Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.su] | تيسو

Definisi : 1. sekumpulan sel pd haiwan atau tumbuhan yg mempunyai bentuk dan struktur yg serupa yg sama-sama melakukan sesuatu fungsi tertentu; ~ badan; ~ otot; ~ saraf; 2. = kertas ~ kertas yg nipis, lembut, dan sangat mudah menyerap, yg biasanya digunakan sbg sapu tangan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.su] | تيسو

Definisi : 1 ist bahagian haiwan atau bahagian tumbuh-tumbuhan yg terdiri drpd sel-sel yg sejenis dan mempunyai tugas yg sama: ~ saraf; ~ parenkima. 2 = kertas ~ kertas yg tipis dan lembut yg digunakan utk mengelap tangan, muka dsb. ~ lemak tisu yg berisi lemak. ~ pembuluh (vaskular) tisu tumbuh-tumbuhan yg terdiri drpd zilem dan floem yg mengalirkan air, garam mineral dsb dlm tumbuh-tumbuhan. ~ perantara tisu dlm tubuh manusia atau haiwan yg terdiri drpd gentian elastik dsb (utk menyokong atau utk menghubungkan tisu-tisu dgn organ). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tisu


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
edemakeadaan wujudnya lebihan cecair di dlm ruang antara sel tisu, boleh berlaku pd rongga atau tisu badanKamus Dewan Perdana
eritrositsel utama yg terdapat di dlm darah vertebrat, yg mengandungi hemoglobin dan terlibat dlm pengangkutan oksigen dr paru-paru ke seluruh tisu, dan pengangkutan karbon dioksida dr tisu ke paru-paru. Eritrosit ialah kata teknikal bagi sel darah merahKamus Dewan Perdana
endospermatisu yg terdapat di dlm kantung embrio tumbuhan berbiji, yg lazimnya menyimpan bahan makanan yg terurai semasa proses percambahanKamus Dewan Perdana
epiteliumtisu tipis yg membentuk lapisan luar permukaan tubuh dan yg melapisi salur pencernaan dan struktur berongga dlm tubuhKamus Dewan Perdana
epidermislapisan tisu paling luar pd tumbuhan atau haiwanKamus Dewan Perdana
endometriosiskehadiran tisu endometrium, mis di luar rongga uterusKamus Dewan Perdana
eksplanbahagian tumbuhan atau haiwan, mis sel, tisu atau organ, yg dipindahkan dr tempat asalnya ke medium nutrienKamus Dewan Perdana
elastinprotein kenyal yg membentuk gentian kuning dlm tisu penghubung haiwan vertebratKamus Dewan Perdana
mengeksisimembuang (organ atau tisu) dgn cara memotongnya semasa pembedahanKamus Dewan Perdana
eksisiproses atau perbuatan membuang sst organ atau tisu dgn cara memotongnya semasa pembedahanKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas