Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.hor] | توهور

Definisi : 1. tidak dalam, cangkat, tohor, dangkal: sungai yg ~; 2. Mn tidak berair kerana ditimba dll, hampir kering; 3. Mn habis (wang dll); kapur ~ kapur hidup; ~-~ sealahan prb tiap-tiap kerja itu hendaklah diselesaikan satu-satu (selesai satu barulah dibuat yg lain); bertohor Mn berkering; tidak ~ kaki (kain) sentiasa sibuk bekerja; ~ air liur sudah banyak memberi nasihat tetapi tidak juga berkesan; menohorkan 1. Mn mengeringkan; 2. mem­bawa ke tempat yg tohor (cangkat, cetek); ketohoran 1. perihal tohor, kekeringan; 2. ki kehabisan (wang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.hor] | توهور

Definisi : 1 tidak dalam; dangkal: Sungai itu ~. 2 tidak berair kerana ditimba dll; hampir kering. menohorkan membuat supaya tohor; menjadikan tohor. ketohoran keadaan tohor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tohor (adjektif)
Bersinonim dengan cetek, dangkal;,

Peribahasa

Air lalu kubangan tohor.

Bermaksud :

Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
batu kapurlimestoneBatuan endapan yang terdiri daripada kalsium karbonat, terutamanya dalam bentuk hablur kalsit. Batu kapur digunakan untuk membuat kapur tohor, kapur mati dan juga digunakan dalam industri simen.Menengah Rendah
kalsium oksidacalcium oxidePepejal berwarna putih, larut dalam asid dan bertindak balas dengan air untuk membentuk kalsium hidroksida. Kalsium oksida digunakan untuk membuat racun serangga, racun kulat dan makanan ternakan. Bahan ini dikenali juga sebagai kapur tohor. Formula CaO.Menengah Rendah

Kembali ke atas