Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.tah] | تيته

Definisi : bd kata (raja), perintah (raja); menjun­jung ~ menjalankan perintah (raja); ~ diraja titah Ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong dlm Parlimen yg menerangkan dasar pemerintahan dan rancangan kerajaan; ~ perintah sl berbagai-bagai titah (raja); bertitah berkata, memberi perintah: maka raja pun ~ kpd segala menteri; ~ lalu sembah berlaku prb jika kita turut kehendak orang, kehendak kita pun akan diikutnya pula; menitahkan memerintahkan, menyuruh: maka raja China pun ~ utusan ke Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tah] | تيته

Definisi : bd kata atau perintah raja. ber­titah berkata atau memberi perintah: Raja telah ~ kpd rakyatnya di balairung seri. menitahkan menyuruh atau me­merintahkan: Baginda telah ~ Hang Tuah pergi mengeluari orang yg mengamuk itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titah (kata nama)
Bersinonim dengan kata, perintah, firman, sabda, suruhan, arahan;,
Kata Terbitan : bertitah, menitahkan,

Puisi
 

Banyak lintah di paya dalam,
     Ramai orang menangguk udang;
Nanti titah adik di dalam,
     Rasa tak sabar masuk seorang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
edicttitah-perintahSejarahTiadaPengumuman di khalayak yang dilakukan oleh pegawai keagamaan atau pegawai kerajaan, atau perintah dari raja tentang undang-undang dan sebagainya.
Papal bulltitah-perintah PausSejarahTiadaTiada
Edict of NantesTitah-Perintah NantesGeologiTiadaTiada
Edict of NantesTitah-Perintah NantesSejarahTiadaTiada
firman (Middle Eastern King)titah-perintah (Raja Timur Tengah)SejarahTiadaTiada
decreedekriSejarahTiada1. Titah perintah raja atau pemerintah yang mempunyai kuasa undang-undang.,2. Ordinan yang diputuskan oleh majlis atau mahkamah atau badan keagamaan.

Kembali ke atas