Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tip] | تيڤ

Definisi : 1. sedikit wang atau upah tambahan yg diberikan kpd seseorang, mis pelayan hotel, sbg tanda menghargai khidmatnya: baki wang membeli rokok itu diberikannya kpd budak itu sbg ~; 2. maklumat dalaman yg sangat berguna, terutamanya berhubung dgn pasaran saham, lumba kuda dsb; 3. bp petua tentang sesuatu spt kecantikan, kesihatan dan masak-memasak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tip] | تيڤ

Definisi : mesin ~ mesin taip;mengetip menaip, mengetik; tik I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tip] | تيڤ

Definisi : mengetip; ~ bola bp menumbuk bola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tip] | تيڤ

Definisi : (sedikit) wang atau upah yg diberikan kpd seseorang, mis pelayan hotel, sbg tanda menghargai khidmatnya: Beliau memberikan ~ kpd pelayan itu kerana menghantar beg pakaiannya ke bilik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, bolehkah "Tip-tip" digunakan? Tip-tip, gandaan bagi Tip, iaitu petua. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah petua (bukan tip). Petua boleh merujuk tunggal atau jamak, oleh itu tidak perlu digandakan menjadi petua-petua.Tatabahasa15.02.2012
Salam sejahtera! Bagi perkataan tip (makna: maklumat dalaman), apakah bentuk jamak bagi perkataan ini? Adakah tip-tip istilah yang betul? Terima kasih!Perkataan tip merujuk kepada maklumat dalaman yang sangat berguna, terutamanya berhubung dengan pasaran saham, lumba kuda dan sebagainya. Oleh itu, perkataan tip tidak perlu dijamakkan.Tatabahasa13.08.2020
1. Apakah maksud perucapan awam dan perbezaannya dengan ceramah? 2. Antara" tip-tip" dan "tips" yang mana satu betul untuk digunakan?

Encik Mohamad Noor,

Untuk makluman saudara, ceramah, syarahan, pembentangan kertas kerja, taklimat, kuliah dan sebagainya merupakan bentuk pengucapan awam. Oleh yang demikian tidak ada perbezaan antara kedua-dua ini. Bagi soalan kedua, perkataan yang betul ialah "panduan" bukan "tip-tip" atau "tips".    

Lain-lain06.02.2010
1. Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan dengan tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih Atau 2. Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih. Ayat 1 atau ayat 2 yang betul.

Ayat yang betul ialah “Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan kepada tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 495.

Tatabahasa05.03.2024
Penjelasan: ungkapan “tip untuk menjadi penulis bestseller” ada unsur bahasa rojak?

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'tip' ialah petua. Dalam contoh ayat yang diberikan memang terdapat penggunaan bahasa rojak.

Tatabahasa16.10.2009
1. suku kata bagi kutipan bukankah [ku.tip.an]? kata dasar kutip, an itu imbuhan. tapi dalam kamus dewan online tunjuk [ku.ti.pan]. Kita ambil kira imbuhan/bacaan dalam konteks suku kata? suku kata bagi mengutip pula ialah [me.ngu.tip] sebab k telah bertukar menjadi ng,betul? 2. keluarga merupakan perkataan yang ada vokal berganding, ingatkan suku kata ialah [ke.lu.ar.ga]. Tapi kamus dewan online tunjuk [ke.luar.ga]. Macam mana ya? 3. Sering kali kami dengar orang sebut [ba.u]. Adakah [ba.u]vokal berganding ataupun [bau]diftong sama dengan [ker.bau]? Kamus Dewan Online menunjukkan [bau]. Terima kasih atas masa dan usaha tuan.Pola suku kata ialah pemenggalan perkataan mengikut suku kata. Contoh ku.tip.an/ke.lu.ar.ga/ker.bau/ba.u. Manakala untuk sebutan pula ialah [ku.ti.pan], [ke.luar.ga], [ker.bau], [bau]Tatabahasa19.08.2021
saya memang minat untuk menulis,boleh tak beri saya beberapa tip untuk menulis dengan betul.. anak noor

Untuk menghasilkan karya yang baik berikut disenarai beberapa tip khususnya dalam penulisan kreatif, iaitu puisi, cerpen, novel dan drama:

1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan

2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik

3. Karya mempunyai nilai-nilai murni

4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca

Untuk makluman, puan boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP. Sekian, terima kasih 

Lain-lain02.07.2009
Maaf, saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "tip" .Adakah boleh jika digunakan di dalam penulisan bahasa Melayu? atau perkataan tersebut sememangnya berasal daripada bahasa Inggeris? Terima kasih pihak DBP.Menurut data kami perkataan tip bermaksud (sedikit) wang atau upah yang diberikan kepada pelayan hotel, sebagai tanda menghargai khidmatnya. Untuk maklumat lanjut puan boleh melayari laman sesawang prpm.dbp.gov.my. Makna26.09.2020
Insuran atau insurans? Ansuran atau ansurans? Respon atau respons? Saspen atau saspens? Tip atau tips?1. Insurans    2. Ansuran   3. Respons   4. Saspens   5. tipEjaan01.11.2015
Salam, Saya telah menulis buku yang berjudul Tip dan Trik Usrah. Mohon pandangan dan nasihat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia berhubung penggunaan kalimah "trik" dalam konteks budaya dan kesesuaian bahasa. Apakah trik itu dikaitkan dengan konotasi negatif sekiranya disandarkan kepada perkara baik. Sebagai contoh Trik Usrah. Mohon pandangan pihak Tuan/Puan Terima kasih.Dalam Kamus Dewan tip bermaksud petua, manakala trik bermaksud teknik atau membuat sesuatu dengan cepat dan betul. Trik dalam bahasa percakapan bermaksud helah dan dalam penggunaan harian penggunaan trik lebih banyak menggambarkan maksud tersebut. Oleh itu, dalam hal menamakan buku kami cadangkan pihak tuan menggunakan nama lain yang lebih tepat dan santun seperti Panduan Mendekati Usrah.Tatabahasa03.07.2012
12

Kembali ke atas