Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.ka.tan] | تيڠکتن

Definisi : tingkat, kelas, peringkat, pereng­gan, takat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Encik, "Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam" atau "tingkatan satu hingga tingkatan enam" yang manakah betul?frasa yang betul ialah ""tingkatan satu hingga tingkatan enam".  "tingkatan satu" dan "tingkatan enam" ialah kata nama am dan  perlu ditulis dengan huruf kecil.Ejaan05.04.2020
Cikgu, frasa "dari tingkatan 5" betul, atau "daripada tingkatan 5"? "Tingkatan" ialah sejenis peringkat umur, seperti umur 13 tahun berada di tingkatan 1, umur 14 tahun berada di tingkatan 2...tingkatan ini macam peringkat. Jadi, kata sendi nama "dari" atau "daripada" lebih sesuai digunakan?Frasa yang betul ialah "daripada tingkatan 5".Tatabahasa23.02.2015
Tuan, Saya ada kemusykilan. Sekolah saya ada 2 sesi. Sesi pagi merangkumi sesi perdana (Tingkatan 4 & 5) dan Tingkatan 6 atau Pra Universiti manakala sesi petang adalah kelas-kelas dari Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, 2 & 3. Ayat-ayat di bawah ini yang mana satu betul? 1. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar perdana sesi pagi. atau Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana pagi. 2. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana petang. atau Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar perdana sesi petang. Bagaimana pula dengan tajuk di bawah? Yang mana satu betul? Dialog Prestasi Sesi Perdana Pagi atau Dialog Prestasi Perdana Sesi Pagi Dialog Prestasi Sesi Perdana Petang atau Dialog Prestasi Perdana Sesi Petang? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah ayat 1. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana, manakala ayat 2. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar tingkatan sesi petang.Lain-lain19.09.2019
Salam sejahtera. Penjelasan yang diberikan oleh Munsyi Dewan yang berkenaan tidak lulus pada akal. Saya mengatakan demikian kerana adakah “tingkatan” merujuk kepada tempat? Walhasil, kata “tingkatan” membawa makna taraf ataupun tahap (kedudukan). Buktinya, frasa “sekolah menengah” membawa makna “sekolah daripada tingkatan satu hingga tingkatan enam” (definisi KD). Mengapakah tidak dikatakan sekolah dari tingkatan satu ke tingkatan enam? Bagaimanakah pula dengan frasa sendi nama “pada peringkat sekolah”, bukan “di peringkat sekolah”? Sepanjang pengetauan saya, “jurusan” membawa makna arah/hala ( dari jurusan Thailand) serta membawa maksud aliran pengajian (jurusan sains). Persoalannya, adakah frasa “di bawah Kementerian Pelajaran” merujuk kepada jurusan ataupun hala? Kata nama “kementerian” merujuk kepada organisasi ataupun institusi yang berhubung kait dengan manusia. Jikalau “kementerian” ialah jurusan ataupun hala, bagaimana pula dengan frasa “menerima surat daripada kementerian”? Penjelasan anda amat dialu-alukan. Sekian.
Salam Sejahtera. Soalan yang diutarakan oleh saudara sebelum ini ialah "Adakah ‘di tingkatan lima’ merujuk kepada tempat? Bagaimanakah pula rangkai kata ‘disebut-sebut di bibir’ ataupun ‘tidak lekang di bibir’?". Kenyataan yang baharu dikemukakan oleh saudara ialah "tingkatan" dan "sekolah menengah". Frasa "di tingkatan lima" merujuk maksud khusus, iaitu tempat. Ayat contoh ialah "Dia belajar di tingkatan lima", dan sebaliknya jika dibuat ayat "Dia belajar pada tingkatan lima" ayat ini adalah salah. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Oleh itu, frasa "pada peringkat sekolah" adalah betul. Penggunaan kata sendi nama seperti "di bawah" dan "daripada" seperti ayat contoh yang dikemukakan oleh saudara perlu dilihat pada maksud keseluruhan ayat. Cuba lihat ayat contoh ini "Lembaga Peperiksaan Malaysia terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia" dan "Saya menerima surat penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia". Kata sendi "di bawah" jelas menunjukkan hierarki sesebuah agensi berdasarkan carta organisasi sesebuah kementerian. Kata sendi "daripada" pula merujuk sumber daripada individu dan institusi, dan berbeza daripada kata sendi "dari" yang melibatkan masa dan arah. Semoga penjelasan ini membantu saudara.

