Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.su] | تيسو

Definisi : 1. sekumpulan sel pd haiwan atau tumbuhan yg mempunyai bentuk dan struktur yg serupa yg sama-sama melakukan sesuatu fungsi tertentu; ~ badan; ~ otot; ~ saraf; 2. = kertas ~ kertas yg nipis, lembut, dan sangat mudah menyerap, yg biasanya digunakan sbg sapu tangan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.su] | تيسو

Definisi : 1 ist bahagian haiwan atau bahagian tumbuh-tumbuhan yg terdiri drpd sel-sel yg sejenis dan mempunyai tugas yg sama: ~ saraf; ~ parenkima. 2 = kertas ~ kertas yg tipis dan lembut yg digunakan utk mengelap tangan, muka dsb. ~ lemak tisu yg berisi lemak. ~ pembuluh (vaskular) tisu tumbuh-tumbuhan yg terdiri drpd zilem dan floem yg mengalirkan air, garam mineral dsb dlm tumbuh-tumbuhan. ~ perantara tisu dlm tubuh manusia atau haiwan yg terdiri drpd gentian elastik dsb (utk menyokong atau utk menghubungkan tisu-tisu dgn organ). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tisu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sekeping tisu sel otak yang bersaiz sebutir pasir mengandungi sebanyak 100,000 neuron dan 1 bilion sinapsis serta semua berkomunikasi antara satu sama lain. Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "synapses"?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan synapse ialah sinaps.Penyemakan dan penterjemahan26.12.2018
Jangan membuang tisu di dalam /ke dalam lubang tandas.Jangan membuang tisu ke dalam lubang tandas.Tatabahasa11.05.2011
Assalamualaikum tuan/puan, Saya ingin bertanyakan tentang gulungan kertas berwarna coklat di dalam tisu tandas. Apakah terdapat kata nama am baginya? Jika toilet roll ialah kertas tandas gulung, bagaimana pula yang di dalamnya? Adakah bekas gulungan tisu tandas lebih tepat? Dalam bahasa Inggeris ia disebut "empty toilet paper roll". Disertakan juga gambar untuk rujukan pihak tuan/puan. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "empty toilet paper roll" ialah penggulung tisu tandas.Istilah24.08.2016
Salam, apakah nama objek seperti yang dilampirkan? Tiub kadbod? Tiub tisu? Atau ada nama lain. Terima kasihSalam sejahtera,

Pihak kami mencadangkan penggulung tisu untuk objek tersebut.

Sekian, terima kasih.
Pengembangan25.06.2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sel ini telah diambil 'dari/daripada' tisu kanser. Penggunaan dari / daripada yang betul pada ayat tersebut? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:  Sel ini telah diambil daripada  tisu kanser. Tatabahasa10.07.2019
Apakah terjemahan bagi perkataan 'toilet stub'? 'toilet stub' adalah bekas tisu kertas tandas yang telah digunakan.Padanan istilah ini dalam bahasa Melayu tidak terdapat dalam mana-mana sumber rujukan kami. Oleh itu, cadangan kami ialah bekas gulungan tisu tandas.Istilah26.05.2010
Kepada orang ramai, individu atau sesiapa yang membuang sampah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya di merata-rata tempat atau ditempat awam adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan1974 (Akta 133). Sila ambil perhatian bagi kesalahan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM 500 atau kompaun RM 10.00 serta merta. Saya ingin menyemak penggunaan kesemua perkataan ini dengan betul.Setelah dibuat pembetulan - Perbuatan membuang sampah di tempat awam termasuklah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Setiap kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500.00 atau RM10.00 serta-merta di tempat kejadian. Tatabahasa02.07.2008
tetapi bagaimana pula dengan bekas tisu yang berwarna cokelat untuk toilet roll itu ya?

Puan,

Sila kemukakan semula pertanyaan puan dengan jelas.

Lain-lain24.05.2010
eademaedema - Keadaan penyakit apabila ruang antara sel tisu bahan dipenuhi oleh cecair.Istilah04.02.2009
pakar bedah mayat dalam bahasa inggeris

Sekiranya diterjemahkan secara literal  "outpsy" (autopsi) Pemeriksaan organ dan tisu mayat untuk menentukan sebab kematian atau keadaan patologi. Manakala pakar bedah dalam bahasa Inggeris ialah "surgeon". Manakala kata Forensic (forensik) pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (misalnya, utk menentukan punca sesuatu kematian). Walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia di talian 03-41497210.

Istilah01.03.2009
123

Kembali ke atas