Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiung] | تيوڠ

Definisi : 1. = ~ mas = ~ bukit sj burung, Gracular religiosa; 2. = ~ belacan sj burung, burung gua, burung kuborriba, burung siput, gagak gunung, Myophoneus caeruleus; 3. = ~ gajah = ~ batu sj burung, Eurystomus orientalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiung] | تيوڠ

Definisi : beberapa jenis burung yg dpt meniru bunyi orang bercakap atau bunyi binatang, Gracula spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiung

Puisi
 

Tiung banyak di pokok ara,
     Berpasang dengan si burung merbah;
Jangan rindu sepeninggalan kanda,
     Kasih hati tidakkan berubah.


Lihat selanjutnya...(17)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTiung merak terbang ke rimba, Hinggap mari di pohon pauh; Jongnya perak layar sutera, Makin sehari kupandang jauh.
Kurik Kundi Merah SagaTiung banyak di pokok ara, Berpasang dengan si burung merbah; Jangan rindu sepeninggalan kanda, Kasih hati tidakkan berubah.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tiung anak ketitir, Anak balau terlompat-lompat; Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tiung terdongak-dongak, Mari dongak dalam perahu; Hendak bercium gigi rongak, Orang luar sudahlah tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tiung tinggi sekawan, Anak pelanduk patah kakinya; Tempat bumbung tersalah rawan, Hendak dijenguk banyak halangannya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tiung di kebun Cina, Hinggap mari di hujung dahan; Pulau terpasung gunung bertanya, Adakah ombak atas daratan?
Kurik Kundi Merah SagaBurung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tiung terlompat-lompat, Minum air dalam cerana; Hendak cium tidak bertempat, Ada tempat orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaBerderai tiung di Linau, Punai turun dinihari; Bercerai kasih bujang panau, Makan nasi sesuap sehari.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tiung julai asam, Anak panah Seri Rama; Tunduk cium mukanya masam, Datang fitnah dari mana.
12

Kembali ke atas