Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.su] | تيسو

Definisi : 1. sekumpulan sel pd haiwan atau tumbuhan yg mempunyai bentuk dan struktur yg serupa yg sama-sama melakukan sesuatu fungsi tertentu; ~ badan; ~ otot; ~ saraf; 2. = kertas ~ kertas yg nipis, lembut, dan sangat mudah menyerap, yg biasanya digunakan sbg sapu tangan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.su] | تيسو

Definisi : 1 ist bahagian haiwan atau bahagian tumbuh-tumbuhan yg terdiri drpd sel-sel yg sejenis dan mempunyai tugas yg sama: ~ saraf; ~ parenkima. 2 = kertas ~ kertas yg tipis dan lembut yg digunakan utk mengelap tangan, muka dsb. ~ lemak tisu yg berisi lemak. ~ pembuluh (vaskular) tisu tumbuh-tumbuhan yg terdiri drpd zilem dan floem yg mengalirkan air, garam mineral dsb dlm tumbuh-tumbuhan. ~ perantara tisu dlm tubuh manusia atau haiwan yg terdiri drpd gentian elastik dsb (utk menyokong atau utk menghubungkan tisu-tisu dgn organ). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tisu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
energy deficiencykekurangan tenagaVeterinarTiadaKeadaan yang merencatkan daya pengeluaran ternakan apabila tenaga yang digunakan melebihi tenaga yang dapat dibekalkan atau diserap. Dalam keadaan kekurangan tenaga, tisu-tisu adiposa akan digerakkan dan digunakan sebagai sumber tenaga. Selepas itu, tisu-tisu protein pula diuraikan untuk menghasilkan tenaga.
dermatomyositisdermatomiositisPerubatanTiadaGangguan inflamatori kulit dan tisu-tisu di bawahnya, bercirikan keradangan kulit, tisu subkutis dan otot serta nekrosis serat otot.
dermatomyositisdermatomiositisPerubatanTiadaGangguan inflamatori kulit dan tisu-tisu di bawahnya, bercirikan keradangan kulit, tisu subkutis dan otot serta nekrosis serat otot.
implantation techniqueteknik hunjamKejuruteraanTiadaTeknik terapi sinaran dengan cara menanamkan sumber sinaran dalam tisu-tisu atau hampir dengan tisu yang rosak.
interstitial techniqueteknik ruang-antaraKejuruteraanTiadaTeknik terapi sinaran dengan cara menanamkan sumber sinaran dalam tisu-tisu atau hampir tisu yang rosak.
tissue conditionerpengkondisyen tisuPerubatanTiadaPelapik lembut protesis sementara untuk memberi peluang tisu-tisu di bawah prostesis menyembuh atau memperbaiki keadaan.
healingpenyembuhanPerubatanTiadaProses pemulihan pada tisu-tisu yang luka atau rosak; menjadi baik.
lymphoedemalimfoedemaPerubatanTiadaPengumpulan limfa dalam tisu-tisu, yang mengakibatkan pembengkakan.
cryptolithiasiskriptolitiasisPerubatanTiadaKalsifikasi tumor kulit dan tisu-tisu di bawahnya.
adhesionpelekapan; pelekatan; lekatanPerubatanTiada1. Pautan abnormal tisu-tisu berhampiran yang lazimnya berpisah. 2. Pelekapan dentur atas mukosa lelangit tanpa bantuan pegangan lain.
12345678910...

Kembali ke atas