Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiup] | تيوڤ

Definisi : 1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi); tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, me-ngalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disam­pai-kannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat; meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarak-kan api dgn ~nya; ~ belon meng­gembung-kan belon dengan nafas dll; 2. mem­bunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulut­nya ~ seru-nai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyem­bur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menji­prat mukaku; 4. = meniup-niup ki mem­bang­kitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah ber­usaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), menge­nakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (per-selisihan, pertengkaran, dll): karangan­nya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan orang ramai terpe­ngaruh dgn seruan itu; peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiup] | تيوڤ

Definisi : ; bertiup bergerak (ttg angin); berhembus: Angin ~ dr sebelah barat. meniup 1 mengenakan nafas (yg kuat pd); menghembus: Ia ~ api itu supaya menyala. ~ belon menghembuskan angin ke dlm belon. 2 menghembuskan udara dgn mulut ke dlm alat bunyi-bunyian supaya berbunyi: Ia sedang ~ serunai. meniupkan 1 menghembuskan (udara) keluar dr mulut. 2 meniup utk orang lain: Dia ~ adiknya belon. tiupan 1 hal atau hasil bertiup; hembusan: ~ angin bertambah kencang. 2 hasil meniup alat bunyi-bunyian: ~ klarinet oleh Abdul Razak sangat merdu. peniupan perbuatan, hal dsb meniup atau me­niupkan. peniup 1 orang yg meniup alat bunyi-bunyian: ~ trompet. 2 alat utk meniup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiup
Kata Terbitan : bertiup, meniup, meniup, meniupi, meniupkan, tiupan,

Puisi
 

Tiup api bersama kunang,
     Hendak membakar ikan terubuk;
Suka hati orang bertunang,
     Bagai ikan pulang ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(13)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Alat yang terdiri daripada binaan teropong segi empat tanpa kanta dan berukur- an kira-kira 125 mm panjang. Sebuah alat piring separuh bulat yang berseng- gat dipasang tetap pada teropong. Tiup gelembung pula dipasang tetap pada lengan vernier dipangsi pada piringan bersenggat. (HUT) abnormal (abnormal) Berkaitan dengan sifat atau keadaan yang luar biasa atau ganjil. Contohnya, mempunyai enam jari pada tangan equation. (FIZ) sea breeze (bayu laut) Bayu di kawasan pantai yang bertiup dari laut ke darat akibat perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih sejuk daripada daratan. Bayu laut biasanya ber- tiup pada waktu siang yang tenang dan panas, dan biasanya lebih kuat dari- pada bayu darat. (METEO) sea coal (arang batu laut) Arang batu yang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi, yang

Kembali ke atas