Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ti] | تيتي

Definisi : = titian jambatan (drpd batang pokok, papan, dll), lorong kecil (sempit) yg dilapiki papan (batu dsb) tempat berpijak sewaktu berjalan: sepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu; ~ udara jambatan udara; bertiti mempunyai (ada) titi: longkang yg besar itu tidak ~; bertitikan mempunyai sesuatu sbg titi: parit itu ~ batang pokok kelapa; meniti 1. berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yg berlapikkan kayu (batu dsb): Saufi ~ batang kayu di atas sungai itu dgn hemat hingga sampai ke tebing; 2. ki menjalani, mengharungi (perlahan-lahan); 3. ki menjalar, merebak, meresap: perlahan-lahan ~lah perasaan kesedaran dlm dirinya; tiadalah hairan jika nama gadis itu ~ dr satu lidah ke satu lidah anak-anak muda; ~ buih a) sudah hampir separas bibir perahu dgn permukaan air (bkn perahu yg sarat); b) ki membuat sesuatu yg sukar; titian 1. titi; 2. ki sesuatu yg menjadi peng­hubung antara dua pihak dll; ~ berakuk tipu muslihat (utk memperdaya orang); ~ air polongan asap prb orang pengantara yg meno (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti] | تيتي

Definisi : , = titian jambatan kecil yg di­buat drpd batang kayu, papan dll. bertiti mempunyai titi. bertitikan mempunyai sesuatu sbg titi: ~ batang kelapa. meniti berjalan di atas titi. penitian perbuatan atau hal meniti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titi (kata nama)
Bersinonim dengan titian, jambatan, gertak, limban, pelimban, sirat, keretek, jejantas, jejambat;,
Kata Terbitan : meniti,

Puisi
 

Ular di titi di kodak,
     Titi mari pandan berduri;
Bunga tinggi penjolok buntak,
     Kalau sudi jatuh sendiri.


Lihat selanjutnya...(31)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Kelvin bridgetiti KelvinTeknikElektrikRangkaian elektrik yang diubah suai daripada titi Wheatstone, yang terdiri daripada titi dawai gelangsar. Titi Kelvin digunakan untuk mendapatkan nilai rintangan rendah yang jitu. Susut voltan yang terhasil daripada arus yang sama pada rintangan yang diuji dan rintangan rendah dawai gelangsar mengimbangi antara satu dengan yang lain, dan ukuran dari titi dawai gelangsar akan diambil untuk dibuat perkiraan bagi mendapatkan nilai rintangan yang diuji.
resistance bridgetiti rintanganKejuruteraanTiadaLitar titi empat lengan, dengan semua lengan berintangan, digunakan untuk mengukur rintangan elektrik bagi perintang, secara membandingkannya dengna rintangan piawai yang diketahui. Sinonim: titi Wheatstone; rangkaian Wheatstone.
slide wire bridgetiti dawai gelangsarTeknikElektrikAlat untuk mengukur rintangan secara litar titi yang terdiri daripada satu papan berskala dengan dawai di tengah-tengahnya sebagai gelangsar sentuh yang mengawal rintangan cabangan litar tersebut. Perintang yang diukur dapat diketahui rintangannya apabila litar titi tersebut mencapai titik imbang. Titik ini diperoleh dengan melaraskan sentuhan meter galvani terhadap dawai titi gelangsar. Alat ini digunakan, contohnya, untuk mencari kerosakan kabel bawah tanah.
Kelvin bridgetiti KelvinKejuruteraanTiadaTiti tujuh lengan untuk membandingkan rintangan dua perintang atau rintangan 4-pangkalan.
catwalktiti sampingKejuruteraanKejuruteraan BangunanLaluan sempit atau titi kecil yang dibina pada aras suatu ketinggian untuk digunakan oleh pejalan kaki atau untuk keperluan-keperluan tertentu.
bridge routerpenghala titiTeknologi MaklumatTiadaPeranti yang menyokong fungsi kedua-dua titi dan penghala. Lihat: bridge dan router
ratioarmnisbah lenganTeknikElektrikLengan atau cabang titi Wheatstone yang diketahui nilai rintangannya, dan dapat menentukan nisbah titi.
bridging materialbahan titiKimiaTiadaBahan berbutir, bergentian atau berbentuk kepingan yang ditambahkan ke dalam buburan simen atau bendalir penggerudian untuk membantu pengkedapan formasi setelah terjadi kehilangan edaran. Bahan-bahan ini akan membentuk titi atau jambatan yang akan menyekat bendalir daripada memasuki formasi.
bridging materialbahan titiKejuruteraanPetroleumBahan berbutir, bergentian atau berbentuk kepingan yang ditambahkan ke dalam buburan simen atau bendalir penggerudian untuk membantu pengkedapan formasi setelah terjadi kehilangan edaran. Bahan-bahan ini akan membentuk titi atau jambatan yang akan menyekat bendalir daripada memasuki formasi.
bridge circuitlitar titiTeknikElektrikGabungan litar siri dan selari yang disambungkan dalam bentuk jejambat. Litar ini pada asasnya ialah rangkaian elektrik yang terdiri daripada empat peranti, beban atau komponen yang disambungkan secara siri atau selari untuk membentuk satu segi empat. Pasangan bucunya yang bertentangan secara pepenjuru dihubungkan dengan peranti masukan, dan pasangan yang begini banyak digunakan dalam penerus gelombang penuh (litar titi) peralatan penyukat perubahan suhu, tekanan, bunyi, dan cahaya.
12345678

Kembali ke atas