Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Puisi
 

Tinggi-tinggi Bukit Seligi,
     Tempat orang memacu kuda;
Satu hari sedarkan diri,
     Takut gunung menjadi paya.


Lihat selanjutnya...(129)
Peribahasa

Gedang sebagai dilambuk-lambuk,
     tinggi sebagai dijunjung.

Bermaksud :

Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Besar diambak, tinggi dianjung).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
self-esteemharga diriPerubatanTiadaPencapaian maruah diri pada tahap yang mencapai kepuasan diri seseorang. Harga diri boleh terbahagi kepada harga diri rendah atau tinggi.
humanistic psychologypsikologi kemanusiaanPsikologiPsikologi UmumBidang psikologi yang menumpukan kepada pertumbuhan diri, pengawalan diri dan pencapaian potensi diri serta masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Bidang ini menekankan kepentingan konsep kehendak diri yang bebas untuk memilih hidup secara kreatif, bermakna atau selamat tanpa dikawal oleh kuasa luar seperti pembelajaran terlazim atau pengalaman tanpa sedar. Bidang ini juga biasanya mengkaji peranan keperluan kasih sayang, pencapaian harga diri, kreativiti dan kerohanian. Keperluan-keperluan ini membolehkan individu mendapat kesejahteraan yang tinggi dalam aspek psikobiososialnya. Ahli psikologi yang mengembangkan bidang ini antaranya ialah Abraham Maslow, Carl Rogers dan Clark Moustakas.
self-esteempenghargaan kendiriPsikologiPsikologi UmumAnggapan individu terhadap dirinya sama ada seorang yang berguna atau sebaliknya. Individu memerlukan harga diri yang tinggi untuk mencapai kesejahteraan emosi. Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah biasanya akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawannya dan selalunya tidak mencapai prestasi akademik yang tinggi. Pembentukan harga diri yang rendah dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa yang keras sehingga kanak-kanak merasakan diri mereka tidak bahagia kerana sentiasa diberi dendaan. Sebaliknya, kanak-kanak yang menerima kasih sayang dan sokongan emosi yang tinggi akan mempunyai harga diri yang tinggi.
noble savagenoble savageKesusasteraanTiadaKonsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi.
parasitic oscillationayunan parasitKejuruteraanTiadaAyunan kekal diri atau dedenyut fana terjana diri yang tidak diingini pada litar penguat atau pengayun, biasanya pada frekuensi lebih tinggi atau lebih rendah daripada frekuensi operasi yang betul.
promontory fortkubu tanjung tinggiSejarahTiadaKawasan atau tempat pertahanan diri di puncak bukit, hujung tanjung atau tebing tinggi yang dibina sepanjang hujung sesebuah semenanjung.
high-risk exposurededahan risiko tinggiKesihatan AwamTiadaKeadaan bahaya pada tahap tinggi yang dihadapi oleh individu atau kelompok individu apabila terdedah kepada rembesan cecair daripada pesakit yang dijangkiti tanpa kedua-dua individu tersebut menggunakan kelengkapan perlindungan diri.
groupthinkfikir kelompokPsikologiPsikologi UmumKecenderungan yang tinggi untuk berfikir secara serupa dan mengenepikan perbezaan. Menurut Janis (1982, 1989), fikir kelompok berlaku apabila satu-satu kelompok memerlukan perakuran yang tinggi sehingga menjejaskan ahli-ahlinya untuk membuat satu kesimpulan yang bijaksana. Terdapat beberapa gejala yang boleh muncul daripada fenomena fikir kelompok ini. Pertama, wujudnya ilusi kekebalan yang menyebabkan kelompok merasakan bahawa mereka tidak akan melakukan kesalahan 100% dalam membuat sesuatu keputusan. Kedua, penapisan diri yang membuatkan individu yang berbeza pendapat mendiamkan diri untuk mengelakkan dirinya dianggap sebagai kaki gaduh, penentang arus atau ditertawakan. Ketiga, tekanan yang dikenakan terhadap pembangkang membuatkan ahlinya terpaksa mengikut arus. Tindakan ketua atau ahli kelompok yang melemahkan semangat untuk membangkang boleh mewujudkan ilusi konsensus.
choke coilgegelung pencekikTeknikElektrikGegelung berpenebat dengan teras yang mempunyai rintangan rendah tetapi kearuhannya tinggi dan memberikan ciri-ciri aruhan diri. Gegelung jenis ini digunakan sebagai peranti pengehad arus dalam litar arus ulang-alik dan menghasilkan voltan tinggi fana untuk menghidupkan lampu nyahcas. Di samping itu gegelung pencekik akan menjadikan arus litar arus ulang-alik sentiasa mantap selepas lampu nyahcas menyala
hierarchy of needshierarki keperluanPentadbiranTiadaTeori tatatingkat keperluan manusia yang di susun mengikut turutan, iaitu daripada peringkat asas seperti makan, minum, seks, dan sebagainya sehinggalah kepada keperluan yang paling tinggi seperti pencapaian hasrat diri.
1234

Kembali ke atas