Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiung] | تيوڠ

Definisi : 1. = ~ mas = ~ bukit sj burung, Gracular religiosa; 2. = ~ belacan sj burung, burung gua, burung kuborriba, burung siput, gagak gunung, Myophoneus caeruleus; 3. = ~ gajah = ~ batu sj burung, Eurystomus orientalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiung] | تيوڠ

Definisi : beberapa jenis burung yg dpt meniru bunyi orang bercakap atau bunyi binatang, Gracula spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiung

Puisi
 

Tiung banyak di pokok ara,
     Berpasang dengan si burung merbah;
Jangan rindu sepeninggalan kanda,
     Kasih hati tidakkan berubah.


Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu yang manakah betul sekiranya saya ingin memecahkan suku kata untuk perkataan-perkataan berikut: (perkataan-perkataan berikut akan diajar kepada budak-budak prasekolah) 1) ra.di.o ATAU ra.dio 2) ci.um ATAU cium 3) pe.ri.uk ATAU pe.riuk 4) ti.ung ATAU tiung 5) ti.up ATAU tiup 6) di.a ATAU dia 7) du.ri.an ATAU du.rian 8) si.a.pa ATAU sia.pa 9) a.ir ATAU air 10) ba.u ATAU bau 11) da.un ATUA daun Terima Kasih

Pemecahan (pemenggalan) suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemecahan sebutan). Pemecahan suku kata bagi senarai yang tuan berikan adalah seperti yang berikut:

(1)  ra.di.o

(2)  ci.um

(3)  pe.ri.uk

(4)  ti.ung

(5)  ti.up

(6)  di.a

(7)  du.ri.an

(8)  si.a.pa

(9)  a.ir

(10) ba.u

(11) da.un

Sila rujuk Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, DBP.

Tatabahasa13.08.2014

Kembali ke atas