Tatabahasa30.04.2014
Penggunaan Tatabahasa Ayat: 1. Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, dan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap. 2. Semua pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, tingkaan 3, dan tingkatan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap Soalan: Ayat mana yang betul, 1 atau 2?. Apakah kesalahannya? Terima kasih.Kedua-duanya betul dan gantikan perkataan menggunakan kepada memakai.Tatabahasa07.02.2012
Kata Nama - penggunaan kata nama yang betul...tingkatan tiga teratai @ Tingkatan Tiga Teratai?Tingkatan Tiga Teratai ialah kata nama khas.Tatabahasa26.01.2011
Bagaimanakah cara penulisan dalam esei untuk i. Guru Besar/guru besar ii. Guru Tingkatan/guru tingkatan iii. dibankkan/membankkan? iv. dicop/dicap? v. Tanda baca (:-) sering digunakan dalam penulisan. (penyenaraian). Tetapi apabila saya rujuk saya tidak menjumpai tanda baca tersebut. vi. Contoh tanda baca dalam penyenaraian - Antara ciri-ciri tersebut: 1. Xxxxxxxxxxxxx; 2. Xxxxxxxxxxxxx; dan 3. Xxxxxxxxxxxxx. atau Kita gunakan noktah pada setiap akhir ayat? Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah:

i. guru besar 

ii. guru tingkatan 

iii. dibankkan/membankkan - tidak ada contoh penggunaan kedua-dua kata ini, jika merujuk transaksi yang dilakukan boleh menggunakan perkataan lain seperti diamsukkan ke bank 

iv. dicap 

v. Penggunaan tanda baca yang betul ialah titik bertindin (:) atau sempang (-)

vi. Contoh tanda baca dalam penyenaraian - Antara ciri-ciri tersebut: 1. Xxxxxxxxxxxxx; 2. Xxxxxxxxxxxxx; dan 3. Xxxxxxxxxxxxx. Penggunaan tanda baca dalam contoh ini betul.

Tatabahasa06.12.2011
BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A) Pelajar Lepasan Tingkatan 5 (B) Lepasan Tingkatan 5 Adakah kedua-dua betul? Saya tidak dapat pasti. Sekian.

Ejaan yang betul ialah "Pelajar lepasan tingkatan 5".

Tatabahasa06.07.2011
Ali ialah ketua tingkatan . 1.Apakah subjek dan predikat ayat ini 2.Frasa "ialah ketua tingkatan " merupakan predikat yang betul? 3.Apakah susunan ayat songsang yang tepat utk ayat tersebut/TKAli ialah ketua tingkatan.
Subjek - Ali
Predikat - ialah ketua tingkatan
Ayat songsang - ialah ketua tingkatan Ali

Tatabahasa19.02.2019
1. Bagi ayat "Kajian ini dijalankan bagi menilai persepsi guru terhadap kebolehgunaan bahan bantu mengajar dalam subtopik Mitosis Tingkatan 4", huruf pertama bagi perkataan mitosis dan tingkatan 4 itu perlu huruf besar atau huruf kecil? 2. "Kajian terhadap murid Tingkatan 4" atau "Kajian terhadap murid tingkatan 4" Terima kasih. Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Kajian ini dijalankan bagi menilai persepsi guru terhadap kebolehgunaan bahan bantu mengajar dalam subtopik mitosis tingkatan 4. 
2. Kajian terhadap murid tingkatan 4.
Ejaan14.11.2020
12345678910...

Kembali ke atas