Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiup] | تيوڤ

Definisi : 1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi); tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, me-ngalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disam­pai-kannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat; meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarak-kan api dgn ~nya; ~ belon meng­gembung-kan belon dengan nafas dll; 2. mem­bunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulut­nya ~ seru-nai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyem­bur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menji­prat mukaku; 4. = meniup-niup ki mem­bang­kitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah ber­usaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), menge­nakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (per-selisihan, pertengkaran, dll): karangan­nya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan orang ramai terpe­ngaruh dgn seruan itu; peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiup] | تيوڤ

Definisi : ; bertiup bergerak (ttg angin); berhembus: Angin ~ dr sebelah barat. meniup 1 mengenakan nafas (yg kuat pd); menghembus: Ia ~ api itu supaya menyala. ~ belon menghembuskan angin ke dlm belon. 2 menghembuskan udara dgn mulut ke dlm alat bunyi-bunyian supaya berbunyi: Ia sedang ~ serunai. meniupkan 1 menghembuskan (udara) keluar dr mulut. 2 meniup utk orang lain: Dia ~ adiknya belon. tiupan 1 hal atau hasil bertiup; hembusan: ~ angin bertambah kencang. 2 hasil meniup alat bunyi-bunyian: ~ klarinet oleh Abdul Razak sangat merdu. peniupan perbuatan, hal dsb meniup atau me­niupkan. peniup 1 orang yg meniup alat bunyi-bunyian: ~ trompet. 2 alat utk meniup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiup
Kata Terbitan : bertiup, meniup, meniup, meniupi, meniupkan, tiupan,

Puisi
 

Tiup api bersama kunang,
     Hendak membakar ikan terubuk;
Suka hati orang bertunang,
     Bagai ikan pulang ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(13)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
samaksamakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Adinandra spp., Gordonia spp., dan Schima spp. daripada famili Theaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah gatal-gatal, gegatal, jalung, medang gatal, mengkula, samak pulut, tiup-tiup, dan tiup, di Sabah ialah bawing dan meluluk, dan di Sarawak ialah legai dan tekoyong-koyong. Spesies utamanya termasuk Adinandra villosa, Gordonia concentricicarix, dan Schima wallichii. Gubal kayu samak berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna merah atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi sukar dikemas siap, mengering dengan perlahan, tidak tahan dan sukar diawet. Kayu samak boleh digunakan untuk lantai, papan panel, papan lapis, dan keranka pintu dan tingkap.
reedpipitKesenianTiada1. Mekanisme untuk menghasilkan bunyi untuk alat tiup yang dipasang pada pangkal alat tiup daripada buluh, rotan, kepingan logam atau dedaun. 2. Mekanisme untuk menghasilkan bunyi untuk alat tiup yang dibentuk daripada bahan dari mana alat itu diperbuat.
bec (F)becKesenianTiada1. Mekanisme untuk menghasilkan bunyi untuk alat tiup yang dipasang pada pangkal alat tiup daripada buluh, rotan, kepingan logam atau dedaun.,2. Mekanisme untuk menghasilkan bunyi untuk alat tiup yang dibentuk daripada bahan dari mana alat itu diperbuat. Sinonim dengan istilah reed
wind instrumentalat tiupKesenianTiadaKumpulan alat tiup dalam simfoni atau orkestra Barat.
les bois (F)alat tiup kayuKesenianTiadaAlat tiup yang diperbuat daripada kayu.
anche (F)ancheKesenianTiadaMekanisme untuk menghasilkan bunyi untuk alat tiup yang dipasang pada pangkal alat tiup daripada buluh, rotan, kepingan logam atau dedaun.
blowdowntiup-turun; cuci alirKejuruteraanTiadaTiada
blowdowntiup-turun; cuci alirSukanTiadaKaedah mengurangkan pepejal hancur dalam air tangki dandang dengan membuka kepala paip cuci alir di bawah tangkai dandang.
blowdowntiup-turun; cuci alir; tumbangan anginPerhutananTiadaTiada
blowbytiup pintasKejuruteraan AutomotifTiadaKebocoran campuran udara-bahan api dan gas ekzos yang terbakar di dalam silinder melalui gelang omboh masuk ke dalam kotak engkol.
12345678910...

Kembali ke atas