cognitive behavior modification (CBM) | modifikasi tingkah laku kognitif | Psikologi | Psikologi Umum | Satu proses penggabungan antara prinsip pembelajaran kognitif dengan tingkah laku untuk membentuk dan menggalakkan tingkah laku yang diingini. Proses ini berlaku berdasarkan pada tiga andaian, iaitu tingkah laku individu diperantarakan melalui peristiwa kognitif, perubahan dalam persekitaran akan membawa perubahan kepada tingkah laku dan individu merupakan seorang yang aktif dalam pembelajaran. Secara umumnya, modifikasi tingkah laku kognitif mengandaikan bahawa individu mempunyai kebolehan dan keupayaan memilih untuk memantau dan mengurus tingkah laku sendiri. |
behaviourism | faham tingkah laku | Pentadbiran | Tiada | Aliran yang berpegang pada teori tingkah laku. Aliran ini percaya bahawa masyarakat memiliki pola tingkah laku yang boleh diperhati dan dianalisis secara saintifik. Sinonim behaviorisme. Lihat juga teori tingkah laku. |
anti-social behaviour | tingkah laku antisosial | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tingkah laku atau perbuatan yang melanggar norma sosial dan bertentangan dengan kesejahteraan individu, kumpulan, sistem atau masyarakat. Tingkah laku ini juga merujuk kepada ketiadaan atau kekurangan empati dan rasa bersalah oleh pelaku apabila melanggar norma atau peraturan sosial. Tingkah laku ini boleh membawa kepada perlakuan jenayah dalam kalangan orang dewasa dan delinkuensi dalam kalangan kanak-kanak. |
contagious behaviour | tingkah laku jangkitan | Sosiologi | Tiada | Tingkah laku yang terhasil akibat penularan tingkah laku tersebut daripada individu kepada individu lain di dalam sesuatu kelompok. |
shaping | pembentukan | Psikologi | Psikologi Umum | Proses atau prosedur untuk membina tingkah laku yang bukan daripada repertoir organisma yang terlibat. Proses ini dilakukan dengan bantuan kaedah pemberian ganjaran yang bersifat penghampiran kepada tingkah laku yang disasarkan. Pada asasnya, sebarang tingkah laku haiwan yang menghampiri ciri-ciri tingkah laku seperti yang dikehendaki itu akan diberi ganjaran sehingga tingkah laku tersebut tercapai. Contohnya, tikus yang dilatih menekan tuas bagi mendapatkan makanan akan diberikan ganjaran sekiranya haiwan tersebut bergerak menuju tuas atau menekan tuas tersebut. Tikus tersebut akan terus diberi ganjaran sehinggalah haiwan tersebut boleh menekan sendiri tuas berkenaan bagi mendapatkan makanan. Kebanyakan tingkah laku haiwan sarkas dilatih dengan cara ini. |
animal behaviour characteristic | sifat tingkah laku haiwan | Sosiologi | Tiada | Tingkah laku manusia yang mempunyai unsur-unsur tingkah laku kehaiwanan. |
dependency behavior | tingkah laku kebergantungan | Psikologi | Psikologi Umum | Tingkah laku yang banyak bergantung pada orang lain atau masyarakat. Kebanyakan tingkah laku individu ini ditentukan oleh orang lain sehingga menyebabkan kepercayaan dirinya berkurangan. Contohnya, kanak-kanak yang terlalu bergantung pada ibu bapanya sehingga gagal membuat sesuatu keputusan sekalipun keputusan yang mudah. |
deviant behaviour | tingkah laku melencong | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tingkah laku yang bertentangan dengan norma dan nilai sosial yang lazim dalam masyarakat. Tingkah laku ini biasanya menimbulkan tindak balas yang negatif dan kadangkala boleh digolongkan sebagai jenayah. |
behavioural therapy | terapi tingkah laku | Perubatan | Psikiatri | Rawatan yang digunakan untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku yang baharu berdasarkan andaian Teori Behaviorisme. |
behavioural therapy | terapi tingkah laku | Pendidikan | Tiada | Terapi yang digunakan untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada bentuk tingkah laku yang baharu berdasarkan andaian teori behaviorisme. |