Kurik Kundi Merah Saga | Tiung merak terbang ke rimba, Hinggap mari di pohon pauh; Jongnya perak layar sutera, Makin sehari kupandang jauh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiung banyak di pokok ara, Berpasang dengan si burung merbah; Jangan rindu sepeninggalan kanda, Kasih hati tidakkan berubah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tiung anak ketitir, Anak balau terlompat-lompat; Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tiung terdongak-dongak, Mari dongak dalam perahu; Hendak bercium gigi rongak, Orang luar sudahlah tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tiung tinggi sekawan, Anak pelanduk patah kakinya; Tempat bumbung tersalah rawan, Hendak dijenguk banyak halangannya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tiung di kebun Cina, Hinggap mari di hujung dahan; Pulau terpasung gunung bertanya, Adakah ombak atas daratan? |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tiung terlompat-lompat, Minum air dalam cerana; Hendak cium tidak bertempat, Ada tempat orang punya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berderai tiung di Linau, Punai turun dinihari; Bercerai kasih bujang panau, Makan nasi sesuap sehari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tiung julai asam, Anak panah Seri Rama; Tunduk cium mukanya masam, Datang fitnah dari mana. |