Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiup] | تيوڤ

Definisi : 1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi); tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, me-ngalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disam­pai-kannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat; meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarak-kan api dgn ~nya; ~ belon meng­gembung-kan belon dengan nafas dll; 2. mem­bunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulut­nya ~ seru-nai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyem­bur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menji­prat mukaku; 4. = meniup-niup ki mem­bang­kitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah ber­usaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), menge­nakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (per-selisihan, pertengkaran, dll): karangan­nya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan orang ramai terpe­ngaruh dgn seruan itu; peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiup] | تيوڤ

Definisi : ; bertiup bergerak (ttg angin); berhembus: Angin ~ dr sebelah barat. meniup 1 mengenakan nafas (yg kuat pd); menghembus: Ia ~ api itu supaya menyala. ~ belon menghembuskan angin ke dlm belon. 2 menghembuskan udara dgn mulut ke dlm alat bunyi-bunyian supaya berbunyi: Ia sedang ~ serunai. meniupkan 1 menghembuskan (udara) keluar dr mulut. 2 meniup utk orang lain: Dia ~ adiknya belon. tiupan 1 hal atau hasil bertiup; hembusan: ~ angin bertambah kencang. 2 hasil meniup alat bunyi-bunyian: ~ klarinet oleh Abdul Razak sangat merdu. peniupan perbuatan, hal dsb meniup atau me­niupkan. peniup 1 orang yg meniup alat bunyi-bunyian: ~ trompet. 2 alat utk meniup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiup
Kata Terbitan : bertiup, meniup, meniup, meniupi, meniupkan, tiupan,

Puisi
 

Tiup api bersama kunang,
     Hendak membakar ikan terubuk;
Suka hati orang bertunang,
     Bagai ikan pulang ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ceraikan suku kata untuk 1. tiup = ti + up 2. naik = na + ik 3. menaiki = me + na + ik + i 4. meniup = me + ni + up adakah suku kata di atas diceraikan dengan betul?1. tiup = tiup
2. naik = nai/
3. menaiki = me.nai.ki
4. meniup = me.niup
Tatabahasa22.03.2015
Adakah jawapan Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu boleh diterima dan Ali menyertai acara tiup belon boleh diterima?Ayat "Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu" adalah betul dan ayat kedua "Ali menyertai acara tiup belon" dipinda menjadi  "Ali menyertai acara meniup belon".Tatabahasa23.06.2011
adakah ceraian suku kata untuk perkataan-perkataan di bawah ini betul? 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up terima kasihPenggalan suku kata seperti contoh perkataan yang tuan berikan adalah betul. 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up .Tatabahasa02.04.2015
A. Apakah perbezaan 'hembus' dan 'tiup' Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. B. Penjodoh bilangan bagi 'pingat" Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda. 2. Nabilah telah memenangi beberapa butir pingat dalam sukan berkuda.

A) Dalam Kamus Dewan menghembus dan meniup sama maknanya iaitu meniup/menghembus, mengeluarkan nafas (udara) dari mulut. Oleh itu, ayat; 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. dan 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. adalah betul.

B) Penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah buah, ayat "Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda." adalah betul.

Tatabahasa05.07.2009
Satu istilah pengitipan, "blowback", apa terjemahan sesuai ya? Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Blowback_(intelligence)Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

blowback - tiup balik

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain15.12.2021
1)"Sang Kancil"buku cerita gemari Ali.(betul) 2)"Sang Kancil"buku cerita gemaran Ali.(betul) 3)"Sang Kancil"buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4)Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu.(betul) 5)Mei Ling menyertai acara tiup belon.(betul) 6)Ali dan Abu menyertai acara upih pinang.(betul) 7)Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.(Betul) 8)Biki menyertai acara isi air dalam botol.(betul) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1) "Sang Kancil" buku cerita kegemaran Ali.(betul)

4) Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu

5) Mei Ling menyertai acara meniup belon.

6) Ali dan Abu menyertai acara menarik upih pinang.

7) Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.

8) Biki menyertai acara mengisi air dalam botol.

Tatabahasa23.06.2011
Mohon maaf saya ingin merujuk semula soalan saya 5.7.09 dan jawapan tuan pada 6.7.09. Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan ialah "menghembus". Saya merujuk Kamus Dewan, contoh untuk 'tiup' : "dia memarakkan api dengan meniupnya" contoh untuk 'hembus': "menghembus nafas yang terakhir" saya berpendapat menghembus berlaku dalam keadaan perlahan jika dibandingkan dengan meniup. Jadi saya fikir ayat "Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih" lebih tepat, kerana 'menghembus' lebih sesuai untuk memadamkan, manakala 'meniup' adalah untuk memarakkan. Apakah pandangan tuan. B. Menurut Kamus Dewan, "Pingat" bermaksud "bintang yang dikurniakan oleh kerajaan untuk menghormati jasa seseorang". Penjodoh bilangan untuk bintang adalah butir, jadi saya berpendapat penjodoh bilangan untuk pingat adalah "butir" Apa pendapat tuan. Saya mohon kepastian seterusnya. Sebenarnya saya ada masalah untuk mencari jawapan objektif bagi soalan tatabahasa BM murid tahun enam.

A. Antara perbuatan meniup dan menghembus amat sukar untuk mencari perbezaan, dalam Kamus Dewan kata kerja meniup dan menghembus sama makna keduanya, walau bagaimanapun contoh dalam Kamus Pelajar mengaitkan perbuatan meniup untuk memarakkan api, manakala menghembus untuk memadamkan api.

B. Dalam Kamus Dewan butir ialah penjodoh bilangan untuk barang-barang kecil yang bulat: contohnya  sebutir telur; dua butir peluru. Manakala buah ialah penjodoh bilangan untuk benda yang tidak tentu sifatnya seperti sebuah kereta, sebuah kerusi. Berdasarkan contoh tersebut penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebutir pingat.

Tatabahasa09.07.2009
Saya ingin tahu yang manakah betul sekiranya saya ingin memecahkan suku kata untuk perkataan-perkataan berikut: (perkataan-perkataan berikut akan diajar kepada budak-budak prasekolah) 1) ra.di.o ATAU ra.dio 2) ci.um ATAU cium 3) pe.ri.uk ATAU pe.riuk 4) ti.ung ATAU tiung 5) ti.up ATAU tiup 6) di.a ATAU dia 7) du.ri.an ATAU du.rian 8) si.a.pa ATAU sia.pa 9) a.ir ATAU air 10) ba.u ATAU bau 11) da.un ATUA daun Terima Kasih

Pemecahan (pemenggalan) suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemecahan sebutan). Pemecahan suku kata bagi senarai yang tuan berikan adalah seperti yang berikut:

(1)  ra.di.o

(2)  ci.um

(3)  pe.ri.uk

(4)  ti.ung

(5)  ti.up

(6)  di.a

(7)  du.ri.an

(8)  si.a.pa

(9)  a.ir

(10) ba.u

(11) da.un

Sila rujuk Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, DBP.

Tatabahasa13.08.2014

Kembali ke atas