Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ti.san] | تيتيسن

Definisi : penjelmaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti.san] | تيتيسن

Definisi : 1. sesuatu yg menitis: direnunginya ~ air hujan bersambung-sambung turun drpd bumbung biliknya; 2. = ~ darah ke­turun­an; ~ pena karangan, ciptaan (sastera). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti.san] | تيتيسن

Definisi : benda yg menitis. ~ darah a. darah yg menitis. b. keturunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata titisan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coalescencepenyatuanFarmasiFarmaseutikKeadaan apabila dua atau lebih titisan bersatu menjadi titisan yang lebih besar. Titisan-titisan ini terampai dalam satu cecair yang tidak larut campur dengannya. Dalam konteks emulsi, keadaan ini juga akan menyebabkan berlakunya pemecahan, dan seterusnya pemisahan fasa dua cecair. Akibat daripada keadaan ini, ketakstabilan sistem emulsi akan berlaku.
coalescence efficiencykecekapan percantumanSainsHidrometeorologiSebahagian daripada bilangan perlanggaran antara titisan-titisan air yang menyebabkan percantuman titisan tersebut dan pembentukan titisan yang lebih besar.
mistkabusMeteorologiMeteorologi PerhubunganTitisan-titisan air mikroskopik terampai atau zarah higroskopik basah yang menyebabkan keadaan kekaburan atmosfera. Istilah ini digunakan untuk tujuan sinoptik apabila ketampakan mendatar sama atau lebih daripada 1 km; kelembapan relatif yang berpadanan adalah kurang daripada 95%. Kebanyakan zarah yang terkandung di dalam kabus berdiameter dalam lingkungan beberapa puluhan mikrometer.
electrostatic coalescencecantuman elektrostatikSainsHidrometeorologi1. Cantuman titisan awan yang diaruh oleh tarikan elektrostatik di antara titisan yang bertentangan cas. Kini proses ini dirasakan tidak penting dalam penghasilan kerpasan kerana campuran sempurna titisan-titisan yang bertentangan cas tidak pernah ditunjukkan dengan jelas. 2. Cantuman dua awan atau titisan hujan yang teraruh oleh kesan pengutuban hasil daripada medan elektrik luaran.
emulsifying agentagen pengemulsiKimiaTiadaAgen yang dapat menstabilkan sesuatu emulsi dengan cara menyaluti dan menghalangi pengagregatan titisan-titisan di dalam fasa sebaran seperti agen pengaktif permukaan dan sebagainya.
emulsifying agentagen pengemulsiKimiaBiokimiaAgen yang dapat menstabilkan sesuatu emulsi dengan cara menyaluti dan menghalangi pengagregatan titisan-titisan di dalam fasa sebaran seperti agen pengaktif permukaan dan sebagainya.
coalescence processproses percantumanSainsHidrometeorologiPerkembangan titisan hujan melalui perlanggaran dan percantuman titisan awan dan/atau zarah kerpasan kecil. Dalam keadaan sederhana kadar perkembangan titisan hujan melalui proses percantuman, iaitu kira-kira dua puluh minit, menukarkan titisan awan kepada hujan dalam awan olakan. Keadaan yang menggalakkan termasuk halaju angin meninggi yang kuat, kandungan air cecair yang banyak, dan spektrum saiz titisan awan sekurang-kurangnya mengandungi sederhana banyak titisan awan yang besar. Titisan awan besar ini mempunyai halaju jatuh yang cukup berbeza daripada titisan sekitarnya sehingga boleh memulakan proses keluar cepat dari titisan-titisan kecil.
raindroptitisan hujanSainsHidrometeorologiTitisan air yang bergaris pusat melebihi 0.5 mm yang turun melalui atmosfera. Dalam penggunaan yang teliti, titisan yang bergaris pusat antara 0.2 dan 0.5 mm dinamai titisan gerimis, bukannya titisan hujan; tetapi, selalunya kedua-dua titisan tersebut tidak dibezakan dan semua titisan yang bergaris pusat melebihi 0.2 mm disebut titisan hujan.
rainbowpelangiSainsHidrometeorologiKumpulan lengkok sepusat dengan warna-warna yang menjulat daripada ungu hingga merah, dihasilkan di atas suatu tabir titisan air (titisan hujan, titisan gerimis atau kabut) dalam atmosfera oleh cahaya daripada matahari atau bulan.
raindroptitisan hujanMeteorologiMeteorologi PerhubunganTitisan air yang berdiameter melebihi 0.5 mm yang turun melalui atmosfera. Secara khususnya, titisan yang berdiameter antara 0.2 dan 0.5 mm dinamai titisan gerimis, tetapi selalunya kedua-dua titisan tersebut tidak dibezakan dan semua titisan yang berdiameter melebihi 0.2 mm disebut titisan hujan.
12345678910...

Kembali ke atas