Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.su] | تيسو

Definisi : 1. sekumpulan sel pd haiwan atau tumbuhan yg mempunyai bentuk dan struktur yg serupa yg sama-sama melakukan sesuatu fungsi tertentu; ~ badan; ~ otot; ~ saraf; 2. = kertas ~ kertas yg nipis, lembut, dan sangat mudah menyerap, yg biasanya digunakan sbg sapu tangan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.su] | تيسو

Definisi : 1 ist bahagian haiwan atau bahagian tumbuh-tumbuhan yg terdiri drpd sel-sel yg sejenis dan mempunyai tugas yg sama: ~ saraf; ~ parenkima. 2 = kertas ~ kertas yg tipis dan lembut yg digunakan utk mengelap tangan, muka dsb. ~ lemak tisu yg berisi lemak. ~ pembuluh (vaskular) tisu tumbuh-tumbuhan yg terdiri drpd zilem dan floem yg mengalirkan air, garam mineral dsb dlm tumbuh-tumbuhan. ~ perantara tisu dlm tubuh manusia atau haiwan yg terdiri drpd gentian elastik dsb (utk menyokong atau utk menghubungkan tisu-tisu dgn organ). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tisu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TISU PENGHUBUNG

Tisu penghubung, menghubungkan organ

badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya,

dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain

jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel

dan banyak bahan antara sel (bahan di luar sel). Ahli

sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga

kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu

(1) tisu penghubung sempurna yang lembut,

(2) rawan yang teguh, dan (3) tulang yang keras.

Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung

sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu

penghubung, lihat rencana Ensiklopedia Dunia

tentang Rawan dan Tulang .

UMUM 
ORTOPEDIK

Ortopedik ialah cabang perubatan yang berkaitan

dengan gangguan tulang dan otot dan tisu-tisu yang

berkaitan dengannya. Doktor yang mengamalkan

ortopedik dinamakan pakar bedah ortopedik.

Mereka merawat pelbagai masalah perubatan,

termasuk tulang patah, kecederaan pada tendon

dan ligamen, dan kecacatan kaki dan tangan serta

tulang belakang.

UMUM 
DAGING

Daging ialah isi haiwan yang dijadikan makanan.

Daging sebahagian besarnya terdiri daripada otot,

tetapi lemak dan tisu-tisu lain juga boleh dianggap

sebagai daging. Daging yang paling biasa dimakan

di negara industri diperoleh daripada haiwan yang

diternak untuk makanan. Haiwan ini – dan daging

yang diperoleh daripadanya – ialah lembu, babi,

biri-biri, ayam itik dan ayam belanda. Daging

haiwan buruan juga kerap dimakan. Di samping itu,

ikan juga adalah antara haiwan yang menghasilkan

daging.

UMUM 
SALURAN HAVERS

Saluran havers ialah saluran-saluran halus di

dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang

yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh

darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan

saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari

pembuluh yang lebih besar dalam periosteum

(selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang.

Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran

untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu

tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau

sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang

membentuk tulang padat.

UMUM 
ANEMIA

Anemia ialah keadaan jumlah sel darah merah

yang sihat berkurangan di bawah paras normal.

Sel darah merah mengambil oksigen di dalam

paru-paru dan membawanya ke tisu-tisu di

seluruh badan. Di sana, oksigen digabungkan

dengan makanan untuk mengeluarkan tenaga.

Dalam diri orang yang mengalami anemia, darah

tidak dapat membekalkan tisu dengan oksigen

yang mencukupi. Maka orang itu berasa lemah

atau letih. Simptom lain ialah pening, sakit

kepala, kulit pucat atau sejuk, degupan jantung

yang deras, dan kesukaran bernafas.

UMUM 
TISU

Tisu ialah sekumpulan sel yang sama-sama bekerja

untuk melakukan fungsi tertentu dalam organisma.

Kumpulan-kumpulan tisu, kemudiannya,

membentuk organ haiwan dan tumbuhan.

Tisu haiwan biasanya dibahagikan kepada

empat kumpulan: (1) tisu penghubung (2) epitelium

(3) otot dan (4) tisu saraf.

UMUM 
TERGELIAT

Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau

pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen

ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali

yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya

dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang

menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul .

Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat

daripada berlakunya renggutan mengejut yang

akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen

atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa

berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan

tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat

di mana-mana sendi sahaja.

UMUM 
SIROSIS

Sirosis ialah keadaan hati apabila tisu parut

terbentuk di seluruh organnya. Kumpulan sel yang

dikenali sebagai nodul tumbuh semula, yang

dikelilingi oleh kepingan parut tisu, menggantikan

tisu mampung yang normal pada hati. Hati yang

berpenyakit mungkin tidak boleh melakukan fungsi

penting seperti membuat protein dan membuang

bahan berbahaya dari darah. Tisu yang terjejas

boleh menyekat aliran darah, menyebabkan

tekanan tinggi dalam pembuluh darah yang

menuju ke hati. Oleh itu, perdarahan dalaman

mungkin berlaku. Sekatan aliran darah juga boleh

menyebabkan pengumpulan bendalir dalam

abdomen.

UMUM 
ANOKSIA

Anoksia ialah kekurangan bekalan normal

oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan tisu

menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia .

Anoksia anoksik berlaku apabila darah yang

mengalir menerusi paru-paru tidak membawa

cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila tidak

cukup oksigen di udara, seperti, pada ketinggian

3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal

membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan

paru-paru atau oleh sebab halangan dalam saluran

udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan

yang cepat dan panjang adalah gejala biasa anoksia

anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh

sianosis , pewarnaan kebiru-biruan pada kulit. Kes

yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah

kematian.

UMUM 
KULTUR TISU

Kultur tisu ialah proses pertumbuhan tisu atau sel bahagian-bahagian tumbuhan atau haiwan yang dilakukan secara in vitro, iaitu di luar daripada sistem tumbuhan atau tubuh haiwan.

PERTANIANKonsep
12345678

Kembali ke atas