Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan; 1- Adakah wujud perbezaan dalam penggunaan nostalgia dan kenangan? Jika ada perbezaan, boleh tuan berikan contoh ayat? 2- Toleransi sama juga maksud dengan tolak-ansur. Benarkah?

1. Nostalgia bermaksud kerinduan pada sesuatu yang pernah dialami (dinikmati dan sebagainya) pada masa lalu atau kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang telah berlalu, manakala kenangan pula ialah apa yang dikenangkan atau yang timbul (terbayang) dalam ingatan tetapi tidak membabitkan perasaan rindu atau keinginan terhadap sesuatu.

2. Toleransi ialah sikap toleran, iaitu sedia menghormati atau menerima pendapat orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri, manakala tolak ansur saling menuruti atau saling memberi.

Makna30.09.2011
Penentuan tatanama geografi yang mengekalkan ejaan `Ch' seperti Cheras, Puchong, Cherating dll rasanya wajar; tetapi rasanya tolak ansur ini tidak boleh diberikan kepada ejaan `Simpang Ampat', `Simpang Anam' dan `Padang Lallang' yang sah nampak gaya sebutan kecinaan. Bagaimanapun ini hanya sekadar pandangan. Terpulang kepada DBP yang menentukan.Tuan yang dihormati.

Penentuan nama tempat bukan ditentukan oleh pihak DBP, sebaliknya pihak berkuasa tempatan yang menentukan nama setempat atas beberapa pertimbangan masing-masing. Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, nama-nama tempat sebelum tahun 1972 dikekalkan ejaan asal dan nama-nama tempat selepas tahun 1972 perlu dieja dengan struktur ejaan rasmi bahasa Melayu.
Lain-lain14.11.2017
nilai bekerjasama atau nilai kerjasama, mana satu yang betul? tempat letak kereta atau tempat meletak kereta? nilai kerajinan atau nilai rajin? sifat kerajinan atau sifat rajin? nilai bertolak ansur atau nilai tolak ansur?

Yang betul ialah nilai bekerjasama, tempat meletak kereta, nilai kerajinan, dan nilai bertolak ansur. Bagi sifat pula yang betul ialah sifat rajin.

Tatabahasa14.04.2010
Mohon berikan perkataan Bahasa Melayu bagi 'Medically Compromised Patient'. Saya sudah semak pesakit berkompromi perubatan. Soalannya bolehkah saya dapatkan terjemahan yang lebih berbahasa Melayu baku tanpa perkataan kompromi? Sekian, terima kasihDalam data kami, perkataan yang sinonim dengan kompromi ialah penyelesaian, persetujuan, persepakatan dan tolak ansur. Kami mencadangkan puan boleh menggunakan penyelesaian bagi maksud kompromi, pesakit penyelesaian perubatan.Istilah13.11.2013
Assalamualaikum.Saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut tentang penggunaan beberapa jenis kata keterangan seperti 'juga' dan 'lagi'.Harap dapat dijelaskan..Sekian terima kasihJuga: 1. (digunakan utk menyatakan keadaan yg sama atau serupa) pun: ada ~ orang yg tahu perkara itu; badannya tegap, adiknya ~ demikian; 2. (digunakan selepas kata sifat) agak: gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; 3. (digunakan utk menunjukkan perulangan) lagi: dulu saya yg menolongnya, sekarang saya ~ yg menolongnya; 4. (digunakan utk menunjukkan perbuatan terus-menerus) terus: walaupun dilarang dia masih ketawa ~; Chia telah mati di situ ~; 5. (digunakan utk menunjukkan tolak ansur) meskipun, walaupun: sesiapa ~ yg datang, saya mengalu-alukannya; 6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi atau atau utk menunjukkan tokokan): kamu bukan sahaja mesti belajar dgn tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama lain; 7. (digunakan bersama dgn pun sbg penegas): saya berpuasa, dia pun berpuasa ~; jua. Lagi: 1. tambahan kpd yg sedia ada: lima orang ~ telah dirawat di rumah sakit; musim hujan akan datang kira-kira tengah dua bulan ~; 2. masih (berpanjangan), sedang (berbuat sesuatu dll): adapun Chau Pandan itu, ~ di benua Siam; sekarang pun ada ~ negeri itu di benua Keling; 3. dan, serta, tambahan pula: dia hartawan ~ dermawan; 4. (balik) semula, pula: janganlah ~ dicari hamzah di dunia ini; 5. lebih (baik, elok, dll): mati ~ bagus; 6. kata yg digunakan utk menguatkan atau mengeraskan kata-kata sebelumnya: sekaranglah kita amuk, bila ~!; bilal khatib ~ berdosa, ini pula kita yg jahil; ~ pula dan lagi, lebih-lebih, tambahan pula; Lain-lain26.03.2009
Salam sejahtera kepada Tuan/Puan,Saya hendak bertanyakan soalan tentang kesalahan bahasa dalam ayat yang diberikan di bawah.Terima kasih Mereka mampu meninggi diri danmenunjukkan sikap dan sifat yang negatif.Sikap yang positif akan berinteraksi dengan konndusif apabila berkomunikasi dengan orang lain atau orang yang dekati kita.Hal ini secara tidak langsung akanmeninggalkan kesan seorang yang kaya gemar akan menunjukkan kemewahan diri untuk membiarkan mereka menaruh rasa iri hhati.Ketinggian orang tidak sanggup berganding bahu dengan jiran tetangga kita akibat perhubungan mereka menjadi teruk makin kronik.Sikap yang positif akan menunjukkan teladan baik kepada mereka seperti tahu akan mengambil kira orang lain,bersikap perasaan tidak berpuas hati terhadap orang lain.Malahan sikap yang negatif tidak mengambil kisah hidup orang lain walaupun orang itu ialah orang kemiskinan.Mereka tidak mempunyai hati kasih sayang,keprihatinan,bertolak ansur,berakhlak mulia,berhemah tinggi,saling menghormati dan lain-lain.Fikirlah,kalau kita bersikap begitu akan menyedihkan oranhg lain.Orang yang mementingkan diri akan menghadapi seribu dugaan dan kalangan dalam kkehidupan masyarakat.

Ayat yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:

1. Dari segi tatabahasa
2. Tanda baca
3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat
4. Kesalahan ejaan
5. Pemilihan perkataan yang tidak betul
6. Perkataan yang tidak mempunyai jarak 

Berikut merupakan ayat yang telah dibetulkan:

Mereka yang meninggi diri ialah mereka yang mempunyai sikap dan sifat negatif. Mereka gemar menunjuk kemewahan diri sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang lain. Mereka juga tidak mahu berganding bahu dengan jiran tetangga sehingga menyebabkan perhubungan baik tidak dapat dijalin.  Selain itu, orang yang bersikap negatif tidak akan mengambil kisah akan hidup orang lain walaupun orang tersebut memerlukan bantuan. Mereka tidak mempunyai rasa kasih sayang dan hormat, keprihatinan, sikap tolak ansur dan berhemah dan juga akhlak mulia. Hal ini berbeza dengan orang yang bersikap positif kerana orang yang bersikap positif akan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berhemah. Sikap yang positif ini akan memberikan teladan yang baik kepada orang lain. Kesimpulannya, sikap negatif perlu dielakkan kerana boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam diri dan dalam kalangan masyaraat.
Tatabahasa08.07.2021

Kembali ke atas