Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tok.sik] | توکسيک

Definisi : beracun: bahan-bahan ~, asap dan bahan buangan kimia yg menyebabkan pencemaran alam; ketoksikan keadaan atau tahap (darjah) ber­acun: logam strontium dan lantanum mem­punyai kelarutan dan ~ yg rendah; komponen virus dlm vaksin influenza mempunyai ~ yg menyebabkan rasa sakit di tapak suntikan dan demam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tok.sik] | توکسيک

Definisi : mengandungi bahan yg boleh mendatangkan mudarat; beracun: Ba­han-bahan ~, asap dan bahan buangan kimia menyebabkan pencemaran alam. ketoksikan keadaan toksik atau beracun: Bahan itu mempunyai ~ yg rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata toksik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINDROM KEJUTAN TOKSIK

Sindrom kejutan toksik atau TSS (Toxic shock

syndrome) ialah penyakit yang jarang-jarang berlaku

yang paling sering terjadi pada wanita muda yang

sedang mengalami haid. Gejalanya termasuklah

suhu yang tinggi, muntah-muntah, cirit-birit, tekanan

darah rendah dan ruam seperti selaran matahari.

UMUM 
PEWASAPAN

Pewasapan ialah kaedah membunuh perosak

yang melibatkan penggunaan gas toksik. Ia

digunakan dengan meluas untuk menghapuskan

rumpai, nematod (cacing gelang), dan perosak-

perosak lain di tanah pertanian. Ia juga digunakan

untuk melindungi makanan seperti bijian,

kekeras, dan rempah-ratus daripada tikus dan

serangga semasa disimpan. Barang yang diangkut

dengan kapal antara negara kerap diwasapkan

untuk mencegah perosak dan penyakit daripada

merebak dari negara ke negara lain. Rumah,

pangsapuri, dan bangunan-bangunan lain

kadangkala diwasapkan untuk membunuh lipas,

anai-anai, dan serangga-serangga lain.

UMUM 
ALAT PEMBAKAR

Alat pembakar merupakan alat relau panas

yang digunakan untuk membakar sisa buangan

sehingga menjadi abu. Pelbagai jenis alat

pembakar telah direka bentuk untuk pembakaran

pelbagai jenis sisa. Alat pembakar yang kecil

digunakan untuk membakar sampah-sampah di

rumah. Alat pembakar industri yang besar pula

digunakan untuk melupuskan cat, minyak,

kumbahan, sampah, dan bahan toksik yang

dihasilkan oleh proses industri.

UMUM 
NITRAT

Nitrat ialah mana-mana jenis sebatian yang

mengandungi ion nitrat tak organik (NO 3 –).

Hidrogen nitrat (HNO 3 ) biasanya lebih dikenali

sebagai asid nitrik . Hampir semua logam

membentuk garam nitrat apabila bergabung

dengan asid nitrik. Dua garam nitrat yang penting

kalium nitrat (KNO 3 ) dan ammonium nitrat (NH 4 NO 3 ),

digunakan sebagai baja untuk menambah lagi

nitrogen dalam tanah. Bakteria tertentu dalam tanah

membentuk nitrat daripada sebatian organik yang

mengandungi nitrogen. Tumbuh-tumbuhan

menggunakan nitrat ini untuk membuat protein.

Nitrat juga adalah penting dalam pembuatan bahan

letupan, mercun, ubat jantung dan filem fotografi.

Nitrat dimakan setiap hari, terutamanya daripada

sumber sayur-sayuran. Walau bagaimanapun,

pengambilan banyak nitrat boleh menyebabkan

penghasilan bahan toksik dalam badan. Lihat juga

Asid nitrik; Kitar nitrogen.

UMUM 

Kembali ke atas