Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.ma.to] | توماتو

Definisi : sj tumbuhan (herba yg buahnya boleh di­makan), ranti merah, terung bali, Lycoper­sicum esculentum (Solanum lycopersicum); air ~ perahan tomato; sos ~ sos drpd buah tomato dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.ma.to] | توماتو

Definisi : nama sj herba yg buahnya boleh dimakan, Lycopersicum esculentum: sos ~ sos yg dibuat drpd campuran buah tomato dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tomato


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :- 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Rujuk 7 soalan di atas, mana satu perkataan yang betul dan sesuai. Terima kasih.1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :
Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Antaranya ialah ...

2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini.
Tuan-tuan dijemput hadir dalam mesyuarat ini.

 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 
 Hal-hal lain berkaitan

4) Goreng pisang / pisang goreng
pisang goreng

5) Sos tomato / tomato sos
Sos tomato

6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


Tatabahasa23.04.2013
Sama ada padanan bagi perkataan "whole" dalam ayat di bawah ini iaitu "keseluruhan" adalah tepat dalam konteks ayat. Puri tomato 218. (1) Puri tomato hendaklah merupakan hasil produk yang diproses haba yang dibuat daripada keseluruhan tomato yang baik dan masak yang dibuang kulit dan bijinya daripada tomato dalam bentuk asalnya yang baik dan masak serta telah dibuang kulit dan bijinya yang diproses menggunakan haba, dan yang dipekatkan untuk mengeluarkan menghasilkan suatu hasil produk yang mempunyai graviti spesifik khusus yang tidak kurang daripada 1.050 (20°C/20°C). Ia hendaklah dipek dalam bungkusan kedap udara dan diproses dengan haba untuk mengelakkan daripada menjadi busuk kerosakan. Tomato puree 218. (1) Tomato puree shall be the heat processed product made from whole, sound, and ripe tomatoes, with the skin and seeds removed, concentrated to yield a product with a specific gravity of not less than 1.050 (20°C/20°C). It shall be packed in hermetically sealed packages and processed by heat to prevent spoilage. Padanan asalnya adalah "tomato dalam bentuk asalnya". Sama ada terdapat padanan lain yang lebih wajar.Padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Puri tomato dihasilkan daripada keseluruhan tomato yang baik dan masak yang dibuang kulit dan bijinya.Penyemakan dan penterjemahan27.06.2021
Soalan saya adalah sebagaimana di Lampiran Terima kasihPadanan yang sesuai untuk tomato sauce, tomato ketchup dan tomato catsup ialah SOS TOMATOPenyemakan dan penterjemahan07.07.2021
Gabungkaan kedua-dua ayat tunggal. A)Datuk menanam pokok terung. B)Datuk menanam pokok tomato.(dan) JAWAPAN:1.Datuk menanam pokok terung dan tomato. JAWAPAN2:Datuk menanam pokok terung dan (pokok) tomato. Jawapan yang mana satu betul?Jawapan yang betul ialah "Datuk menanam pokok terung dan pokok tomato."Tatabahasa09.11.2014
Adakah ayat ini betul? 1. Tomato adalah sayur berjenis buah 2. Sawi adalah sayur berjenis sayur. Adakah frasa "sayur berjenis sayur" di atas betul penggunaannya.Untuk makluman tuan, Tomato ialah sejenis tumbuhan (herba yang buahnya boleh di­makan), ranti merah, terung bali, Lycoper­sicum esculentum (Solanum lycopersicum). Tomato juga merupakan tanaman herba tahunan yang berasal dari Amerika Selatan, mempunyai buah yang digunakan sebagai sayuran, daun-daunnya berbentuk pinat dan bunganya berwarna kuning.

Sawi pula ialah sejenis  tumbuhan (herba) yang dibuat sayur, Brassica rugosa.
Tatabahasa12.10.2017
saya ingin mengesahkan terjemahan seperti dibawah adalah betul? kalau salah, mohon utarakan terjemahan yang betul. Organic Baked Beans in Tomato sauce = Kacang Panggang dalam Sos Tomato organik. Terima Kasih.Cadangan terjemahan yang betul ialah Kacang Panggang Organik dalam Sos TomatoPenyemakan dan penterjemahan20.07.2022
1)Nenek memetik kacang panjang( yang masak).Adakah ayat ini betul? 2)Datuk memetik tomato (yang masak).Adakah ayat ini betul?Selamat petang;

1)Nenek memetik kacang panjang.
 2)Datuk memetik tomato.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa20.10.2016
maksud perkataan / perbezaan antara DAN dan ATAU

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dan ialah 1. kata yg menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat): saya ~ dia; ada orang yg menyanyi ~ ada pula yg menari; ~ juga serta; 2. selanjutnya, seterusnya (biasanya pd permulaan ayat sbg meneruskan sesuatu yg telah diperkatakan terlebih dahulu); ~ lagi tambahan lagi, manakala atau bermaksud  1. kata hubung yg bermaksud serupa (sama) dgn, disebut juga: askar ~ tentera; binatang ~ haiwan; 2. kata hubung yg bermaksud salah satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dll): air limau ~ air tomato, kedua-duanya minuman berkhasiat; mereka menghinanya dgn meludahinya ~ memakinya; 3. = ataupun baik ... mahupun: besar ~ kecil; tua ~ muda; mahal ~ murah.

Istilah06.11.2009

Kembali ke atas