Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : 1. titis, derai (air dll): drpd kelopak mata-nya mengalir ~-~ air mata meminta belas kasihan; hujan masih turun setitik-setitik; 2. = bertitik keluar atau jatuh ber­derai-derai: hujan ~ semula dan kilat sesekali memancar; darahnya ~ ke bumi; ~ buta (Ubat) bahagian retina yg tidak peka terhadap cahaya; ~ lidah sl perkataan; ~ peluh penat lelah (usaha yg bersungguh-sungguh); ~ drpd mulutnya sl dikatakan (diucapkan, dijanji-kan, dll); ~ selera sangat inginkan (sesuatu makanan); biar ~ jangan tumpah prb biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar; takut ~ lalu tumpah prb hendak meng-elakkan kerugian kecil akhirnya men­dapat kerugian besar; ~ ditampung, meresap dipalit prb pemberian atau penghasilan meski sedikit pun akan diterima jua; bertitik, menitik menitis, berderai: hujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah; dititik belah, dipalu datar prb kerosakan yg tidak dapat diperbaiki lagi; menitiki menitiskan (air dll) pd; menitikkan menjatuhkan (menyebabkan ke luar) bertitik-titik, menitiskan (air dll): doktor itu mencuci matanya dan ~ ubat ke dlm kelopak matanya; titikan titisan (air dll); penitikan perihal menitikkan sesuatu, peni-tisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : 1. tanda yg bulat halus (utk menun­jukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dll), noktah: di hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~; 2. ki sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dll) yg penting (khusus, menarik perhatian, dll): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian; pd satu ~, peng­iktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan; ~ api Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalik­kan atau dipecahkan oleh kanta; ~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dgn hal-hal yg ~ bengik; ~ ber-tindih tanda yg terdiri drpd dua titik bertindih (tanda :) digunakan dlm penulisan sebelum mem­perkenalkan atau menyenaraikan sesuatu; ~ cuali = ~ neutral (Fiz) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet; ~ didih Id tingkat suhu apabila sesuatu cecair men­didih; ~ dua titik (noktah) bertindih (tanda :); ~ kata kata pemutus, keputusan; ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;); ~ mata a) titik (tempat) pd sesuatu yg menjadi tum­puan pelihatan mata; b) ki sesuatu yg menarik perhatian (minat) orang ramai; ~ menen­gah ark titik pusat; ~ pangkal = ~ tolak perkara yg menjadi bahan atau yg di­guna­kan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi se­suatu (usaha, kegiatan, dll); ~ peralihan sesuatu yg menjadi atau menandakan per­mulaan sesuatu per-ubahan atau perkembangan baru; ~ per­mulaan sesuatu (hal, keadaan, keja­dian, keja­yaan, pengemukaan, dll) yg menjadi punca atau asas utk mencapai sesuatu yg lebih besar (yg selanjutnya); ~ perpuluhan tanda titik di antara dua rangka yg mengasingkan angka se(satuan) dgn pecahan perpuluhan; ~ persa­maan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yg menampakkan persamaan (antara bebe­rapa pendapat dll); ~ persilangan (Mat) tum­puan pd persilangan dua garis (tempat ber­silang dua garis); ~ pusat Id titik di tengah-tengah bulatan dll; ~ sentuh (Mat) tumpuan (tempat) garis kena (ber-sentuh) pd sempadan (batas) bulatan; ~ tolak = ~ pangkal; tidak tentu ~ komanya ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); menitik membubuh tanda titik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : bertitik dipukul, ditempa; emas ~ emas yg ditempa; menitik 1. memukuli (besi, emas, dll) ber­kali-kali, menempa: orang yg hendak di­hukum bunuh terlebih dahulu dititik semua tulang sendinya sehingga hancur; ~ emas; 2. bp memukul (kerana mendenda), merotan: kalau kau tidak ke sekolah esok aku titik sampai teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : titis atau derai air dsb. ~ peluh penat lelah atau usaha yg sungguh-sungguh. menitik jatuh setitik demi setitik (ttg air dsb); menitis: Air matanya ~ membasahi surat yg sedang dibacanya itu. menitikkan menyebabkan ke­luar setitik demi setitik; menitiskan. titikan apa-apa yg menitik; titisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : tanda yg bulat dan kecil (utk menandakan tempat berhenti mem­baca atau utk menunjukkan bahawa sesuatu ayat sudah lengkap dsb); noktah. ~ dua noktah bertindih. ~ kata kata pemutus. ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya. ~ permulaan sesuatu peristiwa atau perkara yg menjadi punca kejadian tertentu. ~ perpuluhan tanda titik yg mengasingkan angka penuh dgn angka perpuluhan. ~ persamaan unsur(-unsur) yg menunjukkan ke­samaan beberapa perkara. menitik membubuh tanda titik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : ; menitik memukul besi, emas dll berkali-kali; menempa: Ia ~ besi utk dijadikan parang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titik (kata nama)
Bersinonim dengan titikan, titis, titisan, percikan, deraian, jujuran, juraian, ketel, ketes;,
Kata Terbitan : bertitik, menitik, menitikkan, penitikan,

