Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiup] | تيوڤ

Definisi : 1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi); tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, me-ngalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disam­pai-kannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat; meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarak-kan api dgn ~nya; ~ belon meng­gembung-kan belon dengan nafas dll; 2. mem­bunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulut­nya ~ seru-nai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyem­bur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menji­prat mukaku; 4. = meniup-niup ki mem­bang­kitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah ber­usaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), menge­nakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (per-selisihan, pertengkaran, dll): karangan­nya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan orang ramai terpe­ngaruh dgn seruan itu; peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiup] | تيوڤ

Definisi : ; bertiup bergerak (ttg angin); berhembus: Angin ~ dr sebelah barat. meniup 1 mengenakan nafas (yg kuat pd); menghembus: Ia ~ api itu supaya menyala. ~ belon menghembuskan angin ke dlm belon. 2 menghembuskan udara dgn mulut ke dlm alat bunyi-bunyian supaya berbunyi: Ia sedang ~ serunai. meniupkan 1 menghembuskan (udara) keluar dr mulut. 2 meniup utk orang lain: Dia ~ adiknya belon. tiupan 1 hal atau hasil bertiup; hembusan: ~ angin bertambah kencang. 2 hasil meniup alat bunyi-bunyian: ~ klarinet oleh Abdul Razak sangat merdu. peniupan perbuatan, hal dsb meniup atau me­niupkan. peniup 1 orang yg meniup alat bunyi-bunyian: ~ trompet. 2 alat utk meniup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiup
Kata Terbitan : bertiup, meniup, meniup, meniupi, meniupkan, tiupan,

Puisi
 

Tiup api bersama kunang,
     Hendak membakar ikan terubuk;
Suka hati orang bertunang,
     Bagai ikan pulang ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(13)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
woodwindadj tiup kayu: ~ instruments, alat-alat tiup kayu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wind15. st that influences events, pengaruh: the ~s of change, pengaruh perubahan; 6. wind instruments, alat tiup; 7. musicians playing wind instruments, pemain alat tiup; 8. (colloq) foolish, meaningless words, temberang: what she says is usually a lot of ~, yg dikatakannya itu biasanya temberang saja; 9. smell borne by the wind, bau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
woodwindn alat tiup kayu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wind instrumentn alat tiup.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blowern 1. (person) peniup: glass ~, peniup kaca; 2. (apparatus) peniup, alat /hembus, tiup/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stream3. flutter (esp in the wind) menggelibar; (hair) menggerbang: all the flags were ~ing in the breeze, semua bendera menggelibar di tiup bayu; her long hair ~ed behind her as she ran to the beach, rambutnya yg panjang menggerbang semasa dia berlari ke pantai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
instrumentn 1. tool, alat; (a group of this) peralatan, alat-alat: surgical ~s, peralatan pembedahan; 2. object for producing musical sound, alat muzik; (used with modifier) alat: besides the guitar, he plays two other ~s, selain gitar, dia dapat memainkan dua alat muzik lain; the oboe is a wind ~, oboe ialah alat tiup; 3. measuring device, alatan: the pilot studied the panel of ~s, juruterbang itu merenung panel alatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exercisen 1. series of bodily movements, senaman; take ~, /membuat, melakukan/ senaman, bersenam: the doctor advised him to take more ~, doktor itu menasihatinya supaya bersenam lebih kerap; 2. practice, latihan: she does an hour of vocal ~s every morning, dia membuat latihan suara selama sejam setiap pagi; breathing ~s are important for anyone learning to play a wind instrument, latihan pernafasan mustahak bagi sesiapa yg sedang belajar bermain alat tiup; 3. short piece of work done in school etc, latihan: he found the advanced maths ~s quite easy, dia mendapati latihan matematik lanjutan itu mudah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas