Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.rai] | تيراي

Definisi : 1. kain yg berumbai-umbai tepinya (perhiasan langit-langit tempat tidur atau tempat duduk pengantin dll): kerja menghias pentas persandingan, langit-langit, ~, ham­paran sudah siap; 2. kain yg dipasang labuh hingga ke lantai (utk menutup pintu, menye­kat ruang, dll), tabir: ~ ini membahagikan ruang tengah menjadi dua buah bilik; ~ belakang latar belakang (sesuatu perbuatan, perkara, dll); ~ besi garis (sempadan) yg meng­a­singkan negara-negara blok komunis dgn negara-negara blok lain; ~ kelambu kelambu tempat tidur; ~-mirai berbagai-bagai jenis tirai; bertirai berpasang tirai, bertabir: pentas itu belum ~; bertiraikan menggunakan sesuatu (kain dsb) sbg tirai, bertabirkan: ruang itu ~ sehelai kain yg besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.rai] | تيراي

Definisi : 1 kain yg dipasang labuh hingga mencecah lantai utk menutup pentas dll; tabir. 2 kain sutera dll yg berumbai-umbai tepinya utk perhiasan langit-langit tempat tidur dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tirai (kata nama)
Bersinonim dengan langsir, tabir, penutup jendela, bidai, skrin, adang, paldu, perdah, tebeng, tedeng, sekeran, sekesel, layar, layar sebeng, pendinding, kelir, gorden, kerai, belat, korden, langsai;,
Kata Terbitan : bertirai,

Puisi
 

Tirai perak kelambu perak,
     Bantal emas tikar suasa;
Bercerai kasih bertemu tidak,
     Jauh bergantung di atas udara.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
curtain setset tiraiKesenianDrama dan TeaterTirai latar yang memaparkan pemandangan lengkap dalam sesebuah drama seperti hutan, kawasan kampung atau sawah. Set tirai biasanya dilukis khas pada kanvas untuk disesuaikan dengan latar tertentu. Penggunaan set tirai merupakan ciri khas dalam persembahan bangsawan.
curtain raiserpembuka tiraiKesusasteraanTiadaPertunjukan sebelum memulakan sesebuah persembahan. Pertunjukan biasanya terdapat dalam persembahan drama dan teater. Pembuka tirai biasanya dalam bentuk selingan muzik atau sebuah sketsa (persembahan pendek) yang bertujuan untuk menghiburkan khalayak sebelum pementasan utama bermula. Contohnya, lagu-lagu selingan dalam persembahan wayang kulit, lagu buka tirai dalam bangsawan, dan overture dalam opera.
sight screentiraiSukanTiadaTirai putih yang diletakkan di kedua-dua penjuru padang, dan kedudukannya adalah di belakang kedua-dua kayu pancang.
drapetirai (PEM.MAN)SosiologiTiada1. Tirai: Kain yang dipasang labuh hingga mencecah lantai untuk menutup pintu, ruang atau sebagai penyekat.
back droptirai latarKesusasteraanTiadaTirai, dinding atau skrin di ruang belakang set pentas bagi menggambarkan latar yang bersesuaian dengan babak tertentu.
draperytirai kain/draperiSosiologiTiada1. Kain yang digunakan untuk membuat tirai, langsir dan sebagainya.
draperytirai hiasKesenianDrama dan TeaterKain penghias pada gerbang prosenium pentas untuk mengindahkan dan memberikan erti kepada sesuatu persembahan. Dalam persembahan bangsawan, tirai hias dipasang pada binaan mahkota alam. Lihat jugamahkota alam.
pelmetkepala tiraiKesenianHiasan DalamanSempadan kain atau kayu yang sempit, dipasang di bahagian atas pintu atau tingkap untuk menutupi ruang di bahagian atas untuk menyembunyikan kelengkapan tirai. Biasanya kain dari fabrik khas dijadikan sebagai bahan penyudah hiasan di bahagian ini.
curtaintiraiKomunikasi MassaTiadaTiada
backdroptirai latar (tv)KejuruteraanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas