Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiu.pan] | تيوڤن

Definisi : 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiu.pan] | تيوڤن

Definisi : 1 hal atau hasil bertiup; hembusan: ~ angin bertambah kencang. 2 hasil meniup alat bunyi-bunyian: ~ klarinet oleh Abdul Razak sangat merdu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiup
Kata Terbitan : bertiup, meniup, meniup, meniupi, meniupkan, tiupan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RIBUT PASIR

Ribut pasir ialah tiupan angin yang membawa

pasir ke udara. Kebanyakan pasir yang

diterbangkan angin tidak naik melebihi 50

sentimeter tinggi tetapi sesetengah butir pasir

mungkin naik kira-kira dua meter tinggi. Purata

diameter butir pasir yang dibawa oleh angin

adalah antara 0.15 milimeter hingga 0.30 milimeter.

Semasa ribut pasir berlaku, angin mencapai

kelajuan 16 kilometer sejam atau lebih. Ribut itu

mungkin berlaku selama tiga jam hingga lima jam.

UMUM 
PIKOLO

Pikolo ialah alat muzik tiupan yang paling kecil

dan mengeluarkan nada kelangsingan yang paling

tinggi. Alat muzik ini tergolong dalam kumpulan

flut atau seruling.

UMUM 
SIKLON

Siklon ialah kawasan atmosfera bertekanan rendah

yang menghasilkan putaran tiupan angin mengarah

ke dalam. Siklon boleh meliputi kawasan seluas

separuh keluasan Amerika Syarikat. Siklon khusus

yang kuat dan dengan garis pusat antara 90 hingga

2400 meter dikenali sebagai tornado.

UMUM 
TAMPAN ANGINBarisan pokok yang ditanam di sesuatu kawasan untuk menghalang atau mengawal tiupan angin untuk mengurangkan kesan hakisan angin di kawasan yang diusahakan.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SIROCCO

Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang

bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau

Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin

ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara

Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean.

Angin sirocco mungkin membawa bersamanya

lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean

dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas

dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin

ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala

angin ini membawa bersamanya debu gurun.

Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir

pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin

ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan

mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin

panas yang tidak bermusim yang bertiup dari

selatan di kawasan Mediterranean.

UMUM 
MATA ANGIN

Mata angin ialah sejenis peranti yang berputar

bebas pada satu rod tegak dan menunjuk arah

tiupan angin.

UMUM 
DAVIS, MILES

Davis, Miles (1926–1991), pemain trompet

jaz Amerika yang sangat berpengaruh dan

juga pemimpin pancaragam yang terkenal

dalam sejarah muzik jaz. Dia terkenal kerana

tiupan trompetnya yang bertenaga dan berlirik.

UMUM 
SENANDUNG

Senandung ialah gubahan muzik yang

mengandungi kedua-dua bentuk instrumental dan

vokal. Bentuk instrumental lebih penting dalam

sejarah muzik. Ia mengandungi koleksi banyak

pergerakan (bahagian) pendek yang digarap untuk

kumpulan kecil alat petikan, alat tiupan atau kedua-

duanya. Pergerakannya mungkin termasuk rentak

mac dan minuet. Alatan senandung dibentuk

sebegitu rupa pada akhir tahun 1700-an.

UMUM 
SERUNAI

SERUNAI, alat muzik jenis tiupan berpipit. Alat muzik ini dikatakan ditiru daripada  serunai berpipit  kembar dari Timur Tengah yang dipanggil ‘Surnay’.  Serunai mempunyai pipit berlapis-lapis dan susunan pelidahnya mempunyai dua lapisan kembar sebanyak empat lapis.  Pelidahnya diperbuat daripada daun lontar atau daun thai yang dipanggil pipit.

BUDAYAAlat/Alatan
OMBAK

Ombak, bentuk permukaan air laut yang beralun-alun. Umumnya ombak terbentuk akibat daripada tiupan angin.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
12

Kembali ke atas