Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata titip;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hi nak tanya, macam mana nak guna perkataan "titip" atau "menitip". Saya kurang jelas la terima kasih....Perkataan “titip”, “menitip”dan “menitipkan” bermaksud memberikan seseorang atau sesuatu untuk dijaga, diserahkan dan lain-lain kepada orang lain. Contoh penggunaan dalam ayat, “Ibu terpaksa menitipkan saya kepada salah seorang tetangganya kerana beliau harus bekerja.”Tatabahasa06.06.2022
Saya ingin bertanya sama ada kata "titip" boleh digunakan untuk menterjemahkan kata "drop", contohnya dalam ayat ini "Drop your resume here". Ini dalam Genre Teknologi Maklumat, dan berkaitan dengan laman sesawang untuk bidang HR yang meminta pemohon pekerjaan "drop" resume mereka supaya dapat dilihat oleh pegawai HR yang bertanggungjawab untuk tindakan seterusnyaCadangan kami ialah Lampirkan resume anda di sini.Penyemakan dan penterjemahan09.03.2020
Adakah sama penggunaan perkataan titipan dalam bahasa Melayu dengan bahasa Arab?Tolong berikan maksud perkataan tersebut.Titip bermaksud (i) memberikan sesuatu untuk disimpan (disampaikan kepada orang lain), mengamanahkan; (ii) menyerahkan (barang dagangan) supaya dijual. Titipan bermaksud sesuatu yang dititipkan (diamanahkan).Makna15.03.2008

Kembali ke atas