Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kap] | تيڠکڤ

Definisi : lubang angin (di dinding rumah dll) yg boleh dibuka dan ditutup, jendela: jika banyak ~ banyaklah udara yg dapat keluar masuk; ~ kipas tingkap yg memakai ram-ram atau bidai (tabir); ~ magun a) tingkap pd bahagian atas dinding atau bumbung rumah dsb utk dimasuki angin atau cahaya, jendela langit; b) tingkap yg tetap dan tidak dibuka-buka pd perahu, kapal dsb, jendela langit; ~ panjang tingkap di sepanjang serambi (beranda); ~ penangguh tingkap di bahagian dapur rumah; ~ peranginan tingkap di bumbung utk dimasuki angin; ~ tela tingkap utk masuk cahaya utk menerangi tela atau ruang rumah; meningkap melihat dr tingkap; tingkapan tingkap kecil, lubang utk angin masuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kap] | تيڠکڤ

Definisi : lubang angin di dinding rumah (terdiri drpd berbagai-bagai bentuk) yg dpt dibuka dan ditutup; jendela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkap (kata nama)
Bersinonim dengan jendela, lubang angin, tabuk, loket, ram.,

Puisi
 

Cik Mahat tukang rumah,
     Cik Ali tukang tingkap;
Minta maaf seisi rumah,
     Minta izin saya cakap.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINGKAP

Tingkap ialah bukaan pada dinding atau pintu

untuk membolehkan cahaya dan udara masuk ke

dalam ruang tertutup. Istilah ini juga boleh

merujuk kepada kaca yang diletakkan pada bukaan

demikian. Satu atom lebih kepingan rata kaca yang

dinamakan kaca tingkap menutupi kebanyakan

tingkap. Palang yang dinamakan mullian mengikut

kaca tingkap dalam kedudukannya. Kaca tingkap

dan mullian dipasang dalam rangkai yang

dinamakan bingkai.

UMUM 
KLERESTORI

Klerestori istilah seni bina bagi barisan

tingkap pada dinding yang bermula dari atas

bumbung sekeliling.

UMUM 
PLIQUE-Á-JOUR

Plique-á-jour merupakan sejenis enamel yang

halus buatannya. Enamel akan disapu pada bukaan

objek untuk disadurkan agar ia kelihatan seperti

tingkap kaca berwarna yang kecil.

UMUM 
DAUN EMAS

Daun emas ialah logam emas yang telah diketuk

menjadi kepingan atau dedaun yang terlalu

nipis. Daun emas digunakan untuk menghias

permukaan bingkai gambar dan perabot dan untuk

menulis huruf pada cermin tingkap.

UMUM 
MURAL

Mural ialah gambar atau reka bentuk yang

menghiasi dinding. Kebanyakan mural menghiasi

dinding di dalam bangunan, tetapi sesetengahnya

menghiasi siling dan dinding luar. Mural dalaman

hendaklah harmoni dengan gaya dan skala bilik.

Pelukis mural mesti merancang coraknya supaya

pintu, tingkap dan perabot tidak menjejaskan

keharmoniannya. Kebanyakan mural dilukis. Tetapi

sesetengahnya dibuat daripada kepingan kecil

kaca, batu dan bahan-bahan lain. Mural ini

dinamakan mozek. Rencana ini hanya

membincangkan mural yang dilukis.

UMUM 
POLIVINIL KLORIDA (PVC)

Polivinil klorida (PVC) ialah bahan plastik yang

kuat, tahan lama. Ia mudah bercampur dengan

pelincir, pengisi, dan pewarna untuk membuat

plastik yang mempunyai banyak sifat yang berbeza.

Terdapat dua jenis asas plastik PVC – tegar dan

fleksibel. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC

tegar termasuk botol, paip, dan bahan sisian bingkai

tingkap. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC

mudah dibentuk termasuk pakaian hujan, tirai

mandi, hos, dan bahan penebat elektrik.

UMUM 
TANDA KEBAKARAN

Tanda kebakaran ialah plat logam yang

digunakan oleh syarikat insurans British yang

biasanya dipasang pada bangunan yang

diinsuranskan untuk kebakaran. Setiap syarikat

menyelenggarakan bomba masing-masing untuk

menyelamatkan harta yang diinsuranskan oleh

syarikat berkenaan. Sekiranya bomba sesebuah

syarikat insurans tiba di tempat kebakaran dan

mendapati bahawa bangunan berkenaan

diinsuranskan kepada syarikat lain, pihak bomba

tidak akan memadamkan kebakaran tersebut.

Tanda kebakaran diperbuat daripada plumbum,

kuprum atau besi. Tanda ini dipasangkan pada

bahagian hadapan bangunan yang diinsuranskan,

biasanya di antara tingkap tingkat pertama. Tanda ini

menunjukkan nama atau simbol syarikat dan banyak

tanda ini mempunyai reka bentuk yang berlebih-lebihan.

Tanda ini pertama kali digunakan pada tahun

1660-an selepas Kebakaran Besar London.

UMUM 
TIFFANY, LOUIS COMFORT

Tiffany, Louis Comfort (1848–1933) ialah pereka

bentuk kaca berwarna yang ulung pada akhir tahun

1800-an dan awal tahun 1900-an. Dia merupakan

tokoh penting Amerika dalam penciptaan gaya seni

antarabangsa yang dikenal sebagai art nouveau .

Gaya ini berkembang dari tahun 1890-an hingga

lebih kurang tahun 1910 (lihat Art nouvean ).

Tiffany lahir di New York City. Bapanya, Charles

Lewis Tiffany, memulakan perniagaan barang kemas

yang terkenal. Tiffany memulakan kerjayanya

sebagai pelukis, tetapi kemudian meminati seni

hiasan, terutama kaca berwarna. Pada tahun 1879,

dia menubuhkan syarikat perkongsian dengan

beberapa pelukis moden. Syarikat ini mengkhusus

kepada reka bentuk dan hiasan dalaman sezaman.

Pada tahun 1880, Tiffany memohon paten untuk kaca

berwarna yang iridesen – iaitu yang bertukar warna

jika dilihat dari sudut berlainan. Pada tahun 1885, dia

memulakan syarikat kacanya sendiri. Pada tahun

1894, dia mendaftarkan nama Favrile untuk hasil

kerja kaca iridesen buatan tangannya.

Lihat juga Kaca (gambar; Tingkap kaca berwarna).

UMUM 

Kembali ke atas