Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.la.kan]/[to.la/.kan] | تولقن

Definisi : 1. desakan ke depan, dorongan, so­rong­­an; 2. sesuatu yg sudah ditolak, tampi­kan; 3. potongan, surutan (harga dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.la.kan]/[to.la/.kan] | تولقن

Definisi : 1 hasil drpd menolak; sorongan; dorongan. 2 sesuatu yg sudah ditolak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan / Puan, Penggunaan ayat / perkataan manakah yang betul? 1a) Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 1b) Tolakan udara ini dikenal sebagai tekanan udara. 2a) Pemboleh ubah- pemboleh ubah 2b) Pemboleh-pemboleh ubah 3a) Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan. 3b) Kita dapat menikmati pelbagai sajian. 4a) Ibu menghidangkan pelbagai juadah kepada tetamu. 4b) Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5a) Di akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 5b) Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6a) Di awal eksperimen, air akan mendidih. 6b) Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7a) Bahan toksik. 7b) Bahan yang toksik. 7c) Bahan yang bertoksik. 8a) Meramalkan kejadian taufan. 8b) Meramalkan taufan. 8c) Meramalkan ribut taufan. Sekian, terima kasih. CK

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara.

2. Pemboleh-pemboleh ubah

3. Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan

4.Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu.

5. Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang...

6. Pada awal eksperimen, air akan mendidih.

7. Bahan toksik

8. Meramalkan taufan

Tatabahasa24.11.2011
Saya ingin mendapatkan terjemahan istilah kenderaan seperti di bawah. Di sebelah kanan ialah terjemahan yang saya cadangkan. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menurun Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Cegah Ayunan Treler Lane Depature Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Susur Laluan Rollover Mitigation - Susutan OlenganSila semak cadangan terjemahan perkataan yang berhuruf gelap.
Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara / Kawalan Suai Pandu
Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan
Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki
Hill Descent Control - Kawalan Menuruni Bukit
Traction Control - Kawalan Cengkaman
Trailer Sway Control - Kawalan Ayunan Treler
Lane Departure Warning - Amaran Lencongan
Lane Keeping Aid - Bantuan Laluan Susur
Rollover Mitigation - Susutan Olengan
Penyemakan dan penterjemahan18.08.2015
Mana pilihan yang sesuai Para penonton (berasak-asak atau berduyung-duyung)ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan SelangorMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, berasak-asak bermaksud  berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), manakala berduyun-duyun (bukan berduyung-duyung) pula bermaksud beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong (datang, pergi dan sebagainya). Oleh itu dalam contoh ayat di atas, kedua-dua perkataan berasak-asak dan berduyun-duyun boleh digunakan dengan membawa maksud yang berbeza.Makna09.02.2009
Apakah perkataan/frasa yang sesuai untuk "micro-moments" dan "programmatic push". Frasa-frasa ini selalu kita jumpa dalam teks berkaitan Programmatic Advertising.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "micro-moments" dan "programmatic push". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah mikromomen dan tolakan programatik. Istilah26.01.2017
"Push email is an email system that provides an always-on capability, in which new email is actively transferred (pushed) as it arrives by the mail delivery agent (MDA) (commonly called mail server) to the mail user agent (MUA)" Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Push email" mengikut konteks di atas? "E-mel tolakan" , " "E-mel automatik" atau "E-mel segera"? Terima kasih.Cadangan padanan istilah yang sesuai bagi "Push email" ialah "e-mel segera"  atau " e-mel terus"Istilah13.08.2022

Kembali ke atas