanjian yang ditandatangani antara pihak British dengan Siam.  Dengan termeterainya perjanjian ini, British memperkenalkan sistem penasihat di Kelantan dan Terengganu.  Tujuan pihak British memperkenalkan sistem tersebut adalah untuk mengawasi raja-raja Melayu di kedua-dua negeri dengan meletakkan seorang penasihat British, sebagai wakil pentadbiran Bangkok.  British berharap penasihatnya itu dapat mengawasi tindak-tanduk raja-raja Melayu yang berurusan dengan usahawan asing dan melaporkan segera kepada kerajaan Siam supaya tindakan dapat diambil sebelum raja-raja Melayu meluluskan sebarang permohonan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan

Kembali ke atas