Puisi
 

Anak itik jatuh ke pantai,
     Memakan jambu anum;
Liur titik gugur ke lantai,
     Melihat balu orang lagi anum.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Biar titik,
     jangan tumpah.

Bermaksud :

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Malayan Flour Mills60616/2016- Pindaan/Komen : 1. KUALA LUMPUR. (letak tanda titik) 2. Rapatkan titik bertindih: PENUMPANG: xxxx BTM: xxxx BDM: xxxx (Tidak berkenaan dengan visual kami. Alamat bas ditentukan oleh operator bas) 3. Tukar Follow us! kepada Ikuti kPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/11043Lulus05/12/201606/12/201610:24:55
CT3 Cameron Trader59062/2016Mohon semak dengan berwibawa,Saya sudah letak titik noktah untuk pengesahan kedua.Kenapa perlu titik noktah lagi semasa pengesahan ketiga?Berapa titik noktah perlu diletakkan?Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201611/15037Lulus29/11/201629/11/201614:41:33
Property Fair 2014 (BM) - Revised (ada titik)16673/2014Seperti dilampirkan. Terima kasih.Majlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201407/05634Lulus21/07/201423/07/201414:13:41
papantanda19261/2014Casa Titik Homestay B&BMajlis Perbandaran KuantanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201408/04280Lulus22/08/201426/08/201411:27:05
Farmasi17881/2016Farmasi Promed Pharmacy - sudah letak titik SDN. BHD seperti yang disuruh.Dewan Bandaraya Kuala LumpurUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201604/11312Lulus18/04/201618/04/201613:36:23
PAPAN TANDA KEDAI45337/2016KESALAHAN DULU hanya TITIK BERTIDIH JAUH.SEKARANG DAH RAPATKAN.6.9.16. SEKARANG SURUH UBAH OLEH KEPADA HURUF KECIL."oleh".13.9.16.Majlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/10461Lulus14/09/201614/09/201613:58:42
ENERSYS MALAYSIA SDN BHD10998/2014Pertukaran NO. (ada titik) dan & (DAN) sudah dipindaMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201405/05133Lulus29/05/201429/05/201409:21:21
Hari Terbuka Sunway College 253329/2016Pindaan/Komen 2. oleh: (letak titik bertindih) telah diluluskan terdahulu (no. Permohonan: 39743/2015)Pihak Berkuasa TempatanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201610/15145Lulus28/10/201628/10/201615:01:45
Hari Terbuka Sunway College 153328/2016Pindaan/Komen 2. oleh: (letak titik bertindih) telah diluluskan terdahulu (no. Permohonan: 39743/2015)Pihak Berkuasa TempatanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201610/15144Lulus28/10/201628/10/201615:01:22
studio muzik24379/2017- Status Permohonan : TIDAK LULUS - Pindaan/Komen : 1. Letak titik = No. 2. Rapatkan dengan titk bertindih = ...OLEH: ... ; MPSJ:Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/18076Lulus22/04/201725/04/201708:37:43
123

Kembali ke atas