Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to/] | توق

Definisi : tok-tok 1. bunyi spt bunyi pukulan dua keping buluh (Cina penjual mi dll); mi ~ mi yg dijaja dgn membunyikan tok-tok; 2. tong-tong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'tok guru'. 'Tok Guru', 'Tok guru' atau 'tok guru'? Sekian, terima kasih.Waalikumsalam,
Perkataan "tok guru" boleh dieja dengan huruf besar atau huruf kecil, bergantung pada konteks. Bagi kata umum, boleh dieja sebagai "tok guru" dan boleh dieja sebagai "Tok Guru" bagi perkataan khusus atau nama khas.
Tatabahasa17.01.2015
Nama datuk kami Ahmad. Kami memanggilnya Tuk Mat. Ejaan yang tepat, Tuk Mat atau Tok Mat? Bagaimana pula dengan ejaan uintuk mudim, guru dan pawang - tok atau tuk?

 Ejaan yang betul ialah Tok Mat, Tok Mudin, Tok Guru dan Tok Pawang.

 

 

Ejaan24.08.2011
Kependekan: tidak = tak, untuk = tuk, engkau = kau, nenek = nek. Bolehkah datuk (orang tua, bukan Datuk gelaran kebesaran) dipendekkan menjadi tuk? Jikalau boleh ayat ini betul: Dia cucu Datuk Mamat = Dia cucu Tuk Mat?Datuk boleh dipendekkan menjadi tok, menjadi Tok Mamat atau Tok Mat.Tatabahasa04.09.2011
ASSALAMUALAIKUM.SAYA INGIN BERTANYA TENTANG NOVEL ANTARA DENDAM DENGAN PERJUANGAN KARYA ALI JUSOH,2007.MEMANG BENAR CERITA TERSEBUT BENAR TETAPI ADAKAH ADIK MAT ,IAITU MAT KILAU ADIK KEPADA ADIK YAK,IAITU TOK GAJAH?BUKANKAH MAT KILAU ANAK TOK GAJAH ,DAN TOK GAJAH BERSAMA DATO BAHAMAN SERTA MAT KILAU TELAH BERJUANG UNTUK PAHANG.BENARKAH WATAK ZAKI HAMIDON,MARIA,ABON,SERI BANUM,PRABASNA,ABANG MUSA,DERAMAN,TAMBI SAN,AH WEE,AMAT DAN LAIN-LAIN.DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH MENULIS BUKU ATAU SYARAT -SYARATNYA.SAYA HARAP PIHAK ANDA DAPAT MEMBALAS PERTANYAAN SAYA INI.TERIMA KASIH.

Waalaikumusalam wbk. Bagi menjawab soalan sdr tentang watak-watak dan perwatakan dalam novel Dendam dan Perjuangan karya Ali Jusoh, sdr bolehlah menghubungi penulisnya sendiri di talian 09-6663312 (rumah) atau 019-9490727 (t/bimbit). Alamat rumah beliau ialah No. 4, Taman Teratai, To Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Mudah-mudahan beliau dapat menjelaskan sendiri tentang segala kemusykilan sdr.

Berhubung dengan minat dan syarat-syarat menulis buku, sdr. boleh mendapatkan atau membeli buku-buku yang dijual di pasaran yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit.  Antara buku terbitan DBP ialah Panduan Menulis Puisi karya Rahman Shaari, Panduan Menulis Cerpen karya Othman Puteh dan Panduan Menulis Novel karya Shahnon Ahmad. 

Sekian, selamat berjaya dan wassalam.  

      

 

Lain-lain02.12.2009
Media sosial seperti You Tube,Tik Tok, facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran. Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang. yang mana betul ? 1)Dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain. 2) Seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial.

Ayat yang betul ialah “Dapat membantu murid dalam pembelajaran, media sosial seperti Youtube, TikTok, facebook dan lain-lain.

Tatabahasa20.02.2023
Cucu Tok Wan 12.58 PAGI Cucu Tok Wan assalamualaikum.. saya berminat untuk menganjurkan Bengkel Tulisan Jawi, bagaimana cara untuk saya mohon maklumat yang berkaitan.. terima kasih..Tuan, untuk menganjurkan Bengkel Tulisan Jawi, pihak tuan boleh menghubungi pegawai Akademi DBP bagi mendapatkan maklumat lanjut. Tuan boleh berhubung melalui e-mel dengan Dr. Dahlina menggunakan alamat: dahlina@dbp.gov.my atau menghubunginya melalui talian 03-21479224. Terima kasih.Lain-lain28.08.2017
Jangan percaya pada/kepada ramalan tok nujum.Jangan percaya pada ramalan tok nujum.Tatabahasa20.12.2011
penggunaan ayat mana yang betul untuk saya gunakan pada tajuk memo : Arahan Bertugas Ke Perpustakaan Desa Kg Tok Amat atau Arahan Bertugas Di Perpustakaan Desa Kg Tok Amat. Keliru dengan penggunaan DI atau KE

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya.

Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Berdasarkan pertanyaan tuan/puan dalam konteks ayat tersebut, maka penggunaan ayat yang betul pada tajuk memo ialah Arahan Bertugas di Perpustakaan Desa Kg. Tok Amat.



*Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265/266.

Tatabahasa17.07.2023
Setahu saya "supply base" biasanya diterjemahkan sebagai "pangkalan bekalan". Contoh: Pangkalan Bekalan Tok Bali. Tetapi laporan berita Bernama menulis sebagai "Pangkalan Perbekalan Tok Bali" (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1186264). Jadi, yang mana satu betul?Cadangan terjemahan "supply base" ialah pangkalan pembekalan.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2015
Salam. Ingin bertanya tentang ejaan yang betul untuk "tuk guru". Adakah tuk guru, ataupun tok guru? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Tok Guru.Ejaan10.03.2023
123

Kembali ke atas