Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.tian] | تيتين

Definisi : 1. titi; 2. ki sesuatu yg menjadi peng­hubung antara dua pihak dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tian] | تيتين

Definisi : jambatan (drpd batang pokok, papan, dll), lorong kecil (sempit) yg dilapiki papan (batu dsb) tempat berpijak sewaktu berjalan: sepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tian] | تيتين

Definisi : jambatan kecil yg di­buat drpd batang kayu, papan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata titian

Puisi
 

Tahu sudah titian licin,
     Adik jua jalan dahulu;
Tahu sudah kita miskin,
     Gilanya adinda mulai dahulu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Titian air,
     polong asap.

Bermaksud :

Orang pengantara yang menolong mencarikan keuntungan dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Bridge graftingCantuman titianPertanianAgronomi

Cantuman untuk memulihkan pokok yang telah dikelar atau dikopek kulitnya pada satu gelangan akibat dimakan oleh tikus atau disebabkan oleh kecederaan. Bahagian kulit di atas dan di bawah gelangan ini disambung semula dengan kaedah cantuman titian. Cantuman titian dibuat menggunakan beberapa sion yang diselit dalam kulit atas dan bawah gelangan.

disulphide bridgetitian disulfidaBioteknologiTiadaTitian kimia yang terbentuk dalam protein di antara atom sulfur daripada dua molekul sisteina. Titian ini penting untuk menentukan struktur tertier protein dan bentuk tapak pemangkinan enzim.
titian redmerah rambut jagungKesenianTiadaTiada
high beambatang titian tinggiSukanTiadaBatang titian yang mempunyai ketinggian 120 cm.
brow truckroda titianPelayaranTiadaRoda yang dipasang pada titian bagi memudahkannya disorong.
salt bridgetitian garamKimiaKimia AnalisisTiub yang lazimnya berbentuk U yang menyambung elektrod rujukan dan penunjuk yang terpisah dalam sel elektrokimia. Sebagai contoh titian garam mengandungi larutan kalium klorida tepu yang membenarkan ion-ion melaluinya tetapi menahan larutan daripada bercampur.
cross-linkingperangkaian silangKimiaTiadaPenyambungan dua rantai molekul polimer dengan titian yang terdiri daripada unsur, kumpulan atau sebatian. Titian ini menggabungkan atom karbon tertentu kepada polimer tersebut dengan ikatan kimia. Perangkaian silang terdapat semula jadi di dalam bahan yang terdiri daripada rantai polipeptida, seperti dalam protein dan insulin. Proses ini boleh juga berlaku secara kimia atau secara pendedahan kepada sinaran berkuasa tinggi. Misalnya, pemvulkanan getah dengan sulfur atau peroksida organik. Perangkaian silang dapat menambahkan kekuatan dan ketahanan rantai polimer terhadap tindakan haba, elektrik, dan pelarut. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 149 Perangkaian silang
hot wire analyzerpenganalisis dawai panasKejuruteraanPetroleumPeranti mengandungi titian Wheatstone dan dua lengan yang dipertahankan supaya tetap panas. Berguna bagi mengesan gas hidrokarbon yang keluar dari permukaan lumpur penggerudian. Data yang dicatat kadangkala diplot sebagai log jalur tetapi biasanya hanya menunjukkan kehadiran gas sahaja. gas hidrokarbon akan teroksida apabila melalui salah satu lengan panas yang akan meningkatkan suhunya, mengubah rintangannya dan akhirnya menyebabkan titian tidak seimbang.
reference electrodeelektrod rujukanKimiaKimia AnalisisElektrod yang mempunyai keupayaan malar dan diketahui nilainya, dan tidak dipengaruhi oleh larutan ujian. Ia mengandungi komponen sel setengah dalaman, elektrolit titian garam, dan satu saluran kecil di hujung elektrod yang dialiri oleh elektrolit titian garam. bd. elektrod kalomel.
browtitianKejuruteraanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas